Tuesday, December 15, 2009

// I Need Everything:)

Salam. Marilah tengok barang-barang sepanjang saya bersekolah.
Mesti korang kata aik?tu pun nak tunjuk ke?Oklah saya memang suka menunjuk-nunjuk.
Nak tengok -tengok je lah okeng!:)

Botol air ni paling saya sayang.NENEK pun ada satu.

Ini cara saya simpan selendang:) Saya nak bakul lagi besar,dah tak muat nih.


Minyak wangi musim sekolah.haha 'MAke me wonder.'

Terima kasih pn.rozilawati:) We'll love you

BYEbye lepas ni nak tukar baru dah. Im sorry;(

Beg paling paling saya sayang IDK why?


Okaylah,Nanti akak marah. Ini beg saya saya sayanngg sangat:)

Sayang pn.Rozilawati:)
Every students need this.

This too:)

Hasil kerja seni saya. I love you:)

Yeah. I hope so/

Doa ini saya baca sebelum belajar. Ianya berkesan. Try tengok:)

Bye-bye almari buku. Lepas ni kena pindah kat bilik lain.
Penuh Gila. Ok anak-anak buah ku,sila datang rumah ambil buku. Lelonglelong:)


Adik sedara saya pun nak taruk dorang punya baju kertas. I Baik I Kasi:P

I Love Them, I Need Them:)

Important:)
Berhati hati gelombang H1N1 kedua.haha:D

Sunday, October 25, 2009

//Graduasi sekolah

Hello everyone and peace be upon you. Nashuhot Shabirot Nak bercerita tentang hari graduasi kali ke 12 di PICC yang penuh gemilang terbilang dan muka berbelang. Bangun dalam pukul 5.15am. Awalnya! Tapi sampai sekolah pukul 7.15. Geram benorlah. Naik bas yang paling terakhir, bas pekerja pula tu. Bagilah bas Sekolah, tak pun bas kanak-kanak?terasalah awet muda sikit. Dalam bas tu lebih kurang 15orang je, dan..dan.. kami yang sampai dulu. Tapi uncle tu yang rajin sangat pergi pusing satu PICC. Kalau tidak mak ehhh! Proud to be la kan:P
Sesampai je disana dengan muka blurr dok tunggu sesiapa yang kenal datang. Ok Jue dah sampai. Jadi kami pun bergambarlah 2-3 keping. Dah lah belakang bangunan tak siap. Adoii! Terus masuk PICC cari toilet. Biasanya memang gambar dalam toilet lagi banyak dari gambar pemandangan yang cantik dan berseri-seri di luar sana. Penat menunggu. Tiba-tiba cikgu Salmi nak beberapa orang pelajar untuk mengambil gambar. Saya dan Fuza follow cikgu. Dalam 12orang kut yang pergi,dapatlah muka kami terpampang dekat majalah next year. Adik-adik jangan jealous ye,Mak Joyah, Mak Temah, pun jangan jealous. Ha! Wak Sagut pun sama.Tak baik. Kami pergi ke taman merokok. Enjoy jugalah. Ambil gambar agak kelakar,dan semestinya lawa-lawa kacak-kacak belaka. Sabar Wak Sagut,sabar
Lepas tu,mula lah berarak ke dalam dewan. Gemuruh jiwa semangat.... Dah jangan nyanyi gelap dunia kang. Excited. Kemudiannya tibalah penyampaian scroll. Heish,lagi lagi lagi gemuruh. Tiba-tiba terpikat pula dengan orang yang main musik asli tu. Eh silap!bukan orang,cara dorang main,haha:D Akak pun main musik asli dekat U dia. Heish tengok dorang senyum hilang gemuruh sikit,haha mengada. Tengok muka mak tiri, Pn.Che Minah. Hai terus bertenaga nak naik pentas. Entah apa mukalah nanti dalam gambar.Serius pembasmi kuman tu busuk gila. Menyesal tak menyorok. Masa dekat pentas ramai jugalah yang silap. Baik korang jatuh,daripada lupa pandang kamera. RM75.00 weh,gorilla. Eh rugilah...
Persembahan kat situ sikit sangat! Yang girl tu nyanyi,masyaallah tegak bulu roma. Sedap,merdu,enak lazat suaranya. Menyusuk kalbu. Mesti ramai peminat lepas ni. First-first masuk dah macam puteri bunian dah ha. Saya suka tengok sumpah bunianJ
Masa yang ditunggu-tunggu telah pun tiba.Jeng..jeng..jeng.. Makan! Yes..nak seludup puas-puas. Semua membalas dendam, kata mereka ambil banyak-banyak,ingat berapa duit yang kita bayar. Saya geram! Pasal dorang,saya nak tambah tak boleh. Semua lesap. Air tunggu pun tak sampai-sampai. Asam garam lagi kan. Ikan tanduri;( Tapi yang kelakarnya meja kitorang semua dah dapat makanan,tapi tengok yang lain tengah beratur lagi. Mesti menyampah kan? Takpe saya bersimpati sikit.
Lepas makan ambil gambar sikit.. Balik. Ok sekarang saya nak tunggu gambar, kalau gambar tak cantik. Saya nak pergi hasut budak-budak lain. Tak yah pergi,Elok korang pergi kedai gambar, Ambil gambar dengan duit rm75 korang boleh dapat gambar 25R siap bingkai gambar berukir warna emas lagi. Lepastu pergi rumah yazid salam bapa dia. Cukup. Okay Shabirot, serious kau kejam! Lagi busuk..
Ok Sila menjamu selera:P
Ikan tanduri tu sedap
meja pertama penuh makanan:P
Tengok muka dayang,bangga je:P
Ni sivanes tu khireen.khireen pandai cakap cina. Fuhh!
Muka laparrr.
Ini kami/
ramainya..
Makin kurang
Dah agak dah,last mesti tinggal kitorang je.
Serious dah bosan.

Kina jeada,zirah dini nik mana?
Ah'ar gambar kakpah tade pun.
Balik tu,saya terus fikir pasal SPM. Saya tak tenang tapi
tak boleh solat. Saya frust, semua orang nak ambil gambar dengan budak tu. Tak jealous,sikit cemburu je. ARGHANUTJJJLDJNFKMGJ! Ok lepas geram jap. Dia ramai peminat,nak buat cammana. Bai Salam. NashuHot!:)

Sunday, March 15, 2009

//Pesta Kawad KAKI

Pagi-pagi datang dah hujan,than bangun lewat pula 7.15 baru bangun. Nasib baik ada akak yang tolong gosokkan baju "thanks akak" 7.45 baru sampai sekolah. Rupa-rupanya ketua atikah bt samsudin masih belum tiba lagi.haha. Dengan kasut belum toyo lagi,berlumpur macam baru lepas bertani.

Dalam pukul 8.00 rasa-rasanya kami naik bas,sampai sana terus kelam-kabut siap semua barang,baru nak toyo baru nak potong bulu-bulu yang ada kat baju. Lepastu siap orang panggil lagi sebab dah lambat. Dekat sana kami memang gila sempurna,saya betul-betul bangga dengan budak-budak kawad kaki,tak boleh nak digambarkan. Lepastu lebih meriah bila senior-senior renjer datang termasuk abg engku,yang baru balik dari kerja. Kesian abg engku. (ikhlas dari hati ni.)

Lepastu cek pakaian,kemudiannya farmasi kami bermula. Adalah beberapa kesalahan,tapi takda seorang pun yang nak marah. Yang penting kami semua enjoy! apa yang penting? yahhhh!!! haha. Bila akhir tu,slogan kami ialah keamanan tanpa perang. Lepas tu ika baling bom,kami semua terbaring disitu. Dan untuk pertama kalinya kami dengar tepukan gemuruh dari semua orang yang ada disitu. Abang engku kata budak jalil respect kami. Dan pertama kalinya cikgu kamarezai berbangga dengan kami semua, cikgu kata kami dah buat yang terbaik,kalau kalah pun kami kalah bermaruah.

Pukul 3.30 pm hujan mula turun,rasa cemburu dalam diri mula melunar. Sekolah lain kawad dalam hujan "jealous-jealous" Tapi kami semua duduk dekat pondok,pondok yang paling istimewa berbanding orang lain jadi kita panggilnya "special shed" tak sedap-tak sedap, emm kita panggil special pondok(: Dekat dalam pondok nilah kami berteriak sana sini,baling-baling air. Nak katakan ini hari paling bahagia yang pernah saya lalui walaupun saya hanya duduk di tepi tiang sebab menahan kesejukan yang dialami dan mengelak dari serangan air.haha.

Saya,atin dan mayuni ke toilet, kami main sepak-sepak air. Sangat kelakar,sampai ke tandas mereka menyorok. saya terlihat cebisan payung di tepi tandas,haha. Terkejutkan doranglah apa lagi,memang gila terperanjat. Mayuni tu dah lah sakit,memang masa tu hati ku takut, "ok tak ni?ok tak?" sebab dia yang paling terkejut. rupa-rupanya dia cool sahaja.haha.Dalam perjalanan balik ke special pondok,tengah lari-lari tiba selipar mayuni tercabut,tak pasal-pasal digelakkan oleh ahli kadet bomba, takpe-takpe naik lori nak aligapas, ada hari ku boleh balas.:P

Kegembiraan yang saya lalui susah nak digambarkan dengan kata-kata.

Dalam pukul 5 plus-plus, kami semakin gemuruh dan gementar sebab keputusan akan tiba. Rupa-rupanya kami hanya mendapat tempat keempat daripada enambelas peserta yang bertanding. Tapi kami tetap bangga,balik dengan kegembiraan dan kami kalah dengan maruah.

Dalam perjalan balik kesekolah,kami tetap gembira dan menyanyi penuh bangga. Apa yang penting?yahhh!! (trademark renjer puteri 2009) Terima kasih semuanya.

Sekarang saya rasa sedih dan rindu.

Rindu.

Nak kawad kaki tengah-tengah panas,tengah-tengah hujan. Berkumpul ramai-ramai bila petir sambung menyambung. Banyak benda yang rindu. Rindu abg engku rindu kakak kepad atiqah,rindu bila atikah jerit-jerit. Rindu bila kena ketuk ketampi sebab datang lambat. Rindu nak hentak kaki. Rindunya nak stay petang-petang. Rindu sangat nak gelak ramai-ramai.

Agak-agak abang engku kecewa tak dengan kami? dia dah banyak berkorban. Hanya dapat ucapkan terima kasih sahaja.

Terima kasih kepada semua, pengalaman yang amat bermakna.

Ini ada sedikit gambar (semua gambar yang bukan-bukan)




Inilah orang kuat renjer puteri.


Ini cikgu kamarezai.

Ini kakak faizah senior kami.


Ini abang engku dan budak renjer paling pemalu dan lemah lembut.


Apabila kepala dibawah dan kaki diatas,beginilah rupanya.

Sangat cemburu.


Dura yang paling cantik(: dan kawan yang lain hanya memberi kaki sahaja.

Payung yang menemani kami ketika panas terik. Thankyou umbrella(:

Atin yang menemani saya ketika sejuk dan ketika tekanan perasaan.haha:D

Renjer puteri,bertapa rindunya saya dengan mereka(:
Masa ini.
ehemm,dont try to find me^_^ haha.


Entri paling jiwang pernah saya cipta,haha.

Monday, March 2, 2009

//TAGGED banyak woo.

Whoever gets tagged have to write 10 things about that person who tagged him/her

Ini untuk CIK DINI;BERSERIBeliau mempunyai muka yang cantik,dan berseri^_^
Beliau sangat pandai dan pintar.
Beliau pandai dalam science.

Beliau sangat garang di perhimpunan.
Beliau tak suka senyum,tapi bila dah senyum cair woo!
Beliau ramai peminat. 'ehemm ehemm'
Beliau pendiam.
Beliau suka baca novel yang panjang-panjang.
Beliau bila dekat exam,study betul-betul.
Beliau seorang pengawas yang tegas.



Ini untuk CIK BUNGA MATAHARI;SAKINAH
Beliau suka tersenyum.
Beliau happy go lucky dan gila-gila
Beliau mempunyai lesum pipit di pipi,cantik.
Beliau sangat peramah
Beliau sangat kurus dan kering
Beliau seperti rajin main softbol
Beliau seorang yang baik hati
Beliau pandai^_^
Beliau mempunyai teman lelaki,kutt kutt
Beliau amat popular dengan gelaran sang matahari(:

Ini untuk CIK HAZIRA HAZIRO;CAMERAWOMAN
Beliau suka cakap siput.
Beliau sangat manis.
Beliau seorang yang bijak.
Beliau sangat kurus kering.ye kurus-kurus.
Beliau suka ketawa.
Beliau suka cerita korea.
Beliau ahli krs perimbun.
Beliau seorang yang pemalu, kuutt lah.
Beliau suka cerita korea sama dengan si matahri:P
Beliau pernah datang lewat,dan digelar pendatang tanpa izin oleh en.rahim.haha:D

Ini untuk ENCIK LUQMAN; FAHRI ABD
Beliau seorang yang tegap.
Beliau seorang yang tinggi.
Beliau banyak peminat.
Beliau suka main
bola sepak.
Beliau pakai baju no.7
Beliau main tarik tali,bila menang buat penuh gaya.haha^_^
Beliau suka pergi kem.
Beliau seorang yang alim,kutt':P
Beliau pergi sekolah naik motor
Beliau mempunyai lesen L.haha.

The person who got tagged has to write 10 things about her/himself.

Ini untuk CIK NASHUHA SHABIRAH


Beliau punya muka,senang hitam.
Beliau suka berkawan.
Beliau berdebar-debar bila bercakap dengan lelaki.
Beliau selalu blur,kata kawan-kawan beliau.
Beliau nak jadi fashion designer sahaja.
Beliau suka akan baju dan kasut.
Beliau bukanlah seorang yang peramah.
Beliau sangat benci bila tengah baca doa,orang bercakap dan tak tadah tangan betul-betul
Beliau suka makan dan makan
Beliau tidak suka perempuan yang cakap kuat-kuat seperti kawannya pekak.

Blur sud
ah.Okay kerja sudah selesai.Jadi sudah WAJIB nama-nama diatas ini,create balik tentang saya.WAJIB okay, maaf kalau kenyataan yang tertulis salah.haha. Gila blur tahu?:P

Salam.

Sunday, February 8, 2009

//Kenapa PRIVATE

Terima kasih kawan-kawan blogger sebab bertanya. Sebenarnya macam post-post sebelum ni saya masih mempunyai sebab yang sama iaitu abang baca dan kali ni dia membawa gengnya untuk bersama-sama mengikuti cerita yang saya utuskan diblogger ini.

Dah tu lepas baca ada ke patut dia bercerita pula kepada orang-orang yang ada kena mengena dalam setiap post. Contohnya abang cerita pasal mak dan abak yang bekerja dan selalu balik lewat. Cuba korang menjadi seorang ibu dan bapa dan kemudiannya mengetahui pula tentang apa yang dicomment oleh anaknya,mestilah mereka kecewa.Bukan? "Penat-penat cari duit,lepas tu anak cakap macam itu ini" Tapi alhamdulillah mak abak,terima dengan terbuka. Abak kata,habis kalau abak tak kerja soha nak ke belanja 2ringgit sehari?(sambil tergelak) Abang pun menyibuk tak tentu pasal, Adik tak kisah bak,yang penting tu kasih sayang. em,yelah tu soha ni tak suka duit?(buat muka curiga) Mak pula bagi comment,mak pun sama juga ke dik? kesian anak mak. Mak pun rasa cam malas nak bekerja,macam nak letak jawatan dah. *jangan percaya ye,ni saja je nak menyejukkan hati saya.

Kemudiannya turun pula ke kasih sayang,abang selalu main-main. Adakah patut dia cakap "adik?biar abang tambahkan kasih sayang." Lagi, "yelah abang tak marah,nanti adik kurang kasih sayang kang" Dan lagi "Takpe dik,mak abak tak bagi kasih sayang,biar abang yang kasi kasih sayang" dan banyak lagi berkaitan dengan Kasih Sayang.

Abang tu memang kuat ingatan betullah.Geram pula tengok dia. Dia boleh ingat ayat yang sama sebijik. Dari pendahuluan sampai penutup siap-siap sampai kesimpulan sekali boleh hafal. Peliklah dia ni,kalau boleh hari-hari dia nak tengok blog ni dah update ke belum (peminat setia lah kata kan,haha.)

Ni pula,dia dok suruh gf dia baca.heishh' meluat sungguh. Siap boleh call depan saya "syg,dah baca dah yang pasal adik kurang kasih sayang tu?" "dah,sedih sayang,rasa cam nak menangis je" "eh,janganlah menangis pulak" gelak-gelak. Meluat sungguh. *Dah abang ajak lah satu kampung pulak ye,jangan lupa ye?lagi-lagi bila blog adik dah 'private' dialu-alukan sangat.

Ni pula kisah seorang diri tu. "Kesian adik abang,adik nak suruh abang carikan bf ke?" "em,takpelah." "Abang dah ada calon dah dik." "Taknak lah." "Takpe lepas spm abang kasi nombor dia ok?" "tak payah tak payah degil betul" tak habis-habis dia nak cerita pasal benda tu. Dah hafal dah bila dia akan sebut skrip tu.

Tentang mesin jahit tu pun dia nak cakap kat mak. "mak,betul ke lepas spm mak nak beli mesin jahit dekat adik?dia dah cerita kat blog dah." "Betullah dik kan dik?siap beli motor vespa lagi" (Abang buat muka cemburu.) Seriouslylah dia tu menyebok nombor 1.

Sebetul-betulnya memang tak kisah orang nak baca atau tak. Itu pendirian masing-masing. Tapi yang tak sukanya, bila baca lepastu dok cerita dekat orang lain. Heish meluat sungguh. Tulah sebab utama blog ni memang patut kena private. *Kalau anda setuju blog ni diprivatekan atas sebab diatas,sila hantar comment di sebutan tu.jangan hantar dekat cbox ye.

Sekarang semua dah ada jawapan.Selesai satu masalah.
Terima kasih sekali lag
i kerana mengambil berat.

Ni adalah puji-pujian dari penyebok nombor satu.
"bestlah dik blog,kelakar sedihlah. Memang bestlah. Nanti abang pun nak buat blog yang bernam "adikkusipemalas" *kepada tuanpuan yang dihormati sekalian,jangan percaya dengan kata-kata nama blog tu ye. Itu semuanya tipu belaka. Salam hormat daripada saya.



Mesti nak tengok muka penyebok nombor satukan?

Nilah penyebok nombor satu,kenal betul-betul rupa dia

Orang muka tak bersalah memang selalu buat macam ni
Sekarang dia dah menyesal,sebab blog dah PRIVATE

shuha