//Kaki ke Jalan TAR.

Salam.Semalam kan, kaki ku melangkah ke jalan TAR. TAR adalah Tunku Abdul Rahman. So, itu Jalan Tunku Abdul Rahman yang punya. Ada faham?
Pagi - pagi ikut abang gi office dia dekat ampang,sebab ambil half day. Masa perjalanan tu sejuk kaki mulut pun makin menebal sebab naik motor. Angin dia, Fui fui. Macammana lah mat rempit dok merempit pagi pagi buta tu. ^^"

OFFICE Abang (Punya bos) FA-BE-LES.

Ni pemandangan dari atas
Ni pula peneman jiwa ragaku, selama berjam
Okayy, syok sendiri wajib!
12.30 pm, dah tiba. Saya abang ngan kak ainul sekali pergi makan. Orang kata masa lunch. Makanan Daging masak Halia! Wauu enak bangat. Lepas makan pergi solat, Lepastu mulalah edisi kami shopping gila-gila punya. ^^" SYOK! Kalah shopping masa raya. Masa tu kak ainul dah balik office,

Tu selendang zaman kegemilangan yuna. Rm lapan hengget je, online shopping:)

Ni pula abang si hidung berkilat. Haha.

Kitorang duduk, sebab kaki dua - dua dah melecet. Tu la berani mati dok pakai selipar kalis hujan tu lagi. Dua dua jari bengkak. Abang lagi berani mati pakai kasut kerja ^^"

Lepastu kak ainul datang balik, dah dekat 6 . setengah kalau tak silap. Pergi MYDIN dan SOGO. Balik tu makan lagi. Dan hari ni duit abang banyak sangat habis. HAHAHA. Anyway abang belanja saya Kemeja & Selendang. Suka - suka. Akak bagi cermin mata hitam. :)
Hari bahagia. Selamat tahun baru semua!

//Life as Unemployed.

Salam. Setiap hari sabtu , mesti ikut mak pergi office dekat Putrajaya. Tapi sedikit hampa sebab tak pernah jejak masjid besi yang betul-betul bersebelahan pejabat mak, Hampa, Kecewa. Agak - agak kalau pergi sana boleh jumpa ashraf muslim lagi tak? Ehh taknak lah. Nak Fahrin Ahmad. Okay, tiada harapan. Kecewa datang.
Mak sekarang sangat BUSY! Kerja pun boleh bawa balik rumah sebab tak sempat siap kat pejabat. Balik rumah mak mesti cerita kat kitorang. Masalah duniawi oh duniawi. Kadang-kadang rasa nak marah je, dan kadang - kadang rasa kasihan. Kenapa boleh jadi begitu? Sebab dunia sekarang sudah kebejatan Sosial, ehh salah. Kurang nilai moral, kurang kesabaran. Jadi lepas ni WAJIBlah letak nama shabirah pada setiap anak yang kalian dapat. Agar dunia lebih maju dan harmoni. Dan tiada lagi masalah, berperang mulut, kemudian gaduh dan mula perasaan dendam. Bukan begitu ? Okay taknak promote nama sendiri. Jadi lepas ni letak je nama, Mohd kesabaran kalau perempuan letak Siti Nur Kesabaran.^^"

Mak kata banyak kerja, tapi kitorang online. Sebab mak lagi suka selesaikan sendiri.
Hari ini saya jadi Fashion Designer kejap. Kalau lecturer tengok ni mesti dia bangga. Sebab dia fikir aku tak minat fesyen. Kecewa datang lagi..

Kita memerlukan orang ini sebagai pembantu.


Cara pertama ala-ala hana tajima. Cun habiss!! :P


Cara kedua ala-ala tudung arabian.^^"


Okayy. tutup muka sebab malu. orang kata cara kedua macam pakai tudung salji yang melengkung di atas kepala. Model : Kau hadeee?


Bila balik, kitorang gi makan kat marin seafood. KOT. Kemudiannya pergi TESCO . Beli barang dapur && akak. Esok dia dah balik U. Ohh No. Eh tak boleh nanti dia bangga. OH YESS! Baru betul.


Masa jalan jalan ada seorang hamba Allah jalan sebelah. Tetiba dia kata " Emm comel" Tergamam sebentar. Bila cerita kat abang akak mak. Dorang pi kata,

"Adik, budak tu pakai cermin mata tak? "

Kecewa datang lagi...
Lepas tu, kami pergi pula downtown dekat bukit dukung. Sangat dekat dengan rumah. Tak sampai 10minit. Wajib pergi sebab esok ada jamal abdillah. Saya tak pergi sebab esok im too busy/ Yelah tu. Kat sana ada banyak sangat jual selendang murah - murah. Kemudian kemeja yang hanaya berharga rm10. Saya tak beli sebab badan saya panjang. So ianya akan singkat apabila dipakai. Baju muslimah yang cantik - cantik. Of course murah. Pelbagai jenis makanan. Aksesori pun ada. Macam macam jenis selipar. Dan pelbagai lagi. Silalah datang, meramaikan downtown yang tak beberapa ramai orang. Kasihan penjual, kalau korang tak datang. Faham?
Alhamdulillah saya dah buat keputusan muktamad. Cita - cita saya ialah seorang pensyarah fesyen, pereka fesyen bagi pakaian muslimah. Mempunyai butik sendiri, jenama sendiri juga. Perniagaan online. Buat semua dalam satu. Amin:)
Itu je cerita untuk hari ini. Maaf entri tak membina.
Salam shuha,

SAY GOODBYE TO AKAK.

//Resepi Spaghetti Carbonara.

Salam, saya buat entri ni khas untuk nabella, kang kat mesir tu kempunan nak makan ^^" Untuk semua juga. :P

Bahan - bahan yang diperlukan. *sambil berangan jadi chef wan.

3ulas bawang putih dipotong cincang.
Cili api . *Kalau nak pedas, lebihkan.
Udang & Sotong
Olive oil
Spaghetti
Garam
Prego Cheese&Herbs/ Keju&Herba
Prego Carbonara Mushroom / Carbonara Cendawan

Satu kuning, satu biru.



Kalau 2 tin prego, ambil setengah je spaghetti ni.




Bismillahirahmanalrahim.





1. Mula-mula rebuskan spaghetti dulu. Campurkan sedikit olive oil agar spaghetti tu tak melekat.
Taburkan garam sedikit, dalam satu sudu teh je. Sehingga kembang.



2. Rebuskan sotong dan udang, airnya jangan dibuang.
Sementara tu meh buat kuah dia pulak,

3. Letak minyak dalam kuali, lebih-lebih kurang. Macam nak tumis bawang.
Bila minyak dah panas,
Masukkan bawang putih dengan cili.
Masukkan prego 2 tin tadi.
Kemudian masukkan setengah air rebusan udang stong kedalam tin. Dua-dua tin !
Lepas agak2 nak masak, masukkan sotong dan udang.

SIAP.

Agak - agak spaghetti dah masak. Tapiskan air dia, kemudian letak lagi olive oil. Agar tak melekat. pandai:)

Sekarang boleh hidangkan.

CARA KEDUA.

Kat web ni.

Kalau kat tempat korang agak - agak susah nak cari prego ni. Boleh tryy cara ni pula.

SELAMAT MENCUBA!:)

p/s: Kak ira,yang ajar mula-mula. Dan kami sangat suka. Kecuali abak.

Salam shuha.

//Cinta Hati datang,

Lama rasanya tak update aktiviti yang saya buat setiap hari. Anyway, ini hari gua mau cerita. Assalamualaikum.:) Hari rabu minggu lepas, saya jason khan and meer khan pergi ke leisure mall. Hari itu memang tak dirancang langsung^^" Tapi niat tu ada lah. Lepas test JPJ, terus message jason suruh datang rumah meer. Maklumlah semalam masa tengah tidur, tiba - tiba message sampai Jason Khan : Salam, sayang I dah kat cheras ni.

Dekat sana kitorang makan subway. Sedap! Lepastu beli big apple, untuk family. Pon sedap:P Kenapa lah dekat dunia yang fana ni banyak sangat benda yang sedap/ Macammana perut tak semakin membulat? Paan je yang kurus, tak sentuh nasi langsung. HERAN.

Mereka saya sayang.:)


Sorry kakpah :, )


Bak kata mira, gosip datin-datin. Amboi tangan tu ^^"


Muka tak senonoh ^^" Fenin fikir nak cardigan hitam ke kelabu?


Mencari warkah cinta berbau syurga.



Ni lah meer cousin, Dia memahami saya.
Lepas ni kalau buka blog kat perak. Comfirm nangis.

Anddd today, dorang datang rumah:)



Akak masak spaghetti carbonara:) Sedap. Ringkas je. resipi pun senang
Kalian, terima kasih datang.:)Semoga kita berjumpa lagi di tahun hadapan.Eh salah! minggu hadapan. Carikan mereka dress untuk prom night. Glamour gitu:P

Salam shuha,

//Ya Allah Aku takut.

Ya Allah aku takut! Bila buka Facebook lebih bertambah - tambah perasaan ini. Kau izinkan aku bahagia kan mak, abak, abang & akak. Aku tahu kau berhak memberinya. Malam nanti baru aku lihat. Harap kita semua dapat keputusan yang cemerlang. Amin :)

Salam shuha.

//Warkah Cinta Berbau Syurga

Novel ini ternyata membuka mata banyak pihak terutama remaja seperti kita. Novel ini memberi segala nasihat, dan ianya akan tersemat di hati dengan serta merta. Insyaallah. Rasa diri lebih cinta kepada Allah. Kekadang kita akan merasa bersyukur terhadap apa yang dikurniakan.

Amir Mukhlis seorang mahasiswa yang membesar dalam atmosfera agama yang subur. HIdupnya mula teruji apabila wardah mengharapkan sebuah keputusan. Lalu BALQIS muncul membawa harapan. Akibatnya, salahfaham tercetus antara AMIR dan teman serumahnya. Dalam kegetiran menjadi mahasiswa tahun akhir, AMIR perlu menyelesaikan konflik perasaan dan persahabatan. Kesihatannya turut terjejas. Mampukah AMIR membuatkan keputusan tepat untuk keluar dari kemelut ini?

Nak tau lagi bacalah sendiri :P

"Siapa kita untuk menguasai perasaan dan jiwa sendiri? Bukankah hati itu milik Tuhan. Bahkan cinta itu datang dan pergi tanpa dipinta.."

"Cinta itu ibarat candu yang mengakibatkan ketagihan dan akhirnya kita yang akan tersiksa."

"Jangan terbang tinggi, kalau jatuh akan parah,"
"Kalau kita tidak cuba terbang tinggi , sampai bila pun kita takut untuk mencuba ."

"Benarlah, cinta tidak mampu memenangkan segala. Cinta tidak membawa segala kesempurnaan hadir ke sisi. Tetapi ia mengajar kita menerima sesuatu seadanya. Cinta itu untuk memastikan orang yang dicintai bahagia."

Salam, shuha.

//Ternyata aku menjadi badut hari ini.


Runsing aku sebentar ditambah pula sikap aku yang cepat menggelabah. Sudahlah tidak menyentuhnya hampir setahun, lagak aku lagi yang fobia. Apa nak dibuat dengan malu, biarlah tiada siapa yang akan kenang aku disitu sampai bila-bila. Biarlah aku jadi badut hari ini untuk mereka agar lebih bahagia. Esok lusa masih ada, aku akan cuba menggapai sesuatu yang akan ku miliki. Aku orang baru, mana tahu bukan? Aku tahu kalian pun begitu, jadi usah malu. Aku pun sama. Kita semua hampir sama, belajar dahulu barulah tahu. Siapa yang gelak aku tadi, kau menawan, aku tak kisah.


p/s : ambil lesen p.


Salam, shuha.

//Cerita Semester Pertama

Kehidupan di semeter pertama amat mencabar,
ternyata aku tersalah sangka,
Sudah lah jauh dari keluarga,
masalah penyakit bertambah-tambah.

Sakit sungguh sakit,
orang keliling juga, seperti tak sama,
jauh jauh ku tinggalkan,
perasaan emosi mengabur hati,
ku teruskan perjuangan,
sepertimana mereka usaha,
jauh jauh ku tinggalkan,
duka lara aku pendamkan.

Kadang-kadang aku gembira,
kadang kadang duka lara melebihi segala,
ternyata aku salah sangka,
dengan kehidupan yang selalu ada pada drama.

Tidur tak cukup sudahlah biasa,
dikeji dicaci pekakkan telinga,
tiada masa untuk bergaya,
orang keliling mengata ngata,
bukan semua tapi segelintirnya,
iya aku akur,
ini kehidupan biasa.

Minggu belajar amat bahagia,
tak perlu ke kelas,
tak perlu berkejar kejar,
duduk di bilik tekun belajar,
mudah tangkap tenang suasana.

bila periksa. aku bahagia,
tak perlu terkejar,
aku sudah bersedia,
betullah apa yang orang kata ,
bila dah berusaha pasti akan berjaya.

Aku tunggu semester kedua,
dengan rasa penuh makna,
agar sentiasa rasa bahagia,
sekeliling semuanya ada.

jadi bersedialah mereka,
mahu sambung belajar,
rasa kau apa ku rasa,
biar kita semua belajar.

Salam, shuha:)

//Abang saya garang. Tapi kadang-kadang Sweet juga:P


Salam. Haritu saya liza pergi rumah nozie. Al maklumlah abangnya mahu berangkat jauh. Jauh ke jepun, jadi semestinya ada doa selamat. Kami datang sana pun, sebab kami dilahirkan sebagai manusia yang paling baik didunia ni. Sesampai sana, kami tolong atau bantu membantu. Biasa lah angkat periuk, basuh sudu garfu. Memang kewajipan. Last-last sedar sedar dah pukul 11 lebih-lebih. Semua masuk bilik dok belek telefon bimbit masing-masing.

Kira-kira tolak campur tambah darab bahagi semuanya 56 miscall. Tetiba abang marah-marah. Bla..bla..bla.Lepastu abang poyo je nak marah, eleh ingat adik takut ke? Gertak konon. Ah chong pun tak takut tau ^^" Then tetiba je abang cakap, adik. Dekat perak nanti guna hp akak tau. Ish taknak lah. Dah lah susah nak tekan. Sampai nak nangis dah ni. Masa tu pulak dapat elaun rm200. Ingatkan nak beli hp, tapi abang cakap bayar duit daftar, sebab abang malas nak keluar duit dalam bank. Masa tu macam, "ya allah menyesal aku bagitau abang elaun dah dapat." Ni nak sambung marah lagi ni. "Abang adik nak hp, yang best sikit. Yang boleh ambil gambar cantik-cantik. Abang nak kasi hp ada kamera, atau abang kasi adik bawak kamera pergi sana?" Kenapa kena ada kamera? Yelah, kalau tade kamera, tak cantiklah blog adik. Cammana nak update. Abang senyum-senyum macam kambing tua. Eh taklah, macam buruk sangat. Macam Aznil Hj Nawawi. Okay tak? Ke nak Ronaldo?

Sesampai je rumah, akak dok pasang lagu guna hp. Masa tu nak mengalir dah air mata. Betullah ni abang beli hp untuk akak. Benci!benci!benci!

Tetiba abang kata tu ada lagi dua handphone. Pergi pilih. Serius teruja kawan. Kalah orang yang terpilih dalam rancangan DEKODEKODEKO. Tengah teruja ni dok pening nak pilih biru ke merah, biru ke merah, merah ke biru, biru ke merah, biru ke merah, biru ke merah, merah ke biru, biru ke merah,biru ke merah, biru ke merah, merah ke biru, biru ke merah,biru ke merah, biru ke merah, merah ke biru, biru ke merah,biru ke merah, biru ke merah, merah ke biru, biru ke merah,biru ke merah, biru ke merah, merah ke biru, biru ke merah,biru ke merah, biru ke merah, merah ke biru, biru ke merah,biru ke merah, biru ke merah, merah ke biru, biru ke merah,biru ke merah, biru ke merah, merah ke biru, biru ke merah.

Akhirnya pilih warna merah. Sebiji macam akak HAHA. Agak kelakar.

Masa tu memang tersenyum sangat sangat sehingga kalah Paris Hilton. Eh! Macam cantik sangat je.. Okaylah kalah Saiful Apek. Lepastu terus dok download lagu one less lonely girl. Jadi message tone.

Tak habis - habis cakap terima kasih bang! Sayang abang. Yang akak tu tak habis-habis histeria dia meningkat.

Tapi kan, kitorang dah ada hp baru, canggih lagi. Kamera pun cantik. Yang abang pula tetap dengan hp lama. Kesian abang, Hp tak da kamera. Ringtones pun still lagi bunyi yang "teett tett teett tett" yang masih lagi screen dia warna kuning. Tapi yang paling best, ada lampu suluh di atasnya, yang boleh suluh cicak, malam-malam buta. Yang boleh cari mangga, kalau tercicir. Yang boleh tolong abak masukkan air bateri dalam kereta.

Terima kasih bang : , ) Serius terharu.

Korang ada ke abang macam kitorang ada. Abang kitorang garang, garang sangat. Tapi kekadang tu baik pula. Kalau degil tu memang susah la nak cakap. Tapi bab duit, minta dekat abang best. Mesti dapat punya. Kalau bab bergurau pulak. Memang menyakitkan hati.

Apapun, Thanks sangat-sangat bang. Terima kasih banyak-banyak. Tiada wang yang mampu dibalas. HAHA:P

Salam.shuha:)

//I love justin bieber too ;)

Salam. Haha tajuk agak geli. Lagi lagi kalau ada lelaki yang baca. Kalau perempuan baca mesti dia kata eh kita satu group la. Geng gitu! Okay apa-apa je lah.

First date dulu dengan justin, nozie yang temukan. Cool gila okay, dia nyanyikan lagu one less lonely girl untuk I. Ohh berdegup laju jantung I. Kalau korang tak caya boleh la search dekat you tube. Yelah sekarang dia dah popular, So dia ambillah perempuan lagi lawa dari I jadi girl dalam video tu. Padahal awal-awal dulu dia kata lagu tu khas untuk I sorang je. Ala manusia memang macam tu kan, mudah lupa! Dah lah suara macam perempuan -,-"

Lepastu I jadi bosan sangat. Pergi giat lagu baby dari justin, balik rumah pun sama. Kakak I tu lah tak habis-habis pasang lagu baby. Ya allah tension tau. Macam malas pulak nak dengar suara ex I tu. Mula-mula dulu kakak I ingat dia tu perempuan, tapi bila dengar lirik dia macam lain la kan. So dia search kat internet. Barulah dia tahu tu lelaki. I pun macam, wht kak? Takkanlah I nak couple dengan perempuan. Heish?! Macam-macam.

Sekarang ni I teringat kat dia, so I letak lagu mula-mula dia kasi kat I dulu sebagai ringtone message. Lepastu si nozie tu sibuk nak juga. Dia pasang lagu yang sama. Ada kakak tu pun nak gak. Jadi bila bunyi tu keluar I jadi kelam kabut. I ingat kan ada orang text. Rupanya idak. Tension I lagi tau.

Dulu I dah agak sangat mesti ramai lelaki jealous dekat ex I tu. I dah agak sangat-sangat dah! Lepastu I terfikirlah lelaki malaysia tade ke yang cute macam dia. Dan paling penting tak poyo ye. Lepastu I terfikir Dafi. Tapi Dafi warna rambut. So I rasa macam tak cool je. So I masih mencari justin bieber malaysia. Yang cute gitu. Suara mesti ala-ala perempuan. Bukan pondan ye.

Agak-agak kan patut tak I ignore kat ex I tu? Tak pun I blocked je Twitter dia. Macam sorang blogger ni.

Ini bukan blog biasa

Haha. Serius empunya blog atas ni cool gila. Bila I baca entri dia I gelak-gelak. I dah agak sangat dah.

Jadi I rasa I gedik bagai bila tulis entri ni So I tak patut tulis macam ni lagi, sebab ramai yang meluat. I pun tak rasa macam I yang buat entri ni. Okaylah salam. Bai justing bieberng and the geng:) . Stuck in the moment pulak :P

shuha

//FUHH! Ada Mood;)

Salam:) Hai semua. Tiba - tiba nashuhot ini ada mood nak update blog. Ni mesti sebab dok tengok blog si adik beradik yang semangat update. So rasa macam jealous^^"

Hai semua saya Nashuhot. Selamat berkenalan:)


Sepanjang hari dekat GM kadang-kadang membosankan, kadang kadang annoying gila & kadang kadang sangat terbaik. TERBAIK DARI LADANG:) Yang paling penting, sikap pemalu saya sikit sikit dibuang jauh-jauh YELA SAYA PEMALU ^^"Sebab kat sini semua peringkat umur ada. So kitorang macam satu family cukup makcik pakcik semua. Boleh bergabung. Boleh borak-borak, kongsi pengalaman. Yang tak tahan rebut sorang lelaki.HAHA. Wah semua orang admirer budak lelaki yang sama. HAHA. Serius okay, makcik yang umur 40an 30 an pun berebut dengan kami yang umur 18. Kalau saya cakap dia ketua baca yassin, semua orang boleh tekalah siapa. Tak payah kelip mata sekali pun dah tahu. Jangan main-main dekat kelas kitorang dah ada fanclub. Kalah FAHRIN AHMAD. Bukan Fahrin Ahmad yang artis tu, tapi ni Fahrin ahmad YANG MAK DIA PANGGIL DIA PIN. :p

Sekarang saya tengah belajar jahit kebaya:) Ish riak nya kat facebook dah cerita, kat sini pun nak cerita.Setakat ni alhamdulillah semuanya masuk kepala. Exam pun tak pernah failed. C pun tak pernah. Kalau spm macam ni mesti macam-macam panggilan dapat ."Ye adik-adik, akak sedang menyesal sekarang ni ^^" Tapi saya teringin benar nak dapat 100% insyaallah one day. Tapi macam tak sempat je, sebab lepas ni tinggal kemeja je.

Nak tahu tak, saya baru dapat baju gm minggu lepas. Padahal lagi sebulan je nak habis giat. HAHA. Nasib baik en.man bagi kalau tidak saya dah ugut dah beliau:P Jangan ketawa ye.

Sekarang ni saya masih dalam proses siapkan baju kurung sekian sekian. Serius macam tak sempat nak jahit. Balik kelas biasanya dah penat. Memang tak sempat nak kejar masa. Lagi-lagi kena jahit tepi kat kelas. Dah la cikgu tu baik gila BAIK GILA! sampai kitorang tak dibenarkan bawa kerja haram datang giat. Kerja haram tu kerja luar ye:) Haritu pun saya gadaikan masa tidur, untuk jahit tepi. Serius jealous kawan-kawan saya dok buat skuad lentang dekat lantai, saya ni pula dok cangkung cangkung potong kain bagai:P Nasib baik sempat siap.


Sekarang ni saya ada semangat nak ambil lesen P,setelah setahun lebih tertangguh. Tapi abang pula kata takyah ambik duit dalam bank, tunggu elaun akan datang. Ish alamatnya lambat lagi la kan kan. Saya still nak tolak benda yang nak saya ceritakan ni. Heish!

Nak tahu tak? sekarang saya ada teman. Teman tidur. Teman balik rumah. Teman makan. Teman badmood. Liza sekarang tidur rumah saya. Dari hari ahad malam sampailah jumaat. Bestlah jugak. Cuma saya ni pendam perasaan. So bila dekat rumah barulah saya lepaskan perasaan. Maknanya lebih kurang pagi saya disakitkan hati, balik rumah saya akan menangis kerana disakitkan hati. Okay saya pening ^^" So macam mood terbang jauh gila naik aeroplane. Jadi maknanya saya tak dapat layan liza dengan sebagus-bagusnya. Im sorry:)



HAHA! Lompat tak jadi:P

So akhir entri ni baru saya nak cerita apa nak dikatakan dari pertengahan tadi. Act saya baru ada semangat nak masuk kuis. Then tadi check pendaftaran dah lepas. Okay tade rezeki. Sekarang tengah tunggu erayuan/ Saya harap sangat dapat. Tapi saya still ada pilihan jikalau tidak berjaya. Tapi saya nak berjaya : , ) Saya akan buat praktikal insyaallah. Lagi lagi nak raya ni kan. So mana-mana butik silalah terima saya:)

Salam shuha,

//Ini permintaan hati

Salam.Sorry blog ni makin bosan. kusam masam semua cukup. Lately ni selalu rasa tak puas hati. Tak puas hati duit tak cukup, tak puas hati tak ambil lagi anak tudung, tak puas hati selendang tak dapat beli banyak - banyak, tak puas hati tak dapat kasut warna warni, tak puas hati seluar semua beli takda saiz. Kenapa jadi macam ni? Tapi dalam banyak-banyak tu saya nak satu je.
"Ya Allah bagi lah aku peluang sambung belajar...."

:, )

//Restoran BBB Seafood. Baik punya.

Salam. Disebabkan rezeki lebih saya belanja family saya makan dekat restoran yang di atas. Ish bongkaknya. Act saya baru dapat elaun.. Jadi kita gelarkan restoran shin can. Eh' tak yah lah shin can panjang sangat. Kita gelarkan BBB sudah. lagi pendek kan? Okay buang masa sekali lagi.

Maaf kalau penulisan saya tak baik. Sebab nak cepat banyak kerja nak buat ni. Nak panaskan lauk nak masak nasi lagi. Okay membebel. Kawan giat kata BM saya bad. Yeke? Saya just cakap "Korang tengok ni tak lawa tak?" Okay memang teruk. Tu lah bm tak dapat A plus plus. -,-"

Sekarang saya mulakan. Hari ahad ke sabtu? Oh ye sabtu. Actually malas nak tekan backspace. So layan je lah ek. Okay buang masa tiga kali dah. Hari sabtu petang jemput akak dekat U dia sebab nak ajak makan. Ingat nak makan dekat restoran tupai-tupai tapi abak taknak. Abak kata tak bagus. Sebab ada tupai-tupai. Whatever.

Lambatnya tunggu gambar diupload-,-"


Abak yang kacak:)
Orang terpenting dalam hidup saya.
Akak comel ^^"
Abang excited minum air gelas besar.haha
Abak focus. Camna nak minum ni?Ada dua straw pulak tu..
I dah kata cawan dia besar gedabak.
Muka sedih duit elaun dah habis ^^" Ye tau gigi senget. Eh takyah lah scroll balik
Mak yang cantik. Eh eh spek mata baru.haha kaca mata mak macam rotbotkop. Eh robot kop lah -,-"

Tengoklah berapa banyak dorang order. Serius ikan dia sedap paling best sup tulang dia. Tomato dia comel bentuk bunga.
Licin aww, Kenyang perut susah hati.
My plate. Eh bawang mana boleh makan nanti ketiak busuk.

Haha. Kenyang perut ^^" Okay nanti nak datang lagi. Restoran ni dekat bangi. Tapi tak tau nak terangkan dekat area mana. Sebab dalam kawasan perumahan. Okay bai. Actually abang bayarkan separuh.

Salamshuha.

//Giatmara Golden Camp

Salam semua. Akhirnya cerita juga pasal kem. Banyak gambar dan tak banyak cerita. BONUS tu! haha:D Okayy.

Hai, ni bestfriend saya dekat Giat. Pi mana-mana mesti berempat. Baju belang-belang masih single:P

Itu En.man, ada ke patut dia kata saya dengan Nozie ada hubungan. Ish-ish tak patut tak patut. tengah tu pn.sofia (kerani) dan sebalah yang manis tu cik yus. Our teacher:)
Tak puas mandi sungai dekat sini. Sebab masa sangat pantas--,--" Okay yang depan berbaju pink tu masih single ^-^


Yang depan berbaju biru ni dah kahwin. Baru umur 22:) Bestnya kalau jadi macam dia. Sorrylah tak mandi lagi,tulah banyak miang melekat.

Tak sempat menaip panjang. Sebab dekat nuffnang dah ada duit rm0.10. Masih teruja:)


//Particular Gila.



Salam. Heyy nyah busy nampak buka mohe. Nak apply ipta eh?baguslah. Saya ni ha, baru je lepas runsing. Puas menangis semalam. Hal kecil je. PENING memikirkan apa yang patut dipilih. Lately i choose lapan kos. Satu pilihan saya dan tujuh lagi pilihan dan sokongan dari mak dan abak. Masih belum share dengan abang dengan akak lagi.

Hari isnin kacau bilau huru hara. Resah sangat nak pilih yang mana terbaik. TENSION. Akhirnya lepas solat sunat-sunat tertentu barulah hati tenang sampai sekarang. Bila tenang kerja pun cepat je diselesaikan. Korang nak tahu tak cek pilih apa? RAHSIA. Eh tak jadi lah. Kita share okay. "Sharing is Caring" (Ambil dalam blog zery zamr nampak?) Yelah I pun nak glamour.

Diploma Seni lukis dan Seni reka.
Diploma Perancangan bandar dan wilayah
Diploma Komunikasi dan media.
Diploma Sains Geomatik (Sistem maklumat Geografi)


Yang empat lagi RAHSIA. Antara empat ni ada tiga tu kena interview. Ni kalut ni. Obviosly, pilihan pertama dan pilihan ketiga je ada dekat hati saya. Pilihan keempat pun ada juga tapi tak sehebat pilihan pertama. Hha:) Sekarang kena berdoa banyak-banyak agar saya terpilih untuk melanjutkan pelajaran dalam diploma seni lukis dan seni reka. Semua yang saya pilih ni ada dekat UITM.

Abak suruh apply maktab. Nak suruh jadi cikgu. Tapi macam entahlah. Dari kecil sampai besar tak pernah pun cita-cita saya tercalit nak jadi cikgu, Yang saya tahu dari kecil cita-cita saya nak jadi Pereka fesyen, pramugari,Pelukis, Arkitek. Ha lagi satu malu pula nak cakap pembaca berita - , -" Entah kenapa pembaca berita terselit. Nak cakap pun suara tak sedap ni nak jadi pembaca berita.Hampehh

Tapi syukran sangatlah. Sebab saya dah rasa saya pilih yang terbaik untuk masa depan. Kepada sesiapa yang agak kekeliruan tak tau nak mohon IPTA ni. Senang je. Pergi dekat mohe okay. Jangan lupa beli nombor BSN. Salam:)
Pilih yang terbaik untuk diri anda.

Heish buruk benor gambar atas tuh-,-"

Fas-shuh

//Syukrun Ya ALLAH : , )

Ikut saya menyanyi dahulu..Bersyukur kepada Allah Bersyukur sepanjang waktu setiap manusia di dalam hidupku semoga diberkati Allah. Alhamdulilah wa syukurilah bersyukur kepada Allah. Kau jadikan ku saudara oh nashuha yang baik. Eh salah lirik pulak! :) Sajaje nak beremosi sikit nak tunjukkan kebahagiaan saya pada 2010.

Nah tengok muka bangga I:)
Pweeeiiit!comel tu:P

Salam semua. Saya mulakan cerita juga akhirnya. Tadi dalam pukul 11.00 pagi macam tu abak jemput nak pergi Giatmara dekat prima saujana. Ala dekat tesco,tapi bukan tesco dekat giant dan Mcd tu. Okay bagus dah dapat kan. Kitorang pergi sana,minta fashion and dressmaking tapi dah penuh:) Dah penuh,tapi senyum lagi. Ah ar tengah senyum ni. Dia kata kursus masakan masih kosong. Cepat - cepatlah korang. Tapi yang bahagianya, ada kursus fashion and dressmaking part time. HAHAHA. Ok,tapi kena bayarlah tak mahal pun. Setiap sabtu sahaja. Alhamdulillah syukur sangat-sangat.

Serius saya bahagia sangat sekarang:)

Ada benda yang korang nak tahu kan?Full time masuk pukul 8.00am sampai 5pm. Masa daftar nanti kena bayar rm200. Korang akan dapat t-shirt dan sebagainya. Untuk sementara waktu ni pakai baju biasa je. Elaun sebulan rm200. Untung weh. Dah la dapat belajar free kan. Jadi rugi bebenor sape yang tak nak. Sebelum giatmara prima saujana penuh elok korang minta sekarang. Harini juga. Sebab hari ni hari lapor diri. Okay,clear semua. Terima kasih.

Balik tu,saya dengan abak pergi makan sate. Lepastu abak tanya camna nak pergi?naik motor ke? sumpah saya dah trauma nak bawa sendiri. Entah tak tahu lah kenapa. Ingat lagi masa bawa motor dengan ju,bawa sampai menggigil-gigil sampai lupa nak tukar gear. Mengaum motor tu. Lepastu Abak tanya nak abak beli kereta ke? Ha,kereta?lesen pun takda. Ambil lesen L je dulu. Tak yah la,naik bas pun boleh. Ada bas lalu ke?entahlah..

Haha.Tak tau nak cerita apa tah. Lusa nak balik Terengganu. Bye bye semua Assalamualaikum.Sorrylah kina Kita kelam kabut sikit.

Shuhabaik:)