//Syukrun Ya ALLAH : , )

Ikut saya menyanyi dahulu..Bersyukur kepada Allah Bersyukur sepanjang waktu setiap manusia di dalam hidupku semoga diberkati Allah. Alhamdulilah wa syukurilah bersyukur kepada Allah. Kau jadikan ku saudara oh nashuha yang baik. Eh salah lirik pulak! :) Sajaje nak beremosi sikit nak tunjukkan kebahagiaan saya pada 2010.

Nah tengok muka bangga I:)
Pweeeiiit!comel tu:P

Salam semua. Saya mulakan cerita juga akhirnya. Tadi dalam pukul 11.00 pagi macam tu abak jemput nak pergi Giatmara dekat prima saujana. Ala dekat tesco,tapi bukan tesco dekat giant dan Mcd tu. Okay bagus dah dapat kan. Kitorang pergi sana,minta fashion and dressmaking tapi dah penuh:) Dah penuh,tapi senyum lagi. Ah ar tengah senyum ni. Dia kata kursus masakan masih kosong. Cepat - cepatlah korang. Tapi yang bahagianya, ada kursus fashion and dressmaking part time. HAHAHA. Ok,tapi kena bayarlah tak mahal pun. Setiap sabtu sahaja. Alhamdulillah syukur sangat-sangat.

Serius saya bahagia sangat sekarang:)

Ada benda yang korang nak tahu kan?Full time masuk pukul 8.00am sampai 5pm. Masa daftar nanti kena bayar rm200. Korang akan dapat t-shirt dan sebagainya. Untuk sementara waktu ni pakai baju biasa je. Elaun sebulan rm200. Untung weh. Dah la dapat belajar free kan. Jadi rugi bebenor sape yang tak nak. Sebelum giatmara prima saujana penuh elok korang minta sekarang. Harini juga. Sebab hari ni hari lapor diri. Okay,clear semua. Terima kasih.

Balik tu,saya dengan abak pergi makan sate. Lepastu abak tanya camna nak pergi?naik motor ke? sumpah saya dah trauma nak bawa sendiri. Entah tak tahu lah kenapa. Ingat lagi masa bawa motor dengan ju,bawa sampai menggigil-gigil sampai lupa nak tukar gear. Mengaum motor tu. Lepastu Abak tanya nak abak beli kereta ke? Ha,kereta?lesen pun takda. Ambil lesen L je dulu. Tak yah la,naik bas pun boleh. Ada bas lalu ke?entahlah..

Haha.Tak tau nak cerita apa tah. Lusa nak balik Terengganu. Bye bye semua Assalamualaikum.Sorrylah kina Kita kelam kabut sikit.

Shuhabaik:)

//Dont ever ever you touch it!

Salam. Okayy panjang pula tajuk kali ni;) Sekarang ni isu Allah sering diperkatakan. Allah itu hanya milik kami milik umat islam sahaja. Bukan agama lain. Kenapa nak ambil Allah sebagai tuhan kalian. Allah itu esa iaitu satu. Tidak diperanakkan. Padahal tuhan mereka bukan satu. Take this note: Allah hanya umat islam yang punya. Jujur aku akan benci kalau mahkamah membenarkan Allah dipergunakan oleh agama lain. Lepas satu satu mereka mahu dari umat islam. Terbukti agama rasmi Malaysia islam. Jadi umat islam yang diutamakan! Jangan nak mempermainkan agama islam lagi. Agama islam suci. We love islam:,)

Bila tengok gambar ni saya rasa takut sangat. Besarnya kuasa Allah. Bukanlah nak tunjuk-tunjuk Alim. Tapi bila fikirkan budak-budak sekarang,masyaallah macam jauh tersimpang. Bila tengok blog seorang gadis yang cantik manis,saya ingat dia seorang role model yang boleh dijadikan contoh. Dalam setiap post mesti ada terselit tentang agama. Tapi sayang dia dengan penuh bangga cerita dekat umum yang teman lelaki kiss dekat pipi kiri pipi kanan dahi. Bangganya beliau. Mungkin korang bila baca ni kata biasa la tu. Kiss je kut. Tapi bagi saya tidak itu masih luar biasa. Saya tak tahu masa depan saya,tapi kita ada Allah,kita boleh berdoa agar dijauhkan dari maksiat.

Dulu masa sekolah saya pernah juga digelar gadis kampung. Apa apa je lah. Janji saya tak jauh tersimpang dari agama. Bila saya tanya Kau pernah minum arak tak? dia kata aku tak pernah dengar soalan bodoh macam ni. Yelah saya je yang tak bijak sebab tak minum arak tak kiss sana tak kiss sini kan? Korang je lah yang bijak semuanya yang korang tahu korang pernah buat. Find!Sejauh mana korang boleh pegang dengan benda ni.

Bila berbicara tentang benda-benda macamni memang sensitif. Sangat-sangat sensitif. Mungkin sebab inilah saya rasa tak mahu bercinta. Takut terhanyut. Tapi tak boleh cakap. Takdir semua telah ditentukan. Tapi ingat yang baik datang dari Allah S.W.T dan yang buruk datangnya dari kita.

Minta maaf kalau ada yang terasa. Ini semuanya isi hati yang hendak diluahkan:,)

shuha.

//Make A Wish Make A List

Salam bahagia salam sentosa. Bukannya senang mahu memulihkan mood yang telah hancur berkecai.Abak tetap berusaha. Sekarang ni kami hantar surat permohonan. Kalau dapat alhamdulillah kalau tak dapat masyaallah.Semalam mak support me nak berniaga buat kek. Ok kelakar gila bila cupcake yang dibuat tak sedap. Al-maklumlah kena segugut pagi tadi. Emm banyak alasan macammana nak berjaya. Beli mixer baru,sebab mixer lama dah berasap, takpelah sempena tak sekolah lagi boleh la berusaha nak buat cupcake lagi lagi lagi sedap. Cepat cakap semoga berjaya. Haha. Mengada!

Ok dari tajuk atas,saya sudah tersimpang jauh benar dari jalan kebenaran. Jadi saya mulakan. Baca doa semua. Minum air kopi jantan dan sediakan beberapa snek untuk sajian anda.Kalau azam tahun lepas,banyak saya buat. Tapi yang saya banyak tinggal baca yassin setiap malam khamis, dan solat biar cukup. Saya selalu tinggal solat isyak,tak tau kenapa dan apa penyakit. Masyaallah bila nak berubah. Duit dah simpan ada rm200. Semuanya kat mak:)

Jadi tahun ni nak bagi azam yang baru. Taraaa:P Nyanyi dulu make a wish make a change. So I do Make A list.
Takmahu tinggal solat.
Mahu khatam Al-Quran .
Puasa sunat.
Baca yassin every week sekali je cukup:P
Banyakkan solat-solat sunat
Doa lebih lebih untuk lembutkan hati pemeriksa,dan bagi result SPM cemerlang.

Nak beli kasut banyak-banyak
Nak beli jeans colour-colour pulak.
Nak beli mesin jahit warna putih
Nak beli katil putih
Nak beli Almari putih yang sangat besar
Nak beli gitar warna putih:P Gila.
Nak beli manik banyak banyak banyak.

Nak berubah ke jalan yang baik:,)
Jangan berbohong.
Jangan cakap-cakap belakang
Jangan bergosip.

Memajukan bisnes yang kecil itu:)

Nak jadi pelajar yang bijak.

Important> Nak masuk U,dalam bidang fashion:)

Mungkin bukan ini je,
banyak lagi la. Tapi cukup la kut untuk tatapan umum.Sebenarnya ada keinginan nak jadi model muslimah. Tiba-tiba benda tu hilang. Almaklumlah dah 2010. Anyway ada competition Ingin Menjadi Model? Dalam blog Hannah Talent. Tapi cuma untuk Perempuan yang bertudung je eh, tudung salji pun boleh jugak:) Sesiapa yang berminat dan berbakat boleh terus ke blog tersebut.

Selamat tahun baru semua:) Semoga kalian tak tinggal solat lagi.
Shuha:)

Ha lagi satu saya nak kahwin 10.10.2010,ada sesiapa yang nak masuk meminang. Haha. Apa takda orang?takpelah saya kahwin 11.11.2011:)