Saturday, January 2, 2010

//Make A Wish Make A List

Salam bahagia salam sentosa. Bukannya senang mahu memulihkan mood yang telah hancur berkecai.Abak tetap berusaha. Sekarang ni kami hantar surat permohonan. Kalau dapat alhamdulillah kalau tak dapat masyaallah.Semalam mak support me nak berniaga buat kek. Ok kelakar gila bila cupcake yang dibuat tak sedap. Al-maklumlah kena segugut pagi tadi. Emm banyak alasan macammana nak berjaya. Beli mixer baru,sebab mixer lama dah berasap, takpelah sempena tak sekolah lagi boleh la berusaha nak buat cupcake lagi lagi lagi sedap. Cepat cakap semoga berjaya. Haha. Mengada!

Ok dari tajuk atas,saya sudah tersimpang jauh benar dari jalan kebenaran. Jadi saya mulakan. Baca doa semua. Minum air kopi jantan dan sediakan beberapa snek untuk sajian anda.Kalau azam tahun lepas,banyak saya buat. Tapi yang saya banyak tinggal baca yassin setiap malam khamis, dan solat biar cukup. Saya selalu tinggal solat isyak,tak tau kenapa dan apa penyakit. Masyaallah bila nak berubah. Duit dah simpan ada rm200. Semuanya kat mak:)

Jadi tahun ni nak bagi azam yang baru. Taraaa:P Nyanyi dulu make a wish make a change. So I do Make A list.
Takmahu tinggal solat.
Mahu khatam Al-Quran .
Puasa sunat.
Baca yassin every week sekali je cukup:P
Banyakkan solat-solat sunat
Doa lebih lebih untuk lembutkan hati pemeriksa,dan bagi result SPM cemerlang.

Nak beli kasut banyak-banyak
Nak beli jeans colour-colour pulak.
Nak beli mesin jahit warna putih
Nak beli katil putih
Nak beli Almari putih yang sangat besar
Nak beli gitar warna putih:P Gila.
Nak beli manik banyak banyak banyak.

Nak berubah ke jalan yang baik:,)
Jangan berbohong.
Jangan cakap-cakap belakang
Jangan bergosip.

Memajukan bisnes yang kecil itu:)

Nak jadi pelajar yang bijak.

Important> Nak masuk U,dalam bidang fashion:)

Mungkin bukan ini je,
banyak lagi la. Tapi cukup la kut untuk tatapan umum.Sebenarnya ada keinginan nak jadi model muslimah. Tiba-tiba benda tu hilang. Almaklumlah dah 2010. Anyway ada competition Ingin Menjadi Model? Dalam blog Hannah Talent. Tapi cuma untuk Perempuan yang bertudung je eh, tudung salji pun boleh jugak:) Sesiapa yang berminat dan berbakat boleh terus ke blog tersebut.

Selamat tahun baru semua:) Semoga kalian tak tinggal solat lagi.
Shuha:)

Ha lagi satu saya nak kahwin 10.10.2010,ada sesiapa yang nak masuk meminang. Haha. Apa takda orang?takpelah saya kahwin 11.11.2011:)

4 comments:

Anonymous said...

shuha!!
huhh, semua benda nak putih. hee:)
tape tape.
putih warna yg cantik:)

fashionableSHUHA said...

putih suci.hha:D

sayarafiqa said...

waa, azam hebat2! :)
jeans kaler2 paling best,haha

selamat tempuh hidup 1 tahun lagi sebagai hamba Allah! :)

fashionableSHUHA said...

hha..
thanks kak rafiqa:,)

ada ke jeans colour-colour-,-
hha:D

ok smoga cepat temu jodoh.
dah kahwin jgn lupaa ajak kita.hha:D