//Warkah Cinta Berbau Syurga

Novel ini ternyata membuka mata banyak pihak terutama remaja seperti kita. Novel ini memberi segala nasihat, dan ianya akan tersemat di hati dengan serta merta. Insyaallah. Rasa diri lebih cinta kepada Allah. Kekadang kita akan merasa bersyukur terhadap apa yang dikurniakan.

Amir Mukhlis seorang mahasiswa yang membesar dalam atmosfera agama yang subur. HIdupnya mula teruji apabila wardah mengharapkan sebuah keputusan. Lalu BALQIS muncul membawa harapan. Akibatnya, salahfaham tercetus antara AMIR dan teman serumahnya. Dalam kegetiran menjadi mahasiswa tahun akhir, AMIR perlu menyelesaikan konflik perasaan dan persahabatan. Kesihatannya turut terjejas. Mampukah AMIR membuatkan keputusan tepat untuk keluar dari kemelut ini?

Nak tau lagi bacalah sendiri :P

"Siapa kita untuk menguasai perasaan dan jiwa sendiri? Bukankah hati itu milik Tuhan. Bahkan cinta itu datang dan pergi tanpa dipinta.."

"Cinta itu ibarat candu yang mengakibatkan ketagihan dan akhirnya kita yang akan tersiksa."

"Jangan terbang tinggi, kalau jatuh akan parah,"
"Kalau kita tidak cuba terbang tinggi , sampai bila pun kita takut untuk mencuba ."

"Benarlah, cinta tidak mampu memenangkan segala. Cinta tidak membawa segala kesempurnaan hadir ke sisi. Tetapi ia mengajar kita menerima sesuatu seadanya. Cinta itu untuk memastikan orang yang dicintai bahagia."

Salam, shuha.

No comments: