//Keliru mungkin,

Assalamualaikum.

Sekarang dah nak masuk dua minggu aku berada dirumah, setelah tamatnya segala gala kepenatan, dan segala ke ke di depan perkataan. Well, ramai antara kawan kawan aku dah cari cari kerja, ada yang sedang tunggu interview dan yang PALING penting ada yang sudah menggigihkan diri pergi kerja.

Aku? Masih lagi duduk dirumah feeling feeling Diva, menggoyang kaki. menghirup angin angin yang segar sama ada waktu malam atau pagi. melebihkan masa berjamjam untuk waktu tidur dan rehat bagi meng Qada' paling waktu belajar dulu. DAN masih tidak lagi mengemas bilik sendiri dengan cantik dan KEMAS. Whyyyyyyyy! kumpul barang banyak banyak, lepastu semua duk simpan. sayang nak buang itu, sayang nak buang ini. sampah dengan peralatan, dah tak reti nak dibezakan. Maklumlah dulu duduk studio , tak nampak lantai. Hikhik.

Bila umur aku dah 20 tahun, aku selalu mengharapkan sesuatu (Dululah) Selain daripada aku rasa 20 tahun ni dah sangat tua. YE TUA (Ini dulu, sekarang biasa biasa aja) Aku rasa yang umur 20 ni, dah boleh buat semua keputusan sendiri, tak ada istilah keliru dalam diri.

Ke aku terlalu cerewet, sebab tu lah timbul soal KELIRU dalam diri?

Aku tak tahu nak bezakan antara dua barang , biasanya. Contoh keadaan terdekatlah kan, masa tu ada kelas Illustration (means; Melukis , mewarna cth)
ni lah , what we called fashion illustration, bila adik adik dah masuk bidang fesyen, ini sajian makanan korang okay,

Sambung balik, So pensel warna aku dah habis, dah pendek pendek yang sangat pendek. Bila buka kotak tu, tinggal lah 4 5 batang pensel warna je. Ha, aku pun pergi cziplee. bila masuk je jumpa satu tempat tu penuh dengan warna. Full, luna ada stabilo swans, faber castle dll. So aku ambil Luna satu, faber castle satu , swans satu/

Luna warna pertama yang aku tolak tepi. Mak aihhh bukan main mahal lagi. So di tangan aku ada dua warna sekarang, yang satu boleh guna air, tapi mahal sikit lepastu ada 24 batang warna je, lagi satu tak boleh guna air tapi ada 36 batang.WAU berbaloi ni! Ada lah dalam 15 minit aku duk renung kotak pensel tu. 
Sampai abang call , adik, kata 10 minit je, ni dah 20 minit ni... 
Yelah yelah, nak bayar lah ni
Dengan tutup mata, aku ambil warna swan. bila kelas illustration dok guna warna tu, menyesalllllllll! Dah mentah mentah illustration nak warna guna air, ni beli warna tak boleh guna air. Untuk menyejukkan hati, Em tak pelah. Anakk abang kan ada, nanti boleh bagi kat dia.

-,-" Memang Qaseh bulan depan dah masuk tadika kan,

Banyak lagilah, benda yang aku akan jadi keliru. Mesti antara dua benda. kadang kadang benda simple pun aku confius. Contohnya dua fail, satu warna pink satu warna baby blue. Aku keliru nak ambil mana satu. Sebab warna pink aku suka (dululah) , warna pink pun dah sebati dalam hidup aku, kalau orang tengok pun tahu warna pink - suha , suha pink. Tapi ramai orang tak tahu yang aku suka baby blue sekarang. warna dia lembut. Tapi fail tu aku beli warna pink, sebab kawan sebelah cakap. suha kau ambil pink la, kan semua benda kau warna pink/

Sekarang ni semua benda aku nak buat, aku nak buat maxi skirt, aku nak buat kotak, aku nak cat bilik, aku nak hias dinding.

Macam macam,

tapi satu benda pun tak gerak.
& yang paling terdekat, aku kata nak masuk pertandingan untuk baju kahwin, tapi macam malas je. -,-"

Em, aku juga nak ambil lesen kereta, TAPI.
Aku nak ambil kelas english.
Aku nak belajar masak,
Aku nak pergi kelas make up,
Aku nak buat novel,
Aku nak main gitar,
Aku nak jaga qaseh,
aku nak jadi cikgu tadika sementara,
aku nak diet,
aku nak berjogging,
aku nak semua benda yang aku rasa aku mampu buat tapi sebenarnya Ya ado.

Tapi dalam banyak banyak keliru yang selalu tumpang lalu di kotak fikiranku , untuk yang ini aku pasti/


Sambung ijazah/ degree. 

No.1 adalah pilihan utama aku, online je terus aku click fashion. Aku memang tak da benda lain dah yang aku nak. (Kecuali, pendidikan awal kanak kanak) Ahhh, ketepikan itu semua.

Pilihan 2 , 3, 4 semua adalah pilihan abak. Sebenarnya ketiga tiga benda tu lah yang abak nak aku sambung masa diploma dulu. Tapi ketiga tiga benda tu juga yang aku lemah plus tak minat. 

Tapi aku tutup mata je, sebab aku tahu aku takkan dapat benda benda tu, kalau dapat pun. aku rela hati katakan aku takkan sambung benda tu.

Sebab hati aku betul betul minat dekat fesyen je, aku bukanlah nak jadi fashion designer, tetapi aku nak jadi pendidik. Pensyarah ke, tak pensyarah cikgu pun boleh (: Tak kisah lah orang lain nak kata apa - apa, selalunya tak da masa depan lah kan? Tapi rezeki tu Allah yang bagi, Insyaallah. 

Dengan izin Allah apa - apa pun boleh jadi, keliru tetap keliru , tapi bila benda tu ditakdirkan untuk kita kita kena terima dengan hati dan tangan terbuka. Insyaallah.


Renung - renungkan dan selamat beramal. krik kriiik krik kriiiiiik.

Salam shuha,

4 comments:

KinaMissOne said...

Kamu permudahkan urusan antara kamu dengan Allah swt . InshaAllah Allah swt pasti permudahkan urusan Kamu sayangg ..

All the best k ;)

fashionableSHUHA said...

inshaallah, thanks kina:)

Anonymous said...

Assalamualaikum.. 1st time bace blog u n tros komen. hehe. even umur 25 pon stil blaku. mcm akak ni ha. bru abes degree. n asik keliru je ape nak buat. haih. :P btw, All the best.

fashionableSHUHA said...

Wasalam (: Thanks sudi baca, hee. Ohh, rasanya semua orang ada penyakit yang sama kut. hehe. Tapi inshaallah keputusan yang last tu adalah keputusan yang terbaik (: