Wednesday, October 10, 2018

//PETUA BAGI MAKEUP LEBIH TAHAN LAMA & TIDAK BERPELUH

Hai, assalamualaikum 2018! Aku kembali balik ☺

So hari ni aku nak share petua yang sangat bagus, ramai je orang tahu tapi tak buat, Ataupun ramai je orang tahu tapi tak percaya

Since aku dah berhijrah dari bidang Fashion ke bidang Makeup. Jadi aku share tips ni ya. 


1. Tuam ais dimuka
106595821

Selalunya seminggu sebelum hari pertunangan/persandingan aku akan pesan dekat dorang supaya tuam ais dekat muka. Setiap hari, setiap malam, kalau tak sempat sejam sebelum MUA ( Makeup artis ) sampai tuam siap siap

Image result for tuam ais di muka

Banyak kelebihan tuam ais pada muka, antaranya :
  • mengimbangkan pengeluaran minyak yang berlebihan 
  •  membantu mengecutkan  jerawat
  • Mengecilkan liang pori pada wajah
  • Melancarkan peredaran darah
  • Mengurangkan mata yang sembab
  • Makeup lebih tahan lama
  • Mengurangkan peluh

Betul betul bagus ke tips ni? Ya sangat bagus!

Suha perasan kalau suha makeup orang yang tuam ais pada kulit muka sebelum makeup , makeup dorang tahan sampai ke malam berbanding yang tak tuam. Padahal guna produk dan teknik yang sama je.

Jadi jangan lupa tuam muka pakai ais ya. lagi lagi kalau dah nak kahwin nak nampak cantik letup meletup berbeza dari orang lain. Hahaha

Okay lain kali aku share tips lagi

Sekian terima kasih

xoxo
suha



Tuesday, December 26, 2017

//SUSU KAMBING YANG BAGUS UNTUK KANAK KANAK

Assalamualaikum, Aku nak share sikit tentang Susu Formula untuk kanak-kanak.

Kalau dulu jarang kita dengar mengenai susu kambing kan? Selalu susu Formula untuk anak - anak susu Lembu atau Susu berasaskan Soya. Tapi sekarang ni Susu Kambing macam cendawan tumbuh dah.

So aku nak share sikit, sebab anak buah aku minum Susu Kambing Lennoza, Macam tak pernah dengar kan? Tapi Lennoza ni sebenarnya dah keluar semenjak Tahun 2012 lagi. Masa tahun tu, Lennoza lah satu - satunya produk Susu Kambing keluaran Muslim yang ada dekat Malaysia ni.

Yang lagi best, kalau kau ada masalah susu badan tak berapa cukup, Lennoza ada Susu STEP2, susu rumusan khas untuk bayi 6 bulan sehingga 1 tahun. Lepastu ada Susu STEP3, untuk kanak - kanak 1 tahun ke atas.

Lennoza ni susu formula yang tak menggabungkan satu keluarga, sebabnya dia Rumusannya mengikuti Akta Makanan 1983 dalam Susu Formula. Kiranya maca, kandungan Protein, Kalsium, dan Vitamin lain memang cukup untuk anak - anak.

.........................................

Benda paling penting, susu Lennoza ni memang tak da gula langsung. Kalau rasa pun memang tak rasa manis dan takda bau hamis. Berbeza dengan susu Kambing yang aku minum jenama lain. Cakap takda gula, tapi bila rasa kemain manis dia. So agak agak manis tu datang dari apa? Ahahaha.

Kalau orang dewasa minum memang okay, tapi kalau kanak - kanak yang minum? Tak ke rosak gigi dia nanti, Buah pinggang lagi. Kesian budak - budak.

Budak budak memang lah suka minum, sebab manis tapi nanti ada side effect lain pula. So Ibu bapa lah yang kena peka kan?

........................................

 Ni rupa Botol Susu Lennoza tu, ada STEP2 & STEP3



Ni anak buah aku, Yang perempuan tu minum susu Asli STEP3, 
yang boy tu minum Susu STEP2 
Penting tau bayi 6-12 bulan ni dapat susu step yang betul 
Sebab organ dalam badan dorang belum cukup matang untuk terima susu biasa



Anak buah aku, Alhamdulillah jarang jarang demam lepas consume Lennoza. Kalau demam pun kau tak rasa dorang demam. Sebab still aktif macam biasa.

Makan jangan cakap, banyak nau. Minum susu kuat, Makan nasi pun kuat. Tapi lepas makan je comfirm membuang. Takda langsung masalah sembelit

So tu je lah aku nak share, kalau ada apa - apa soalan korang tanya je nanti aku jawab,

Btw, kakak aku yang kedua pun tengah pregnant, Punyalah aku nampak kelebihan dekat anak buah aku. Awal - awal lagi aku dah suruh kakak aku minum Lennoza, untuk kebaikan anak dia dalam perut.

AHAHAHA

Over tak aku? Overkan. So nanti kalau aku kahwin - pregnant comfirm aku amalkan Susu Kambing Lennoza juga, Hihihi

Okaylah tu je.


Salam
Shuha,