Friday, December 28, 2012

//Fabrik atau Kain yang sesuai digunakan untuk Bersanding / Nikah / Majlis majlis tertentu.

Assalamualaikum.

Ini adalah entri yang kedua untuk hari ini. Sekali dah publish , berkobar - kobar hati ni nak menaip satu entri lagi. Kalau sebelum sebelum ni pasal pengalaman. Kali ni saya nak share sedikit tips idea dan sebagainya. Dan disebabkan ramai yang hantar email tanya fabrik apa yang sesuai untuk digunakan semasa tunang / nikah / bersanding / majlis - majlis penting. So make it simple, aku terpanggil untuk menulis satu entri. Dan entri ini bukan dari seorang yang pakar ye , harap maklum. Cuma pelajar biasa yang baru sahaja tamat diploma fesyen. Dan for sure bukan pelajar textiles. Kalau pelajar textiles, sentuh kain je dia dah tahu ni kain apa. Contohnya sentuh kain, ni kain georgette yang harga tak berapa mahal cuba 6.90 sahaja. Beli dekat kamdar atau nagoya. Fuhhh!

-,-" (pensyarah aku letttew)

Perkara penting untuk korang tahu adalah mencari kain yang sejuk, menyerap peluh apatah lagi sejuk mata memandang.

Kecuali lah korang memang nak pakai baju tu sekali je. Korang boleh beli kain satin.

Tapi kalau korang nak pakai untuk hari hari yang lain, dan korang jenis yang kuat peluh, dan korang rasa cuaca pada hari persandingan korang panas.

Saya suggestkan :

- SILKY FABIANO
- VALENTRO UOMO
- SATIN SILK
- SOLUNA PLATINUM
- VALENTINA

Untuk kain yang lembut lembut , melambai lambai ditiup angin.

- PLAIN CHIFFON
- CHIFFON GEORGETTE
- GEORGETTE

Untuk kain lining / alas baju. (Kain lembut juga , lemah gemalai je. macam kain chiffon, tapi bila dah jadi alas, baju takkan nampak jarang, kain yang sejuk sangat)

- LINING ARITACHI 
- LINING CREPE

Kain yang sangat cantik dipakai , nampak terletak je. Tapi panas dia ala - ala je. Tak sejuk sangat dan tak panas sangat.

- DUTCHES SATIN

Untuk kain kain diatas, senang kalau nak cari di JACKEL. Sebab jackel korang sebut je nama kain ni ni ni. Dorang terus direct bawak korang pergi dekat tempat kain tersebut. Banyak pilihan. Tapi kalau korang pergi dekat kamdar/ nagoya dan sebagainya. Takda nama nama kain, kena cari sendiri, dan paling utama sekali, pekerja akan geleng kepala je sambil kata TAK TAHU.

Kecuali kalau korang dah tahu kain tu macam mana macam mana boleh lah cari mana mana kain. 

Tapi biasa lah, jackel harga dia agak tinggi berbanding kedai kedai yang lain. Tapi untuk layanan I bagi lima bintang. Kalau korang pergi jackel jangan malu malu minta kurang.

Kalau nak beli kain dutches beli dengan euro moda. Minta harga rm 30 okay! I share tips ni. Tapi kadang kadang Dorang tak bagi sangat , maybe dorang bagi rm 33 ke rm35 ke. Harga dorang letak adalah rm 45 keatas. Atau pun korang boleh pergi Osman dekat Semua House kalau tak silap. Situ harga rm30 ke rm 35 tak ingat.

Untuk kain yang soft, lemah gemalai. Dapatkan dekat Kamdar ye! Ambil yang harga rm 8 ke atas. Itu dah dikira kain yang sesuai digunakan. (:

Lining crepe/ aritachi. Korang boleh dapatkan dalam harga rm10. 

 Untuk design yang saya gunakan kain Valentina (biru ) rm 15 dekat jackel. Georgette (pink) rm6.90 dekat kamdar. Terima kasih wanie sebab sudi jadi model (:
Yang ni pulak Saya guna dutches (beli dekat euro moda - rm 29 semeter ) Chiffon (NAGOYA - rm 6.90) Tapi tolong jangan beli kain chiffon ini, tak tahan , cepat berbulu .



 Untuk yang ni, Guna Chiffon yang dijual di jackel rm25. Tapi dapat rm 15 je:P Kain satin bahagian dalam, dan kain lace yang dibeli di Nagoya RM36.90 sahaja semeter. Untuk baju lelaki, bahagian luar adalah dutches satin.

Diharap entri kali ini dapat membantu mereka yang sedang ingin bercinta. Ehh salah pulak. Yang mahu mendirikan rumah tangga dan sebagainya! Okay sekian terima kasih. 

(Aku tak tahu kenapa aku suka tulis Jakel dengan perkataan jackel -,-" Re-branding kutt. Haha) - Pedulikkan

Salam shuha.

//Kehidupan Babysitter

Assalamualaikum. 

Sebelum ni aku ada 4 entri yang msih belum post. terus tersimpan di dalam draft. Anddd I hope kali ini akan terus di publish kan. (: Dan setiap entri aku akan tulis benda yang sama. Sebelum ni ada 2 entri yang masih disimpan di dalam draft, sebelum ni ada 3 entri yang masih disimpan di dalam draft. Teehee. 

Sementara idea idea aku bagai melimpah di ladang gandum ni, baiklah aku meneruskan hajat yang tidak kesampaian ni. Dan sementara abang masih di pejabat , masih sempat untuk aku melengkapkan entri ini. Kalau tidak mesti dia kacau je, 

Abang  :  Adik nak guna jap. Lima minit jeee.
Adik     :  Eii abang ni, suka kacau laaaa.
Abang  :  abang guna kejap je, lima minit je. Betul
Adik     :  Eiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii. Nah lah, lima minit je.

After five minutes.

Adik    :  Abang dah lima minit dah.
Abang :  Soooooooooooooooooooooooo?


-,-"

Lepas sepuluh lima belas dua puluh minit baru abang bagi. Aku bukak balik nak update.

Krikkk krikkk, cengkerik lalu. idea dah terkubur.
And lastly SAVE!

Baiklah aku rasa semua orang dah tahu yang aku sedang cuti. Sangat lama. sampai bulan tiga, sebab aku tengah tunggu panggilan degree.

Pejam celik pejam celik, dah dua minggu aku jadi babysitter secara FULL-TIME. (Tak full time sangatlah)

Dan pejam celik pejam celik juga, aku dah habiskan cuti sepanjang dua bulan lebih. OMG! apa je yang aku buat dalam masa dua bulan ni? -,-"

Actually banyak benda juga aku buat, selain dari membuang masa, menternak lemak - aku naik 3 kg je sebenarnya, abang yang hacked fb aku kata naik 10kg. Lepastu semua orang percaya. Tapiiii, aku naik 3 kg pun badan aku tetiba je naik mendadak. Perut dah buncit, lengan dah macam peha orang, Peha jangan cakap lah kannnnn. Lepastu aku pergi mana mana semua dok kata badan aku naik . naik . naik.

Yang paling tak boleh terima, Bila aku dukung mithali qaseh. Semua ingat aku mak dia -,-" 

Excuse me, saya penjaga diaaaa tau. saya tak kahwin lagi, saya masih muda lagi remaja. (Dalam hati je la. )

Padahal dalam hati suka, yelah memang impian aku dari sekolah dulu dulu lagi, nak jadi ibu muda yang dah ada anak. (:

Naaah, aku dah stop menaip selama 3 jam. Tingg! dan aku tekad untuk terus menaip selepas 3 jam. Tinggg.

Akhirnya aku mulakan dengan cerita perihal aku sebagai babysitter. Atau dalam bahasa melayau nye pengasuh.

Disebabkan aku pengasuh pada waktu siang. jadinya kerja aku agak senang. Sebab Mithali qaseh ni, berjaga waktu malam. Siang kerjanya tidur je, tak mau bangun. Kau usik macam mana pun, geletek macammana pun, kau cium macammana pun. Tidur tetap Tidur.

Tapi kekadang ada juga lah dia terganggu masa tidur, dan dia start menjerit ke, merengek ke, ataupun habis satu dahi duk berkerut . Abang kata Qaseh sebijik macam adik, Tak boleh orang kacau dia tidur langsung -,-"

Selalunya pukul 9 / 10 pagi dia kena mandi. Tapi kalau kak ainul sempat before pergi kerja dia dah kena mandi. Tapi (berapa banyak tapi la ) sejak akhir akhir ni, dia tidur je tak nak bangun bangun, pukul 3 baru mandi tak pun pukul 5 baru mandi. Jimat sikit air, maklumlah bil air dah melambung tinggi sekarang.

Sebelum mandi biasa Qaseh nak susu, lepas mandi pun nak susu. Tapi sekarang tunggu lah sampai dia bangun, masa tu lah dia nak susu. Kalau dulu pukul 1- 2 dia akan bangun, so aku dah siap siap panaskan susu sepuluh minit before. Tapi sekarang tunggu dia bangun barulah aku pergi panaskan susu.

Sebab masa dia sekarang dah tak menentu.

Biasanya lepas bangun, dia minum susu. Lepastu senyum senyum. Nak orang layan dia, kalau kita bercakap dia pun nak bercakap. Tapi satu benda pun tak boleh nak faham.

Orang kata Qaseh ni bila dah besar, banyak cakap. Kiranya macam jadi anak dara peramah lah. GOOD! jangan jadi macam makcik dia ni, tak peramah langsung -,-"

Biasanya bila Atuk balik waktu lunch, qaseh mesti bangun. Nak jumpa atuk letttew. Bila petang selalunya, abang dengan kak ainul balik. Bunyi je motor, bunyi pagar. Terus mata dia terbeliak.

Pandainyeeeeee.

Bila siang qaseh tidur, aku pun boleh lah buat kerja apa yang patut. Basuh kain ke, lipat kain ke, jemur kain ke, online ke, stalker ke, cari apa apa maklumat yang patut ke, tidur sekali ke. Teettt.

Bila malam, kadang kadang kak ainul ngan abang jaga, kadang kadang aku jaga, kadang kadang semua perlu berjaga.

Ingat lagi satu malam tu, mula mula kak ainul, lepastu abang, lepastu akak , lepastu aku. Gilir gilir.

Malam malam dia tak nak tidur, bukannya dia menangis pun. Tapi dia nak orang layan dia. Borak dengan dia. Kalau dia tengok takada orang keliling dia, takpun semua tengah tidur, mulalah dia menjerit. 

Semalam 27.12 Qaseh dah belajar gelak untuk pertama kalinyaa! Comel sangat suka tengok dia gelak. Tapi duk senyum senyum, lepas tu tidur berapa minit, lepastu terus taknak tidur sampai lah 5 pagi.

Akhirnya aku tumpas pagi tu, lepas solat subuh terus tidur. Tanpa sedar bangun bangun dah pukul 11 pagi. Anak dara apa lah ni -,-" Tak senonoh langsung.

Kekadang aku tengok je movie. Qaseh baring kat sebelah pun tengok sekali. Kalau dia tak nampak screen tu kan, dia merengek. Eleh macam lah faham -,-" haha. JAhat je. Kadang kadang aku letak laptop depan dia, bagi dia tengok muka sendiri. Mak aihh bukan main suka lagi tengok muka.

Kadang - kadang gelagat dia buat aku tak ngantuk. Comel sangaaaaaaaaaat!

Malam malam dia macam siang hari. Kuat minum susu kuat berak. Kalau siang tidur jeeeeeeeeeeeee.

Bab nak mandi aku susah sikit. Dia suka sangat main air, kaki tu duk angkat macam nak berenang dah. Lepastu banyak bergerak.

Apatah lagi berat dia sedang meningkat. Masa dia dah masuk 3bulan, berat dia dah mencapai 6 KG! dan sekarang aku rasa dah 7KG lebih dah. KAlau angkat dah lenguh lenguh tangan.

Budak lain, hisap jari. Qaseh hisap tangan. Kalau tak dapat masuk satu tangan menjerit jerit -,-"

To be honest, jaga mithali qaseh tak susah sangat pun. Sebab tak banyak perangai. Tapi jaga budak budak ni memang kena ada kesabaran yang sangat tinggi! 

Dengan harapan mithali qaseh jadi anak yang soleha dan taat. budak pandai cerdik dan paling penting sentiasa comel. Auuuummmmm!

Sayang qaseh sangat sangat yeee.


 Tengok muka sendiri.


 Alaaaa. Comelyee ustazah qaseh ni.


Okay lah byeee. Salam shuha.

Saturday, November 10, 2012

//Kurangnya satu DOA.

Assalamualaikum.

Ehemm , macam drama tv pula tajuk rasanya. Eh' sebenarnya tak tahu nak tulis entri kali ini dengan mood gembira atau sedih.
Bercampur baur dah perasaan sekarang. Ingat itu happy ingat ini tak happy.
Why?


Okay lah terus terang. semuanya disebabkan keputusan yang baru dua tiga hari digembar gemburkan (Betul ke ayat ni? -,-) Kalau korang ramai kawan student uitm bolehlah nampak penuh orang duk update status. kan?



Ada yang sangat gembira, ada yang gembira sangat. Ada yang kecewa sangat, ada yang sangat kecewa.



Aku?



Kecewa sangat - Sangat gembira - gembira - Sangat gembira - kecewa sangat - Sangat gembira - Sangat sangat kecewa - Gembira sangat - Terlalu sangat kecewa ;(



sila tukar (-) kepada 'going to'




Kenapa pertama kecewa sangat?



Okay mula mula tertukar cgpa dengan gpa.


cgpa 3.49  gpa 3.75
Dah bergenang air mata. Why why. kenapa engkau tak buat terbaik. kesian mak abak abang semua, dah banyak habis duit . ini yang kau bagi? Apa ni 3.49 lagi 0.01 je nak dapat dekan. Kenapa tak dapat dekan . kenapa kenapa?


Off email. beristighfar sekejap.

Tetiba keluar awan dikepala - kalau pointer kau rendah, asal markah setiap semester boleh tinggi. -,-"
On email balik, lepastu tersenyum sorang sorang. Hikhik. Terbalik lah tengok.


Going to sangat gembira.



Going to kecewa sangat.



Kenapa cgpa 3.49? em lagi 0.01 je. kenapa kenapa? Tak dapat lah engkau nak apply biasiswa. sebab rules dia kena 3.5 ke atas. ;(




Kemudian, Bagitahu keputusan dekat abak, and abak cakap tahniah. Walaupun aku dah bagitau pointer turun sebanyak 0.07. Tapi abak kata Tak apa, tahniah. Still lagi dalam dean list. Alhamdulillah, nasib baik abak memahami. Terharu sangat nih.



kemudian,



Disebabkan tak puas hati. aku kira pointer dari semester 1 - 5 , bila kira kira. aihhh asal macam lain je? kenapa bila tambah tambah bahagi sama dengan dapat 3.51 ?



bila mak balik, mak kata tak nak ucap tahniah. sebab pointer turun.




:, /



going to sangat sangat kecewa


Tapi bila kira kira balik contohnya macam 3.5749 tambah semester kedua berapa bla bla .



And saya dapat 3.4949 and you know what? saya cuma kurang 0.0001 sahaja.

Dan dengan sendirinya datang persepsi bahawa


mungkin 1 tu adalah kurangnya satu doa ;(



Saya tak pernah doa untuk dapat cgpa berapa  tapi saya cuma doa untuk kekalkan dalam dean list. :,  I



my mistake.



I went out to see if I could live for a couple of days.
That was my mistake.
That was my mistake.
One by one I counted all those happiest of days.
Yeah, That was my mistake.
Why, That was my mistake.
Whats gone is gone, sweet memories,

-.-"


PTPTN come to mama.

Dan pengajaran untuk kes kali ini, buat betul betul untuk degree.
Jangan pernah kurang satu doa. Dan jangan sesekali leka.
Insyaallah.


Nampaknya terpaksa say byee to biasiswa koswip (Koswip ni adalah koperasi untuk orang orang yang kerja kerajaan. kalau mak ayah korang kerja kerajaan, dorang mesti tahu pasal koswip) Kalau korang cgpa 3.5 ke atas boleh lah mohon.



Saya masih lagi binggung. Tak tahu nak bersyukur ke tak, tak tahu nak gembira atau tak, tak tahu nak sedih atau tak. Tak tahu nak cakap dunia ni adil atau tak.



EH'



Well, mak abak abang akak kak ainul. Im so sorry, tak dapat 3.5 untuk cgpa. Tapi adik tak pernah janji pun nak dapat cgpa 3.5 ke atas kan? Yang adik janji untuk jaga pointer agar sentiasa dalam dean list. Kan? Abang pun dulu pernah cakap untuk adik dapat 3.7 ke atas kan? Ingat tak ingat tak? Mak and abak pun suruh adik dapat dekan kan?



Tapi kenapa tetiba berubah....



Ingatkan keputusan ni dapat gembira kan dan korang akan rasa "Em tak menyesal banyak habiskan duit kat adik " Tapi....



:(



lain pulak jadinya...



Seriously, adik dah buat paling terbaik. Tak tahu mana lagi salahnya, tak nak salah kan pada rezeki, dan tak nak salahkan pada, "setiap yang berlaku ada hikmahnya"






And you know wht, adik akan rasa bersyukur, kalau korang bersyukur dengan result adik.



Sorry, Bye.



-Abang akak tak payah nak perli perli k.


Bye salam. -taknak kawan.

Wednesday, October 31, 2012

//Keliru mungkin,

Assalamualaikum.

Sekarang dah nak masuk dua minggu aku berada dirumah, setelah tamatnya segala gala kepenatan, dan segala ke ke di depan perkataan. Well, ramai antara kawan kawan aku dah cari cari kerja, ada yang sedang tunggu interview dan yang PALING penting ada yang sudah menggigihkan diri pergi kerja.

Aku? Masih lagi duduk dirumah feeling feeling Diva, menggoyang kaki. menghirup angin angin yang segar sama ada waktu malam atau pagi. melebihkan masa berjamjam untuk waktu tidur dan rehat bagi meng Qada' paling waktu belajar dulu. DAN masih tidak lagi mengemas bilik sendiri dengan cantik dan KEMAS. Whyyyyyyyy! kumpul barang banyak banyak, lepastu semua duk simpan. sayang nak buang itu, sayang nak buang ini. sampah dengan peralatan, dah tak reti nak dibezakan. Maklumlah dulu duduk studio , tak nampak lantai. Hikhik.

Bila umur aku dah 20 tahun, aku selalu mengharapkan sesuatu (Dululah) Selain daripada aku rasa 20 tahun ni dah sangat tua. YE TUA (Ini dulu, sekarang biasa biasa aja) Aku rasa yang umur 20 ni, dah boleh buat semua keputusan sendiri, tak ada istilah keliru dalam diri.

Ke aku terlalu cerewet, sebab tu lah timbul soal KELIRU dalam diri?

Aku tak tahu nak bezakan antara dua barang , biasanya. Contoh keadaan terdekatlah kan, masa tu ada kelas Illustration (means; Melukis , mewarna cth)
ni lah , what we called fashion illustration, bila adik adik dah masuk bidang fesyen, ini sajian makanan korang okay,

Sambung balik, So pensel warna aku dah habis, dah pendek pendek yang sangat pendek. Bila buka kotak tu, tinggal lah 4 5 batang pensel warna je. Ha, aku pun pergi cziplee. bila masuk je jumpa satu tempat tu penuh dengan warna. Full, luna ada stabilo swans, faber castle dll. So aku ambil Luna satu, faber castle satu , swans satu/

Luna warna pertama yang aku tolak tepi. Mak aihhh bukan main mahal lagi. So di tangan aku ada dua warna sekarang, yang satu boleh guna air, tapi mahal sikit lepastu ada 24 batang warna je, lagi satu tak boleh guna air tapi ada 36 batang.WAU berbaloi ni! Ada lah dalam 15 minit aku duk renung kotak pensel tu. 
Sampai abang call , adik, kata 10 minit je, ni dah 20 minit ni... 
Yelah yelah, nak bayar lah ni
Dengan tutup mata, aku ambil warna swan. bila kelas illustration dok guna warna tu, menyesalllllllll! Dah mentah mentah illustration nak warna guna air, ni beli warna tak boleh guna air. Untuk menyejukkan hati, Em tak pelah. Anakk abang kan ada, nanti boleh bagi kat dia.

-,-" Memang Qaseh bulan depan dah masuk tadika kan,

Banyak lagilah, benda yang aku akan jadi keliru. Mesti antara dua benda. kadang kadang benda simple pun aku confius. Contohnya dua fail, satu warna pink satu warna baby blue. Aku keliru nak ambil mana satu. Sebab warna pink aku suka (dululah) , warna pink pun dah sebati dalam hidup aku, kalau orang tengok pun tahu warna pink - suha , suha pink. Tapi ramai orang tak tahu yang aku suka baby blue sekarang. warna dia lembut. Tapi fail tu aku beli warna pink, sebab kawan sebelah cakap. suha kau ambil pink la, kan semua benda kau warna pink/

Sekarang ni semua benda aku nak buat, aku nak buat maxi skirt, aku nak buat kotak, aku nak cat bilik, aku nak hias dinding.

Macam macam,

tapi satu benda pun tak gerak.
& yang paling terdekat, aku kata nak masuk pertandingan untuk baju kahwin, tapi macam malas je. -,-"

Em, aku juga nak ambil lesen kereta, TAPI.
Aku nak ambil kelas english.
Aku nak belajar masak,
Aku nak pergi kelas make up,
Aku nak buat novel,
Aku nak main gitar,
Aku nak jaga qaseh,
aku nak jadi cikgu tadika sementara,
aku nak diet,
aku nak berjogging,
aku nak semua benda yang aku rasa aku mampu buat tapi sebenarnya Ya ado.

Tapi dalam banyak banyak keliru yang selalu tumpang lalu di kotak fikiranku , untuk yang ini aku pasti/


Sambung ijazah/ degree. 

No.1 adalah pilihan utama aku, online je terus aku click fashion. Aku memang tak da benda lain dah yang aku nak. (Kecuali, pendidikan awal kanak kanak) Ahhh, ketepikan itu semua.

Pilihan 2 , 3, 4 semua adalah pilihan abak. Sebenarnya ketiga tiga benda tu lah yang abak nak aku sambung masa diploma dulu. Tapi ketiga tiga benda tu juga yang aku lemah plus tak minat. 

Tapi aku tutup mata je, sebab aku tahu aku takkan dapat benda benda tu, kalau dapat pun. aku rela hati katakan aku takkan sambung benda tu.

Sebab hati aku betul betul minat dekat fesyen je, aku bukanlah nak jadi fashion designer, tetapi aku nak jadi pendidik. Pensyarah ke, tak pensyarah cikgu pun boleh (: Tak kisah lah orang lain nak kata apa - apa, selalunya tak da masa depan lah kan? Tapi rezeki tu Allah yang bagi, Insyaallah. 

Dengan izin Allah apa - apa pun boleh jadi, keliru tetap keliru , tapi bila benda tu ditakdirkan untuk kita kita kena terima dengan hati dan tangan terbuka. Insyaallah.


Renung - renungkan dan selamat beramal. krik kriiik krik kriiiiiik.

Salam shuha,

Monday, October 29, 2012

//Pengalaman pertama,♥♥♥

Assalamualaikum.

Tehee, lama dah rasanya tak update story yang gembira, sedih kecewa duka dan lara. Well, kita nak bagitahu . I finished my diploma, teehee lagi sekali. Alhamdulillah (:

Banyak banyaaaaaaaaaaaaak sangat benda nak cerita, nak dikongsi, dibaca dan diketahui *_* Yang pertama adalah apabila I'm so excited and ready to meet my baby. Masa tu banyak sangat sangat kerja, dimana design ke dua belum naik lagi, kain pulak tak cukup malah telah habis stok di jakel. Pada mulanya semua nak balik minggu tu, tapi sorang sorang tarik diri, including me. Sebab apa? sebab en . din (My lecturer) tak kasi balik, sebab beliau buat kelas masa hari Ahad tu. Sebab apa buat kelas hari ahad? sebab next week en.din tidak ada ada meeting and so on.

Sooooooooooooooooooooooo, dengan hati yang tak beberapa redha  (R. E. D. H. A) dah (:  saya stay juga dekat perak, malam sabtu tu kak ainul bersalin, masa tu dalam dewan seri iskandar, tengah mendengar ceramah. (politik bagai, langsung tak menerangkan mata ni ) - LDK means latihan dalam kumpulan. 

Bila dah bersalin, air mata mengalir sebab tak dapat tengok kelahiran, suasana dan lain lain. Sedihnya rasa. Pagi tu, bangun awal pagi sebab nak tengok gambar baby dalam facebook. Punyalah tak sabar, sanggup beli internet maxis yang harga rm3 selama satu hari tu. 


Ni lah gambar pertama, mengalir air mata kesyukuran. Akhirnya selamat dilahirkan. 

Mulanya ada beberapa komplikasi, akhirnya kak ainul bersalin dengan cara pembedahan. bayi pula kena tahan dekat wad selama seminggu lebih lebih. Bila dengar berita dari ganggang telefon, masa akak call. Terasa pilu sangat dalam dada ni. Takut lah apa apa berlaku kan, tapi Alhamdulillah semuanya selamat dengan izin Allah s.w.t (:

Minggu depannya, tak sabar nak balik. Hari khamis dah balik rumah, dapat jumpa baby pun , nasib baik dapat jumpa tu pun sebab menyamar jadi ibu lepas bersalin. Kalau tidak jangan harap dapat masuk bilik baby . Duduk atas kerusi roda, abang tolak. Depan mak guard tunduk je muka, buat buat tengah main handphone. padahal dah ketaq kepala lutut ni. Nasib baiklah makguard tu tak datang dekat dekat.

Masuk je dalam bilik (NICU) , ramai sangat bayi bayi dalam tu, ada yang tak cukup bulan, ada yang demam kuning dll.

Hari isnin petang, akhirnya baby keluar juga. Alhamdulillah(: Nampak tak dah hari isnin? tak reti reti nak balik perak. Haha, dengan berat melangkah terpaksa balik perak pada waktu malam. Kalau ikutkan hati , bukan hati je tapi telinga ni juga, hari selasa petang baru nak balik, tapiiiiiiiiiii en.din dah msg -,- Tanya pasal kerja. Seriously, masa tu berdebar sangat sangat.

Cepat cepaat kemas barang, pukul 1 pagi baru sampai perak.

Esok pagi pagi ada kelas CAD, dan awal pagi tu juga en . din call suruh datang bilik dia. Kelam kabut masa  tu, rupanya en . din suruh tambah sikit dengan design ke dua.


.& hari tu juga, dengar berita pemergian kawan masa sekolah sekolah dulu (Al fatihah) Semoga kau berada dalam golongan orang orang yang beriman. Amin

.& selepas sebulan beberapa hari, baru dapat jumpa. Tak boleh panggil baby dah, sebab dia dah ada nama.

we present to youuuuuuuuuuu 



AINUL MITHALI QASEH BT MOHAMAD KHAIRI RIDHWAN


اَللَّهُمَّ فَقِّهُّ فِي الدِّيْنِ وَعَلِّمْهُ التَّأْوِيْلَ.
Maksudnya: Ya Allah, berilah kefahaman kepadanya dalam urusan agama dan ajarkannya Takwil (tafsir al-Quran).


اَللَّهُمَّ أَلْهِمْهُ التَّأْوِيْلَ وَعَلِّمْهُ الْحِكْمَةَ.
Maksudnya: Ya Allah, ilhamkannya Takwil (tafsir al-Quran) dan ajarkannya hikmah (ilmu yang tepat).


اَللَّهُمَّ بَارِكْ فِيْهِ وَانْشُرْ مِنْهُ
Maksudnya: Ya Allah, berkatilah padanya dan sebarkanlah ilmunya.




Dah cuti sehingga bulan 3 tahun hadapan, dengan rasminya saya menjadi babysitter ;) Tak boleh tolak dah, sebab dari qaseh dalam perut, ayah dah booking mama suha tau. 

Krikkk krikk krik. teeheee.
           

Apa yang bagus tentang qaseh, dalam keadaan bising macammana pun, orang geletek macammana pun. Tidur tetap tidur, tak merengek langsung. Tapi waktu malam , tak yah susah susah nak geletek. Mata dia dengan sendirinya terbuka. Orang siang bangun dia malam baru bangun.

28/10/2012 hari pertama jaga Qaseh waktu malam. teehee.


Nanti bila dah besar, jadi anak yang baik solehah, jangan banyak perangai taau! 

Masa makan,qaseh duduk diam diam je tak banyak perangai. Nanti dah besar pun jadi macam ni juga tau. Boleh mama suha bawak pergi jalan jalan, teman beli kain ke, kita makan KFC minum teh tarik.
Qaseh tak nak tidur, ni lah muka dia waktu pukul 2.50 am pagi semalam. 

permata hati ibu dan ayah. (:
salam shuha

Thursday, August 23, 2012

Raya Oh Yeah

Salam.
Dah lama rasanya aku tak menulis dalam keadaan yang sangat gembira. I mean, Sangat tulus dan ikhlas. Apabila tiba waktu raya, tulus ikhlas tu senang lah ada, melekat dalam jiwa  ni. (:

Well, I don't think i give my best for this year's Ramadhan :( Tarawih entah kemana lah, malu nak cerita. Emm, Hope jumpa ramadhan akan datang.

Gembira gembira gembira.

Dalam keadaan sensorang di ruang tamu, selepas usu dan keluarga baru je balik ke negeri sembilan. Habes solosai berayo tadi. I try ambil feel sikit.

Hmmmmm, (Feel)

Sehari before raya, kitorang balik terengganu, pukul 1pm bertolak dan 7.30pm sampai, sempatlah berbuka puasa kali terakhir kan. Hari raya kedua, pergi hantar cousin kitorang bertunang. Dia belajar dekat rusia, bertunang dengan orang cendering terengganu. Amboi pandai cari calon. *Kenyit kenyit mata.

Dan hari ketiga pula , paklang buat tahlil dan doa selamat sempena rumah baru siap. Masa pagi pagi tulah kitorang merewang, bersihkan ayam yang berekor ekor, masak gulai dan sebagainya.

Well, tu kan my first experience. basuh ayam berbesen besen.Disebabkan cousin kitorang yang lain semua kecil kecil lagi. (Sekolah rendah) Jadinya, dengan dorang dorang sekali kena tarik basuh ayam.

Apa yang penting, dorang tak merungut pun. Siap boleh kata "seronok jugak kan kakcu, basuh ayam. Nanti boleh kerja jual ayam" 

-,-"

Nampak tak kesyeeeeeeeronooookkkan disitu?

Lepas habis kenduri, turn basuh basuh pinggan dan cawan pulak. Dalam 4 lebih, selesai barulah boleh beraya kerumah sedara mara.

Penaaaaaat! Tapi nak buat cammano, sedaro ramee bonar.

Balik je rumah terus telentang, rehat rehat kan badan, tidur sampai kul 1. kemas kemas barang mandi semua.
Jadi dalam kul 2 pagi, kami berangkatlah balik ke kajang.

Sebab esok kak ainul dah kena kerja :(

Nampak tak bertapa packnya jadual kitorang?

Apa yang bestnya, even duduk rumah masa raya pertama, cuci cuci pinggan. tapi duit tetap masuk. Alhamdulillah, umur 20tahun. Duit raya paling banyak dapat. Rezeki rezeki. *Angkat kening.


Pukul 7.30 am, sampailah di kajang. Kemas rumah, basuh kain . Yang paling penting ONLINE, hihi:P Lepas Zohor, kitorang bergeraklah raya ke batu 9 Kampung belah abak. Tapi sempat pergi 3 buah rumah jeeeee.

Dan hari ni. duduk dirumah sahaja, sebab usu dah book nak datang rumah.

Nampak tak perjalanan cerita? haha.

Dan sekarang saya duduk dengan senang lenangnya mengupdate blog. Tanpa mempedulikan kerja.

Dont worry ppl' Saya akan start malam ni. Insyaallah (:

Kena siapkan baju! WAJIB ye suha! Minggu depan dah kena fitting bagai.

Esok nak pergi raya laaaaaaaaaaaaaaaaaagi.

Tapi rasanya tak pergi raya pun.Sebab abang tak ada, abang balik tanjung karang :(

Dan yang paling penting! Wa tak tau mana handphone wa letakkkkk/

Grrrrr!

Ok salam. (Sakit perut)



Paling syeeerooonook sekali. Gambar raya pertama telah di delete oleh adik adik sedaraku. Menyampah je, lepas ni jangan harap lah korang boleh sentuh camera.

Bukan gambar raya sahaja okay, gambar kitorang hangout (roommate-6orang) telah hilang, dan yang paling PENTING sekali! Adalah kerja kerja saya di perak.

TOO BAD.

Ini jeeee yang ada. Enjoy




Selamat hari raya maaf zahir batin. Ayat ni simple , tapi to be honest ianyaaa tulus dan ikhlas dari hati(:

Tuesday, June 5, 2012

// Potrait Kelurga

Assalamualaikum (:

Sementara kami meluangkan masa menonton tv bersama sama. Aku mengambil masa untuk menunjukkan bakat aku dalam illustation semata mata. 


Abak saya. 
- Pelanggan kata :  Macam ni jadinyeee? Abak tengok macam muka soha je, cerr buang misai ngan janggut. Lepastu buat rambut panjang sikit" 
Hikhokhikhok.

 Mak saya
- Pelanggan kata  :  Tersengih sengih. Cantiknya mak, 
Abang saya (Ketara tak sama nyeeee)
-Pelanggan kata  : Eii tak sama langsung, tak hensem langsung dalam gambar ni.

 Akak saya
-Pelanggan kata : Eii cantiknya akak mata besar nye. Tapi tak sama pun dengan akak, dik.
 Kak ainul
-PElanggan kata : Eii apa ni, tak sama langsung, Mana boleh tanda tangan, tak sama punnn.
 NEW BABY BORN.
-Pelanggan kata : Macammana aunty boleh tahu muka saya macam ni? HIKHOKHIKHOK


Dorang kata apa apa pun, im still happy. Sebab dorang kan family saya. Family je yang selalunya berterus terang untuk menyatakan pendapat. Even benda tu buruk atau cantik, tapi tu lah pendapat yang paling ikhlas .

Jadi tak perlu kut, pasal benda benda kecil pun nak sentap, nak bergaduh antara keluarga.

Benda paling Teruk sekali adalah bila kita bergaduh atau bermasam muka antara ahli ahli keluarga.

NO no no, Allah tak suka. Life is too short to break the relationship we have built!

Sayanglah keluarga anda sesayang sayangnya selagi masih ada ruang.

 Salam.

Wednesday, May 30, 2012

//Meet My New Boyfriend People.

Assalamualaikum. 


Nama penuh boy-Friend baru - Muhammad Asyraff Qaid. Umur dirahsiakan.Haha. So, finally I'm not singleeeeeeeee people!


Haha, comel je kan.


Actually qaid ni, baru pertama kali jumpa macam fall in love at first sight lah. Tak gituu?
Hari jumaat yang lepas, 25/5
Qaid ni anak kawan mak yang sangat sangaaaaaaaat BEHAVE!


Masa tu, saya duduk sebelah meja mak dia. Lepas balik tadika Qaid datang office, sebab dia terlalu behave mak qaid tak perlu hantar kat rumah orang untuk dijaga. Qaid duduk je dengan mak dia kat office.


Mak kata qaid baik sangat, tak buat perangai, tak pergi merayau - rayau , tak buat bising. 


:) *Sukanyaaaa


Mak tanya : Qaid tak nak kawan dengan kakak ni ke? kakak ni suka budak            budak tau!


Qaid        :  Qaid nak makan jap, tungguuu duluuuuuu.


Sweet kan?:P


Lepas habis makan terus dia datang. Then saya tanya nama sapa? Dia kata qaid. Ha koittt?  Lepastu dia cakap selur selur,  Mu  - ha  - mad - Asy  -  raf - Ko  - It. Panjangnyee nama? nak panggil apa?  qaid. Apa koittt?  lepastu dia eja. Q  -  A  -  I  -  D


Ohh qaid.


Lama betul sesi suai kenal, haha. Tapi mak dia dah pesan awal - awal , qaid jangan kacau kakak tau , kakak ada kerja.


Lepastu dia bawak keluar buku English, yang abc tu. yang dia ada gambar lepastu dia tulis nama binatang tu apa.


Setiap kali saya sebut nama binatang mesti dia sebut juga.
Tak macam budak lain, pemalas! haha. Asyik kena paksa je. haha/


Lepastu dia tanya deer ni apa? Deer tu rusa.
Ooo rusa.


Bila tunjuk warna, dia boleh bagitau warna apa. Dalam english pulak cuolls.
(Haha geli lah guna perkataan cuoolss.)
Ulang balik, dalam english  dia speaking kut.


Lepas dah penat belajar, mengeja mewarna.


Qaid nak belajar lagi? Taknaklah, malam nanti qaid belajar pulak dengan mama.


Lepastu dia pergi minum air, lepastu datang balik bawak botol susu. *Comel.


Qaid nak main game tak?
Kakak takda kerja ke?
Kakak nak melukis je.
Qaid tak kacau kakak ke?
Tak punnn.


Lepastu buka game budak budak,
Main game tu main game ni.
Dia tak kacau pun, Lepastu aku kata ala qaid kakak tak reti main lah. tak yah main game ni lah main game lain.


Ke qaid nak main?


Qaid main sambil cakap "Kakak kena sambut bola tu kut"


Aku macam, advance nyeee budak ni. haha Last last dia main game tu dengan berjayanya.
Lepas dah boring, dia pasang cerita superman, haha. Comel je, dia jadi tukang translate. Before adegan tu berlaku, dia dah cerita siang siang. Dia kata nanti lelaki ni jalan jalan lepastu jatuh. Siap kata qaid suka sangat tengok cerita ni, cerita ni best sangat.


Lepastu mama dia datang, then dia nak tengok boyboboy.(macam ni ke eja?)
Macam kacau mama dia je, so ambil cerita tu pasang kat laptop ni. Amboii dia bukan main lagi, semua skrip boyboboy dia hafal.


Saya dah la tak pernah nak tengok cerita ni,
So dia terangkan satu per satu.
Siapa watak ni, siapa watak ni, yang tu atuk dia lah.
Biskut orang tu tak sedap, kalau makan boleh pengsan.
Haha. semua dapat tauuuuuuuuuu.


Lepas dah bosan tengok cerita tu, pasang Monster vs alien.
Dia kata qaid dah tengok cerita ni, tapi qaid tak suka sangat. Haha. Tapi dia tengok je, takdalah nak merengek rengek.
-,-"


LEpastu tengok pulak cerita The Smurfs.
Okay cerita kali ni dia tak pernah tengok lagi, Terus dia menatap je skrin laptop. bila dia tanya apa - apa, saya terus cakap em kakak pun tak tau qaid, Tak tengok lagi cerita ni.


Dah tiba waktu lunch. Qaid tak balik haha.
Alaaaaaaa, qaid tak nak balik, hari ni qaid nak tidur sini.
Haha. Kelakar je, lepas pujuk pujuk barulah dia nak balikmakan.


Waktu lunch makan chicken chop dengan mak. Sedap besar ayam dia. Rm8 je dekat pejabat pertanian. (:
Lepastu jalan jalan belajar jahit manik, free je tau. 


Bila qaid datang , terus dia pergi kat meja mak.
"Hai qaid"
Lepastu dia senyum senyum, mak kasi gula - gula. "Terima kasih nenek"




Mak tanya mak dia, nasuha nak ajak qaid pergi hari belia boleh tak?
Mak dia kata, akak tak kisah la, suha cammana?
Okayy je, lepastu terus cakap qaid.
Qaid tanya mama dia nak pergi mana ma?
Pergi jejalan dengan kakak.


Gembira muka dia,


Lepastu mak hantar sampai depan lif.
Mak kata qaid, qaid jangan lari lari tu nanti hilang, pegang tangan kakak jangan lepas.
Terus dia datang pegang tangan.


:, )
Sweet sangat. haha.


(tengah minum air teh, "Qaid suka air teh mama buat sedap")


Lepastu sambil turun dia membebel bebel.
Dia cerita tu cerita ni, lepastu pergi hari belia.


Qaid nak apa? -dia geleng geleng.
Lepas jauh berjalan, dia pun dah berpeluh peluh.
Qaid nak air tak? - Nak , lepas beli air, pergi duduk kejap dekat kerusi banyak banyak. Depan tu karoake, Haha. qaid tutup telinga sebab bising.


Bagus budak ni,tak suka konsert tau. lepas tu terus tarik dia pergi tempat lain. Kitorang pergi tengok ikan.


Lepastu tanya qaid nak ais krim tak? nakk.
Cari cari tak jumpa pun.
Dah pusing banyak kali dah.
Lepastu qaid ajak balik,


Habis qaid ais krim?
Takpelah, takyah qaid tak kisah ais krim boleh beli lain kali.


Ya allah comel nyeeee budak ni! Sopan santun betul!
Kalau dia dah 20tahun, dah kelip kelip mata dah dengan budak ni.


-,-"


Terus excited nak dapat anak buah!






nampak tak beze gambar ni dengan gambar - gambar yang atas? Ha, yang tu je saya beli dekat hari belia tu. ngehngeh.

Semalam pergi office tapi qaid takda, mak dia cakap alaa... salah timing ni. Esok nasuha datang eh? Qaid datang esok.
*Senyum senyumje, sebab assingment tak siap lagi ni.
Mak dia kata, qaid duk cerita dekat ayah dia pasal nasuha , apa yang dia membebel entah. haha


Semalam 30/5 qaid call. haha.


Ni kakak nasuha ke?
Yeeeee,
kakak datang pejabat tak esok? qaid datang.
Ala, kakak tak datang la. HAri jumaat kakak datang kut. qaid datang?
Qaid datang hari jumaat~~
Kakak dah makan?
Dah,Qaid dah makan ? makan apa?
Dah, qaid makan nasi goreng kampung,
Siapa masak?
Makan kat kedai
Kakak, siapa masak?
Ada makcik yang masak,
Nenek tengah buat apa?
Nenek tengah tengok tv,
Nenek sihat tak,
Sihat jeee, Qaid tengah buat apa?
Qaid nak tidur dah nii.
Oh yeke,
KAkak kirim salam kat nenek. Ok bye qaid nak tidur dah ni.
Ok bye
Jumpa hari jumaat
Okay
I love you
Love you too. Assalamualaikum.


Haha, terus blushing, dia kata ilove you kut:P


Ingat hari jumaat nak datang office, sebab ada appointment. Sekali appointment tunda lagi. Entah pape entah -,-"
Disebabkan dah janji dengan qaid, esok kenalah datang office mak.
hehe.


*Fikir nak download cerita apa ni, untuk qaid.


Salam:)

//Finally Im Back!

Assalamualaikum, Fuhhh *Tiup habuk* Lepas bertahun tahun tak menaip, hanya Allah SWT sahaja yang tahu rindunya aku pada blog ni. Lupa pas...