Wednesday, October 10, 2018

//PETUA BAGI MAKEUP LEBIH TAHAN LAMA & TIDAK BERPELUH

Hai, assalamualaikum 2018! Aku kembali balik ☺

So hari ni aku nak share petua yang sangat bagus, ramai je orang tahu tapi tak buat, Ataupun ramai je orang tahu tapi tak percaya

Since aku dah berhijrah dari bidang Fashion ke bidang Makeup. Jadi aku share tips ni ya. 


1. Tuam ais dimuka
106595821

Selalunya seminggu sebelum hari pertunangan/persandingan aku akan pesan dekat dorang supaya tuam ais dekat muka. Setiap hari, setiap malam, kalau tak sempat sejam sebelum MUA ( Makeup artis ) sampai tuam siap siap

Image result for tuam ais di muka

Banyak kelebihan tuam ais pada muka, antaranya :
  • mengimbangkan pengeluaran minyak yang berlebihan 
  •  membantu mengecutkan  jerawat
  • Mengecilkan liang pori pada wajah
  • Melancarkan peredaran darah
  • Mengurangkan mata yang sembab
  • Makeup lebih tahan lama
  • Mengurangkan peluh

Betul betul bagus ke tips ni? Ya sangat bagus!

Suha perasan kalau suha makeup orang yang tuam ais pada kulit muka sebelum makeup , makeup dorang tahan sampai ke malam berbanding yang tak tuam. Padahal guna produk dan teknik yang sama je.

Jadi jangan lupa tuam muka pakai ais ya. lagi lagi kalau dah nak kahwin nak nampak cantik letup meletup berbeza dari orang lain. Hahaha

Okay lain kali aku share tips lagi

Sekian terima kasih

xoxo
suha



Tuesday, December 26, 2017

//SUSU KAMBING YANG BAGUS UNTUK KANAK KANAK

Assalamualaikum, Aku nak share sikit tentang Susu Formula untuk kanak-kanak.

Kalau dulu jarang kita dengar mengenai susu kambing kan? Selalu susu Formula untuk anak - anak susu Lembu atau Susu berasaskan Soya. Tapi sekarang ni Susu Kambing macam cendawan tumbuh dah.

So aku nak share sikit, sebab anak buah aku minum Susu Kambing Lennoza, Macam tak pernah dengar kan? Tapi Lennoza ni sebenarnya dah keluar semenjak Tahun 2012 lagi. Masa tahun tu, Lennoza lah satu - satunya produk Susu Kambing keluaran Muslim yang ada dekat Malaysia ni.

Yang lagi best, kalau kau ada masalah susu badan tak berapa cukup, Lennoza ada Susu STEP2, susu rumusan khas untuk bayi 6 bulan sehingga 1 tahun. Lepastu ada Susu STEP3, untuk kanak - kanak 1 tahun ke atas.

Lennoza ni susu formula yang tak menggabungkan satu keluarga, sebabnya dia Rumusannya mengikuti Akta Makanan 1983 dalam Susu Formula. Kiranya maca, kandungan Protein, Kalsium, dan Vitamin lain memang cukup untuk anak - anak.

.........................................

Benda paling penting, susu Lennoza ni memang tak da gula langsung. Kalau rasa pun memang tak rasa manis dan takda bau hamis. Berbeza dengan susu Kambing yang aku minum jenama lain. Cakap takda gula, tapi bila rasa kemain manis dia. So agak agak manis tu datang dari apa? Ahahaha.

Kalau orang dewasa minum memang okay, tapi kalau kanak - kanak yang minum? Tak ke rosak gigi dia nanti, Buah pinggang lagi. Kesian budak - budak.

Budak budak memang lah suka minum, sebab manis tapi nanti ada side effect lain pula. So Ibu bapa lah yang kena peka kan?

........................................

 Ni rupa Botol Susu Lennoza tu, ada STEP2 & STEP3



Ni anak buah aku, Yang perempuan tu minum susu Asli STEP3, 
yang boy tu minum Susu STEP2 
Penting tau bayi 6-12 bulan ni dapat susu step yang betul 
Sebab organ dalam badan dorang belum cukup matang untuk terima susu biasa



Anak buah aku, Alhamdulillah jarang jarang demam lepas consume Lennoza. Kalau demam pun kau tak rasa dorang demam. Sebab still aktif macam biasa.

Makan jangan cakap, banyak nau. Minum susu kuat, Makan nasi pun kuat. Tapi lepas makan je comfirm membuang. Takda langsung masalah sembelit

So tu je lah aku nak share, kalau ada apa - apa soalan korang tanya je nanti aku jawab,

Btw, kakak aku yang kedua pun tengah pregnant, Punyalah aku nampak kelebihan dekat anak buah aku. Awal - awal lagi aku dah suruh kakak aku minum Lennoza, untuk kebaikan anak dia dalam perut.

AHAHAHA

Over tak aku? Overkan. So nanti kalau aku kahwin - pregnant comfirm aku amalkan Susu Kambing Lennoza juga, Hihihi

Okaylah tu je.


Salam
Shuha,

Wednesday, November 8, 2017

//Finally Im Back!

Assalamualaikum, Fuhhh *Tiup habuk*
Lepas bertahun tahun tak menaip, hanya Allah SWT sahaja yang tahu rindunya aku pada blog ni. Lupa password, lepastu tak nak buat blog baru balik sebab sayang nau! *Lap air mata*

Banyaknya comment tak reply, banyaknya email tak baca. Hahaha. Insyaallah nanti aku akan reply satu persatu ye. (Kalau ada masa terluang)
Nampaknya tajuk terpopular dekat blog ni ada dua Yang pertama “Lelangit Bengkak” Kedua “Fabrik” Ni mungkin akan diupdate dalam masa terdekat. Insyaallah

......................

Dari aku tinggalkan blog ni belas-belas je pengikut, sekarang dah 51. Terkejut sekejap. Jadinya, haruslah kita perkenalkan diri balik. Ye dok?

Kali ni kita kenalkan secara ringkas dan padat, panjang – panjang lain kali ye.

Okay aku suha, umur dah masuk 25 tahun. Siapa yang mengikuti posting sebelum ni tahu aku belajar Diploma rekaan fesyen di UiTM, lepastu sambung Degree dalam jurusan yang sama. Dah dua tahun Grad, & dah bekerja sebagai Fashion Designer & Production dekat dua buah butik. Alhamdulillah

.....................

Dan Alhamdulillah juga, dah nak masuk setahun aku giatkan diri dalam dunia Makeup. Jadinya aku ada lah ilmu sikit sikit tentang makeup & aku juga buat servis makeup untuk tunang nikah sanding dinner konvo dan sebagainya


KENAPA FESYEN NAK, MUA PUN NAK?


Sebab bagi aku dua benda ni dalam bidang yang sama. Ia tetap berkaitan dengan seni. Disebabkan aku memang jenis suka berkongsi tentang ilmu & pengalaman. Mungkin lepas ni blog ni akan dihiasi dengan Ilmu berkaitan fesyen & juga makeup
Siapa suka & tak sabar?
Hihi. Sebenarnya aku yang tak sabar. Kemain laju taip posting kali ni. Idea mencurah – curah. Dalam 5 minit dah boleh share 1 posting. Hahaha




Yang Merindui,
Fashionableshuha

Saturday, April 5, 2014

//Minta maaf,

Salam.

Suha buka email haritu. Banyak sungguh orang tanya pasal kain design tempahan dan lain lain lagi.
Minta maaf sangat sangat, bukan tak nak reply, tapi suha tengah busy sangat sekarang. Banyak Assignment presentation.

minta maaf sekali lagi.

Suha tak boleh nak reply semua email.

Salam shuha,

Friday, March 28, 2014

//Hai duaribuempatbelas


Assalamualaikum.

Rasanya dah setahun tak melawat blog. Ekeke. Dah tu susah betul nak cari, dulu taip nama dah keluar, sekarang tak dah. Mungkin blog ni dah tergolong dalam blog (taknak cakap)

By the way, owner blog ni dah continue degree, sekarang sudah menjadi final year student. Pejam celik pejam celik nak habis dah rupanya. Alhamdulillah.

Untuk bercakap soal master, macam too early.Tapi my planning untuk tidak sambung adalah sebanyak 50% 

Hahaha.

Mungkin juga nak tukar course.
Dari Fashion ke Pendidikan awal kanak kanak.

Hahahaha.

Kalau agak agak terlalu jauh, kita ada second choice.
Psychology of Art and Design.

Yahhhh, Maybe.
Takpelah, malam masih muda.
Nanti boleh difikir fikirkan balik.



Salam shuha.

Monday, July 29, 2013

//Hari graduasi.

Assalamualaikum.

Teehee.
Dah berbulan lamanya barulah nak update pasal konvokesyen. Maafkan saya,
Alhamdulillah. 20 MAY 2013. hari yang sangat ditunggu tunggu.
Setelah banyak benda yang dilalui sepanjang 2 tahun setengah. akhirnya usaha itu berbaloi.

Walaupun tak dapat ANC *nangis* tapi alhamdulillah. pointer tak drop. And dapat sambung belajar ke ijazah.

Sesi kami sesi kedua so start pukul 2.00 . Tak tahu nak cakap macammana tapi panas tak boleh nak cakap. start sakit kepala. Tak sempat nak ambil gambar dengan bebudak fesyen yang lain. yang sempat ira dengan farhana je.

Lepas habis konvo, terus gerak balik shah alam. Assignment menanti bos.

Terima kasih sangat sangat sangat dekat mak, abak abang akak kak ainul. and my princess mithali qaseh.

Tak lupa juga kepada pensyarah pensyarah yang sangat membantu, mengajar daripada saya kosong sampailah saya sekarang.

Ada lah juga ilmu di dada, yang takkan lupa.

Terima kasih banyak banyak juga kepada kawan kawan saya.
Especially my roommates :, ) Love them very much.
And also my fashionmates.

Walaupun kekurangan 0.01 untuk apply biasiswa/ bantuan koswip/yayasan selangor anugerah dll. Aku redha :, l 



Family portrait

Haha. satu gambar je aku nak shareeeeee. Tehee. bye! salam.

Tolong doakan aku untuk degree ni, buat yang terbaik. and anc pleaseeee. amin (:

Thursday, January 31, 2013

//Alhamdulillah, Degree

Assalamualaikum.




Kejayaan tidak datang bergolek tanpa usaha, usaha akan menjadi sia sia tanpa tawakal.Dan Alhamdulillah, saya akan sambung degree di shah alam. A big thanks to Allah, my family , friends and lecturer (, :

Dengan keputusan ni keluar, saya dengan rasminya menutup segala tempahan, saya masih lagi banyak baju nak kena buat. Especially baju nikah orang, (: So I hope korang tak kahwin lagi sampai saya habis degree. Bhahahha, boleh tak macam tu? -,-" 

Dan kalau ada sesiapa nak bertanya, still boleh email saya. Saya tetap akan share idea or my opinion okay.

So take care guys! Selamat pengantin baru. mwahahhahaa.

And congratulation untuk yang dapat juga, yang tak dapat jangan berputus asa! Setiap yang berlaku ada hikmahnya.

By the way,  Baju lelaki dan perempuan untuk disewakan. PROMOTION until end of February!


Email me for the best price, fashionableshuha@yahoo.com

Salam shuha,