Friday, January 9, 2009

//Dunia Baru


Haritu dah mesyuarat agung untuk unit-beruniform,takdapat jawatan.Agak sedih ingatkan boleh pegang jawatan-jawatan kecil,rumah sukan pun sudah berlalu tapi memang tak berharap pun.Rumah sukan terlalu ramai orang. Kena tunggulah kelab dan persatuan ,harap dapatlah jawatan untuk markah koko nanti,tahun lepas dapatlah pegang setiausaha.Harap tahun ni dapatlah pegang jawatan,tak kisahlah ajk form5 pun takpe.

Paling menggerunkan ialah ruam-ruam dimuka mula naik,sebelum ni tak pernah. Mak kata biasalah tu cuaca panas. Since tak boleh terima sebab rasa macam jerawat berpuluh-puluh didahi sedang membiak. Hope sangat ianya bukan jerawat haraplah sekadar silap palai pencucimuka.^,^

Aduh naik form5 ni rajin mestilah perlu tapi yang tak laratnya beg tuh,dahlah sebelah. Inilah jadinya bila duit taknak simpan beg pun tak boleh beli. Beg tuisyenlah jadi mangsa. Tapi agak sakit hati bila orang cakap macamni "bestlah,bawa buku sikit je" bak kat orang don't judge any book by its cover! tengoklah jalan ku terbongkok-bongkok,kadang-kadang buku teks sampai 6 ku bawa,mu kata ku bawa sikit? aduhai.. paling sikit pun 4buah buku,ha yelah tu sikit. Kalau sudi hadiahlah kan beg satu tak banyak pun,nak satu je.haha:P

Nafsu makan semakin berkurangan,alhamdulilah. Rehat ku sudah tidak melahap nasi ayam,cewahh.haha:P Tapi duit tu habis juga,tak tahu kenapa. Mungkin permulaan sekolah mungkin? ^_^ takpa masa masih panjang. Air suam tu mengenyangkan perut ku.

Saya boleh focus! huiyeye, *big clap(: Kenapalah ku tak focus dari dulu,kalau tidak mesti boleh pergi luar negara (takda kena mengena) dan alhamdulilah saya berjaya kurangkan tidur dan siapkan kerja sekolah sebelum pergi kesekolah(: Insyallah SPM boleh buat terbaik^-^

Paling penting saya tak selalu online dah,cuma hari jumaat sahaja mengambil masa yang lama. Sebab rasa kerinduan,huahaha:P Kadang-kadang intai-intailah juga, tapi tak lebih dari 5minit, nak tengok cbox tu. Rupanya rakan-rakan yang lain turut kuat study!semoga anda berjaya ye(:

Cikgu-cikgu yang baik dan semangat mengajar,kalau takda cikgu makannya ku takkan faham sampai sekarang. Cikgu yang ajar tahun ni,memang semua best best dan sukar untuk meninggalkan kelas. Tak lewat masuk kelas dan sebagainya^_^ dan yang penting saya makin faham.hee..

Dayang selalu cakap "eih,asal makin kedekut ni?kedekut betul" dan ku membalas "mestilah kedekut ekonomi dahlah meleset" Kedekut dari segi lain ye,
contohnya pen kalau jatuh comfirm dakwat tersekat pastu kena beli baru tulah selalu marah dayang bila dia hentak-hentak pen.
Kedua,kalau buku tak ada tulis dalam kertas dan kertas tu bahagi dua,sebab membazirlah sebab tak guna semua ruang kan? yelah kesian pokok asyik kena terbang je.

Saya dah berubah sikit,yelah bila lagi nak berubah kan?harap bertahan amin~ Sakit hati bila orang kata "ala..awal-awal je tu tudung labuh,nanti potong lah tu" Yelah orang berubah asal tak ramai yang sokong kan?adakah anda perasan.. Apa yang paling penting keikhlasan seseorang untuk berubah dan juga kenyakinan diri. Tapi sokongan juga penting,ada sapa-sapa tak nak sokong saya berubah?^_^ *seriouslah tak yah senyum-senyum

Maaf kawan-kawan kalau tak suka perubahan saya ni,mungkin saya tak kuat gelak macam dulu,tak merepek macam dulu,dan tak membuang masa seperti dulu. Tapi saya masih macam dulu. Ada kawan yang cakap "nak shuha yang dulu" Saya bukan berubah makin jahat,tapi kenapa tak ramai yang suka bila saya berubaho_O biarlah itu pendapat masing-masing(: Yang penting kita sentiasa kawan.* Ni nashuha shabirah yang samalah,adoii:P

Ini topik paling panas masa masuk sekolah.haha:P


Kenapa gemuk? Asal badan makin naik?

Ni baju besarkan? oii,bahagia sangat.

Tengoklah pipi dia besor.

Perut cam makin buncit je?


kan?kan? mesti korang nak tanya soalan yang sama.

Sebenarnya saja naikkan badan,sebab nak beli baju sekolah. Sebab sebelum ni memang tempah atau beli pastu kecilkan. Bila masa lagi nak pakai baju canggih?tak payah tempah..tahun ni last. Sebulan lepas memang sengaja kuat makan,dan akhirnya bila beli baju muat-muat,haha:D sekali try je:P Lepas ni takyah tanya lagi eh..terima kasih(:
Selamat bersekolah & semoga maju jaya.
Bestfriends,selamat maju jaya dan semoga mencapai target semasa SPM nanti. miss you(:

Nashuha Shabirah.

//Finally Im Back!

Assalamualaikum, Fuhhh *Tiup habuk* Lepas bertahun tahun tak menaip, hanya Allah SWT sahaja yang tahu rindunya aku pada blog ni. Lupa pas...