Sunday, November 28, 2010

//Ternyata aku menjadi badut hari ini.


Runsing aku sebentar ditambah pula sikap aku yang cepat menggelabah. Sudahlah tidak menyentuhnya hampir setahun, lagak aku lagi yang fobia. Apa nak dibuat dengan malu, biarlah tiada siapa yang akan kenang aku disitu sampai bila-bila. Biarlah aku jadi badut hari ini untuk mereka agar lebih bahagia. Esok lusa masih ada, aku akan cuba menggapai sesuatu yang akan ku miliki. Aku orang baru, mana tahu bukan? Aku tahu kalian pun begitu, jadi usah malu. Aku pun sama. Kita semua hampir sama, belajar dahulu barulah tahu. Siapa yang gelak aku tadi, kau menawan, aku tak kisah.


p/s : ambil lesen p.


Salam, shuha.

Tuesday, November 16, 2010

//Cerita Semester Pertama

Kehidupan di semeter pertama amat mencabar,
ternyata aku tersalah sangka,
Sudah lah jauh dari keluarga,
masalah penyakit bertambah-tambah.

Sakit sungguh sakit,
orang keliling juga, seperti tak sama,
jauh jauh ku tinggalkan,
perasaan emosi mengabur hati,
ku teruskan perjuangan,
sepertimana mereka usaha,
jauh jauh ku tinggalkan,
duka lara aku pendamkan.

Kadang-kadang aku gembira,
kadang kadang duka lara melebihi segala,
ternyata aku salah sangka,
dengan kehidupan yang selalu ada pada drama.

Tidur tak cukup sudahlah biasa,
dikeji dicaci pekakkan telinga,
tiada masa untuk bergaya,
orang keliling mengata ngata,
bukan semua tapi segelintirnya,
iya aku akur,
ini kehidupan biasa.

Minggu belajar amat bahagia,
tak perlu ke kelas,
tak perlu berkejar kejar,
duduk di bilik tekun belajar,
mudah tangkap tenang suasana.

bila periksa. aku bahagia,
tak perlu terkejar,
aku sudah bersedia,
betullah apa yang orang kata ,
bila dah berusaha pasti akan berjaya.

Aku tunggu semester kedua,
dengan rasa penuh makna,
agar sentiasa rasa bahagia,
sekeliling semuanya ada.

jadi bersedialah mereka,
mahu sambung belajar,
rasa kau apa ku rasa,
biar kita semua belajar.

Salam, shuha:)

//Finally Im Back!

Assalamualaikum, Fuhhh *Tiup habuk* Lepas bertahun tahun tak menaip, hanya Allah SWT sahaja yang tahu rindunya aku pada blog ni. Lupa pas...