Wednesday, November 8, 2017

//Finally Im Back!

Assalamualaikum, Fuhhh *Tiup habuk*
Lepas bertahun tahun tak menaip, hanya Allah SWT sahaja yang tahu rindunya aku pada blog ni. Lupa password, lepastu tak nak buat blog baru balik sebab sayang nau! *Lap air mata*

Banyaknya comment tak reply, banyaknya email tak baca. Hahaha. Insyaallah nanti aku akan reply satu persatu ye. (Kalau ada masa terluang)
Nampaknya tajuk terpopular dekat blog ni ada dua Yang pertama “Lelangit Bengkak” Kedua “Fabrik” Ni mungkin akan diupdate dalam masa terdekat. Insyaallah

......................

Dari aku tinggalkan blog ni belas-belas je pengikut, sekarang dah 51. Terkejut sekejap. Jadinya, haruslah kita perkenalkan diri balik. Ye dok?

Kali ni kita kenalkan secara ringkas dan padat, panjang – panjang lain kali ye.

Okay aku suha, umur dah masuk 25 tahun. Siapa yang mengikuti posting sebelum ni tahu aku belajar Diploma rekaan fesyen di UiTM, lepastu sambung Degree dalam jurusan yang sama. Dah dua tahun Grad, & dah bekerja sebagai Fashion Designer & Production dekat dua buah butik. Alhamdulillah

.....................

Dan Alhamdulillah juga, dah nak masuk setahun aku giatkan diri dalam dunia Makeup. Jadinya aku ada lah ilmu sikit sikit tentang makeup & aku juga buat servis makeup untuk tunang nikah sanding dinner konvo dan sebagainya


KENAPA FESYEN NAK, MUA PUN NAK?


Sebab bagi aku dua benda ni dalam bidang yang sama. Ia tetap berkaitan dengan seni. Disebabkan aku memang jenis suka berkongsi tentang ilmu & pengalaman. Mungkin lepas ni blog ni akan dihiasi dengan Ilmu berkaitan fesyen & juga makeup
Siapa suka & tak sabar?
Hihi. Sebenarnya aku yang tak sabar. Kemain laju taip posting kali ni. Idea mencurah – curah. Dalam 5 minit dah boleh share 1 posting. Hahaha




Yang Merindui,
Fashionableshuha