Wednesday, October 31, 2012

//Keliru mungkin,

Assalamualaikum.

Sekarang dah nak masuk dua minggu aku berada dirumah, setelah tamatnya segala gala kepenatan, dan segala ke ke di depan perkataan. Well, ramai antara kawan kawan aku dah cari cari kerja, ada yang sedang tunggu interview dan yang PALING penting ada yang sudah menggigihkan diri pergi kerja.

Aku? Masih lagi duduk dirumah feeling feeling Diva, menggoyang kaki. menghirup angin angin yang segar sama ada waktu malam atau pagi. melebihkan masa berjamjam untuk waktu tidur dan rehat bagi meng Qada' paling waktu belajar dulu. DAN masih tidak lagi mengemas bilik sendiri dengan cantik dan KEMAS. Whyyyyyyyy! kumpul barang banyak banyak, lepastu semua duk simpan. sayang nak buang itu, sayang nak buang ini. sampah dengan peralatan, dah tak reti nak dibezakan. Maklumlah dulu duduk studio , tak nampak lantai. Hikhik.

Bila umur aku dah 20 tahun, aku selalu mengharapkan sesuatu (Dululah) Selain daripada aku rasa 20 tahun ni dah sangat tua. YE TUA (Ini dulu, sekarang biasa biasa aja) Aku rasa yang umur 20 ni, dah boleh buat semua keputusan sendiri, tak ada istilah keliru dalam diri.

Ke aku terlalu cerewet, sebab tu lah timbul soal KELIRU dalam diri?

Aku tak tahu nak bezakan antara dua barang , biasanya. Contoh keadaan terdekatlah kan, masa tu ada kelas Illustration (means; Melukis , mewarna cth)
ni lah , what we called fashion illustration, bila adik adik dah masuk bidang fesyen, ini sajian makanan korang okay,

Sambung balik, So pensel warna aku dah habis, dah pendek pendek yang sangat pendek. Bila buka kotak tu, tinggal lah 4 5 batang pensel warna je. Ha, aku pun pergi cziplee. bila masuk je jumpa satu tempat tu penuh dengan warna. Full, luna ada stabilo swans, faber castle dll. So aku ambil Luna satu, faber castle satu , swans satu/

Luna warna pertama yang aku tolak tepi. Mak aihhh bukan main mahal lagi. So di tangan aku ada dua warna sekarang, yang satu boleh guna air, tapi mahal sikit lepastu ada 24 batang warna je, lagi satu tak boleh guna air tapi ada 36 batang.WAU berbaloi ni! Ada lah dalam 15 minit aku duk renung kotak pensel tu. 
Sampai abang call , adik, kata 10 minit je, ni dah 20 minit ni... 
Yelah yelah, nak bayar lah ni
Dengan tutup mata, aku ambil warna swan. bila kelas illustration dok guna warna tu, menyesalllllllll! Dah mentah mentah illustration nak warna guna air, ni beli warna tak boleh guna air. Untuk menyejukkan hati, Em tak pelah. Anakk abang kan ada, nanti boleh bagi kat dia.

-,-" Memang Qaseh bulan depan dah masuk tadika kan,

Banyak lagilah, benda yang aku akan jadi keliru. Mesti antara dua benda. kadang kadang benda simple pun aku confius. Contohnya dua fail, satu warna pink satu warna baby blue. Aku keliru nak ambil mana satu. Sebab warna pink aku suka (dululah) , warna pink pun dah sebati dalam hidup aku, kalau orang tengok pun tahu warna pink - suha , suha pink. Tapi ramai orang tak tahu yang aku suka baby blue sekarang. warna dia lembut. Tapi fail tu aku beli warna pink, sebab kawan sebelah cakap. suha kau ambil pink la, kan semua benda kau warna pink/

Sekarang ni semua benda aku nak buat, aku nak buat maxi skirt, aku nak buat kotak, aku nak cat bilik, aku nak hias dinding.

Macam macam,

tapi satu benda pun tak gerak.
& yang paling terdekat, aku kata nak masuk pertandingan untuk baju kahwin, tapi macam malas je. -,-"

Em, aku juga nak ambil lesen kereta, TAPI.
Aku nak ambil kelas english.
Aku nak belajar masak,
Aku nak pergi kelas make up,
Aku nak buat novel,
Aku nak main gitar,
Aku nak jaga qaseh,
aku nak jadi cikgu tadika sementara,
aku nak diet,
aku nak berjogging,
aku nak semua benda yang aku rasa aku mampu buat tapi sebenarnya Ya ado.

Tapi dalam banyak banyak keliru yang selalu tumpang lalu di kotak fikiranku , untuk yang ini aku pasti/


Sambung ijazah/ degree. 

No.1 adalah pilihan utama aku, online je terus aku click fashion. Aku memang tak da benda lain dah yang aku nak. (Kecuali, pendidikan awal kanak kanak) Ahhh, ketepikan itu semua.

Pilihan 2 , 3, 4 semua adalah pilihan abak. Sebenarnya ketiga tiga benda tu lah yang abak nak aku sambung masa diploma dulu. Tapi ketiga tiga benda tu juga yang aku lemah plus tak minat. 

Tapi aku tutup mata je, sebab aku tahu aku takkan dapat benda benda tu, kalau dapat pun. aku rela hati katakan aku takkan sambung benda tu.

Sebab hati aku betul betul minat dekat fesyen je, aku bukanlah nak jadi fashion designer, tetapi aku nak jadi pendidik. Pensyarah ke, tak pensyarah cikgu pun boleh (: Tak kisah lah orang lain nak kata apa - apa, selalunya tak da masa depan lah kan? Tapi rezeki tu Allah yang bagi, Insyaallah. 

Dengan izin Allah apa - apa pun boleh jadi, keliru tetap keliru , tapi bila benda tu ditakdirkan untuk kita kita kena terima dengan hati dan tangan terbuka. Insyaallah.


Renung - renungkan dan selamat beramal. krik kriiik krik kriiiiiik.

Salam shuha,

Monday, October 29, 2012

//Pengalaman pertama,♥♥♥

Assalamualaikum.

Tehee, lama dah rasanya tak update story yang gembira, sedih kecewa duka dan lara. Well, kita nak bagitahu . I finished my diploma, teehee lagi sekali. Alhamdulillah (:

Banyak banyaaaaaaaaaaaaak sangat benda nak cerita, nak dikongsi, dibaca dan diketahui *_* Yang pertama adalah apabila I'm so excited and ready to meet my baby. Masa tu banyak sangat sangat kerja, dimana design ke dua belum naik lagi, kain pulak tak cukup malah telah habis stok di jakel. Pada mulanya semua nak balik minggu tu, tapi sorang sorang tarik diri, including me. Sebab apa? sebab en . din (My lecturer) tak kasi balik, sebab beliau buat kelas masa hari Ahad tu. Sebab apa buat kelas hari ahad? sebab next week en.din tidak ada ada meeting and so on.

Sooooooooooooooooooooooo, dengan hati yang tak beberapa redha  (R. E. D. H. A) dah (:  saya stay juga dekat perak, malam sabtu tu kak ainul bersalin, masa tu dalam dewan seri iskandar, tengah mendengar ceramah. (politik bagai, langsung tak menerangkan mata ni ) - LDK means latihan dalam kumpulan. 

Bila dah bersalin, air mata mengalir sebab tak dapat tengok kelahiran, suasana dan lain lain. Sedihnya rasa. Pagi tu, bangun awal pagi sebab nak tengok gambar baby dalam facebook. Punyalah tak sabar, sanggup beli internet maxis yang harga rm3 selama satu hari tu. 


Ni lah gambar pertama, mengalir air mata kesyukuran. Akhirnya selamat dilahirkan. 

Mulanya ada beberapa komplikasi, akhirnya kak ainul bersalin dengan cara pembedahan. bayi pula kena tahan dekat wad selama seminggu lebih lebih. Bila dengar berita dari ganggang telefon, masa akak call. Terasa pilu sangat dalam dada ni. Takut lah apa apa berlaku kan, tapi Alhamdulillah semuanya selamat dengan izin Allah s.w.t (:

Minggu depannya, tak sabar nak balik. Hari khamis dah balik rumah, dapat jumpa baby pun , nasib baik dapat jumpa tu pun sebab menyamar jadi ibu lepas bersalin. Kalau tidak jangan harap dapat masuk bilik baby . Duduk atas kerusi roda, abang tolak. Depan mak guard tunduk je muka, buat buat tengah main handphone. padahal dah ketaq kepala lutut ni. Nasib baiklah makguard tu tak datang dekat dekat.

Masuk je dalam bilik (NICU) , ramai sangat bayi bayi dalam tu, ada yang tak cukup bulan, ada yang demam kuning dll.

Hari isnin petang, akhirnya baby keluar juga. Alhamdulillah(: Nampak tak dah hari isnin? tak reti reti nak balik perak. Haha, dengan berat melangkah terpaksa balik perak pada waktu malam. Kalau ikutkan hati , bukan hati je tapi telinga ni juga, hari selasa petang baru nak balik, tapiiiiiiiiiii en.din dah msg -,- Tanya pasal kerja. Seriously, masa tu berdebar sangat sangat.

Cepat cepaat kemas barang, pukul 1 pagi baru sampai perak.

Esok pagi pagi ada kelas CAD, dan awal pagi tu juga en . din call suruh datang bilik dia. Kelam kabut masa  tu, rupanya en . din suruh tambah sikit dengan design ke dua.


.& hari tu juga, dengar berita pemergian kawan masa sekolah sekolah dulu (Al fatihah) Semoga kau berada dalam golongan orang orang yang beriman. Amin

.& selepas sebulan beberapa hari, baru dapat jumpa. Tak boleh panggil baby dah, sebab dia dah ada nama.

we present to youuuuuuuuuuu 



AINUL MITHALI QASEH BT MOHAMAD KHAIRI RIDHWAN


اَللَّهُمَّ فَقِّهُّ فِي الدِّيْنِ وَعَلِّمْهُ التَّأْوِيْلَ.
Maksudnya: Ya Allah, berilah kefahaman kepadanya dalam urusan agama dan ajarkannya Takwil (tafsir al-Quran).


اَللَّهُمَّ أَلْهِمْهُ التَّأْوِيْلَ وَعَلِّمْهُ الْحِكْمَةَ.
Maksudnya: Ya Allah, ilhamkannya Takwil (tafsir al-Quran) dan ajarkannya hikmah (ilmu yang tepat).


اَللَّهُمَّ بَارِكْ فِيْهِ وَانْشُرْ مِنْهُ
Maksudnya: Ya Allah, berkatilah padanya dan sebarkanlah ilmunya.




Dah cuti sehingga bulan 3 tahun hadapan, dengan rasminya saya menjadi babysitter ;) Tak boleh tolak dah, sebab dari qaseh dalam perut, ayah dah booking mama suha tau. 

Krikkk krikk krik. teeheee.
           

Apa yang bagus tentang qaseh, dalam keadaan bising macammana pun, orang geletek macammana pun. Tidur tetap tidur, tak merengek langsung. Tapi waktu malam , tak yah susah susah nak geletek. Mata dia dengan sendirinya terbuka. Orang siang bangun dia malam baru bangun.

28/10/2012 hari pertama jaga Qaseh waktu malam. teehee.


Nanti bila dah besar, jadi anak yang baik solehah, jangan banyak perangai taau! 

Masa makan,qaseh duduk diam diam je tak banyak perangai. Nanti dah besar pun jadi macam ni juga tau. Boleh mama suha bawak pergi jalan jalan, teman beli kain ke, kita makan KFC minum teh tarik.
Qaseh tak nak tidur, ni lah muka dia waktu pukul 2.50 am pagi semalam. 

permata hati ibu dan ayah. (:
salam shuha