Assalamualaikum, Fuhhh
*Tiup habuk*
Lepas bertahun tahun tak
menaip, hanya Allah SWT sahaja yang tahu rindunya aku pada blog ni. Lupa
password, lepastu tak nak buat blog baru balik sebab sayang nau! *Lap air mata*
Banyaknya comment tak
reply, banyaknya email tak baca. Hahaha. Insyaallah nanti aku akan reply satu
persatu ye. (Kalau ada masa terluang)
Nampaknya tajuk terpopular
dekat blog ni ada dua Yang pertama “Lelangit Bengkak” Kedua “Fabrik” Ni mungkin
akan diupdate dalam masa terdekat. Insyaallah
......................
Dari aku tinggalkan blog
ni belas-belas je pengikut, sekarang dah 51. Terkejut sekejap. Jadinya,
haruslah kita perkenalkan diri balik. Ye dok?
Kali ni kita kenalkan
secara ringkas dan padat, panjang – panjang lain kali ye.
Okay aku suha, umur dah
masuk 25 tahun. Siapa yang mengikuti posting sebelum ni tahu aku belajar
Diploma rekaan fesyen di UiTM, lepastu sambung Degree dalam jurusan yang sama.
Dah dua tahun Grad, & dah bekerja sebagai Fashion Designer & Production
dekat dua buah butik. Alhamdulillah
.....................
Dan Alhamdulillah juga, dah
nak masuk setahun aku giatkan diri dalam dunia Makeup. Jadinya aku ada lah ilmu
sikit sikit tentang makeup & aku juga buat servis makeup untuk tunang nikah
sanding dinner konvo dan sebagainya
KENAPA FESYEN NAK, MUA PUN
NAK?
Sebab bagi aku dua benda
ni dalam bidang yang sama. Ia tetap berkaitan dengan seni. Disebabkan aku
memang jenis suka berkongsi tentang ilmu & pengalaman. Mungkin lepas ni
blog ni akan dihiasi dengan Ilmu berkaitan fesyen & juga makeup
Siapa suka & tak
sabar?
Hihi. Sebenarnya aku yang
tak sabar. Kemain laju taip posting kali ni. Idea mencurah – curah. Dalam 5
minit dah boleh share 1 posting. Hahaha
Yang Merindui,
Fashionableshuha