Hai, assalamualaikum 2018! Aku kembali balik ☺
So hari ni aku nak share petua yang sangat bagus, ramai je orang tahu tapi tak buat, Ataupun ramai je orang tahu tapi tak percaya
Since aku dah berhijrah dari bidang Fashion ke bidang Makeup. Jadi aku share tips ni ya.
1. Tuam ais dimuka
Selalunya seminggu sebelum hari pertunangan/persandingan aku akan pesan dekat dorang supaya tuam ais dekat muka. Setiap hari, setiap malam, kalau tak sempat sejam sebelum MUA ( Makeup artis ) sampai tuam siap siap
Banyak kelebihan tuam ais pada muka, antaranya :
- mengimbangkan pengeluaran minyak yang berlebihan
- membantu mengecutkan jerawat
- Mengecilkan liang pori pada wajah
- Melancarkan peredaran darah
- Mengurangkan mata yang sembab
- Makeup lebih tahan lama
- Mengurangkan peluh
Betul betul bagus ke tips ni? Ya sangat bagus!
Suha perasan kalau suha makeup orang yang tuam ais pada kulit muka sebelum makeup , makeup dorang tahan sampai ke malam berbanding yang tak tuam. Padahal guna produk dan teknik yang sama je.
Jadi jangan lupa tuam muka pakai ais ya. lagi lagi kalau dah nak kahwin nak nampak cantik letup meletup berbeza dari orang lain. Hahaha
Okay lain kali aku share tips lagi
Okay lain kali aku share tips lagi
Sekian terima kasih
xoxo
suha