Sunday, February 8, 2009

//Kenapa PRIVATE

Terima kasih kawan-kawan blogger sebab bertanya. Sebenarnya macam post-post sebelum ni saya masih mempunyai sebab yang sama iaitu abang baca dan kali ni dia membawa gengnya untuk bersama-sama mengikuti cerita yang saya utuskan diblogger ini.

Dah tu lepas baca ada ke patut dia bercerita pula kepada orang-orang yang ada kena mengena dalam setiap post. Contohnya abang cerita pasal mak dan abak yang bekerja dan selalu balik lewat. Cuba korang menjadi seorang ibu dan bapa dan kemudiannya mengetahui pula tentang apa yang dicomment oleh anaknya,mestilah mereka kecewa.Bukan? "Penat-penat cari duit,lepas tu anak cakap macam itu ini" Tapi alhamdulillah mak abak,terima dengan terbuka. Abak kata,habis kalau abak tak kerja soha nak ke belanja 2ringgit sehari?(sambil tergelak) Abang pun menyibuk tak tentu pasal, Adik tak kisah bak,yang penting tu kasih sayang. em,yelah tu soha ni tak suka duit?(buat muka curiga) Mak pula bagi comment,mak pun sama juga ke dik? kesian anak mak. Mak pun rasa cam malas nak bekerja,macam nak letak jawatan dah. *jangan percaya ye,ni saja je nak menyejukkan hati saya.

Kemudiannya turun pula ke kasih sayang,abang selalu main-main. Adakah patut dia cakap "adik?biar abang tambahkan kasih sayang." Lagi, "yelah abang tak marah,nanti adik kurang kasih sayang kang" Dan lagi "Takpe dik,mak abak tak bagi kasih sayang,biar abang yang kasi kasih sayang" dan banyak lagi berkaitan dengan Kasih Sayang.

Abang tu memang kuat ingatan betullah.Geram pula tengok dia. Dia boleh ingat ayat yang sama sebijik. Dari pendahuluan sampai penutup siap-siap sampai kesimpulan sekali boleh hafal. Peliklah dia ni,kalau boleh hari-hari dia nak tengok blog ni dah update ke belum (peminat setia lah kata kan,haha.)

Ni pula,dia dok suruh gf dia baca.heishh' meluat sungguh. Siap boleh call depan saya "syg,dah baca dah yang pasal adik kurang kasih sayang tu?" "dah,sedih sayang,rasa cam nak menangis je" "eh,janganlah menangis pulak" gelak-gelak. Meluat sungguh. *Dah abang ajak lah satu kampung pulak ye,jangan lupa ye?lagi-lagi bila blog adik dah 'private' dialu-alukan sangat.

Ni pula kisah seorang diri tu. "Kesian adik abang,adik nak suruh abang carikan bf ke?" "em,takpelah." "Abang dah ada calon dah dik." "Taknak lah." "Takpe lepas spm abang kasi nombor dia ok?" "tak payah tak payah degil betul" tak habis-habis dia nak cerita pasal benda tu. Dah hafal dah bila dia akan sebut skrip tu.

Tentang mesin jahit tu pun dia nak cakap kat mak. "mak,betul ke lepas spm mak nak beli mesin jahit dekat adik?dia dah cerita kat blog dah." "Betullah dik kan dik?siap beli motor vespa lagi" (Abang buat muka cemburu.) Seriouslylah dia tu menyebok nombor 1.

Sebetul-betulnya memang tak kisah orang nak baca atau tak. Itu pendirian masing-masing. Tapi yang tak sukanya, bila baca lepastu dok cerita dekat orang lain. Heish meluat sungguh. Tulah sebab utama blog ni memang patut kena private. *Kalau anda setuju blog ni diprivatekan atas sebab diatas,sila hantar comment di sebutan tu.jangan hantar dekat cbox ye.

Sekarang semua dah ada jawapan.Selesai satu masalah.
Terima kasih sekali lag
i kerana mengambil berat.

Ni adalah puji-pujian dari penyebok nombor satu.
"bestlah dik blog,kelakar sedihlah. Memang bestlah. Nanti abang pun nak buat blog yang bernam "adikkusipemalas" *kepada tuanpuan yang dihormati sekalian,jangan percaya dengan kata-kata nama blog tu ye. Itu semuanya tipu belaka. Salam hormat daripada saya.



Mesti nak tengok muka penyebok nombor satukan?

Nilah penyebok nombor satu,kenal betul-betul rupa dia

Orang muka tak bersalah memang selalu buat macam ni
Sekarang dia dah menyesal,sebab blog dah PRIVATE

shuha

6 comments:

Anonymous said...

Shuhaa :)
Thnks invite Dini
Ohh haa dah agak Shuha private pasai tanak bagi abang kesayangan sibuk bace
Hehe

fashionableSHUHA said...

sama-sama dini(:

gelilah abang kesayangan.hahaha:D

N.Luqman said...

hehe.
pahe2 sbb apo mu private kn.
:D

fashionableSHUHA said...

(:

Lady of Kura - kura said...

owh..
dh taw dh..
gitu upenye...
muahaha!!
abg dh keje?
kalau lowm nk pelawe dye jd ckg bm, sbb leh hfl pendahuluan sampai penutup..
haha

fashionableSHUHA said...

haha.dah kerja dah.

nak suruh dia ajar?
emm.
fikirlah betul2
hahahhaha:D