Sunday, March 15, 2009

//Pesta Kawad KAKI

Pagi-pagi datang dah hujan,than bangun lewat pula 7.15 baru bangun. Nasib baik ada akak yang tolong gosokkan baju "thanks akak" 7.45 baru sampai sekolah. Rupa-rupanya ketua atikah bt samsudin masih belum tiba lagi.haha. Dengan kasut belum toyo lagi,berlumpur macam baru lepas bertani.

Dalam pukul 8.00 rasa-rasanya kami naik bas,sampai sana terus kelam-kabut siap semua barang,baru nak toyo baru nak potong bulu-bulu yang ada kat baju. Lepastu siap orang panggil lagi sebab dah lambat. Dekat sana kami memang gila sempurna,saya betul-betul bangga dengan budak-budak kawad kaki,tak boleh nak digambarkan. Lepastu lebih meriah bila senior-senior renjer datang termasuk abg engku,yang baru balik dari kerja. Kesian abg engku. (ikhlas dari hati ni.)

Lepastu cek pakaian,kemudiannya farmasi kami bermula. Adalah beberapa kesalahan,tapi takda seorang pun yang nak marah. Yang penting kami semua enjoy! apa yang penting? yahhhh!!! haha. Bila akhir tu,slogan kami ialah keamanan tanpa perang. Lepas tu ika baling bom,kami semua terbaring disitu. Dan untuk pertama kalinya kami dengar tepukan gemuruh dari semua orang yang ada disitu. Abang engku kata budak jalil respect kami. Dan pertama kalinya cikgu kamarezai berbangga dengan kami semua, cikgu kata kami dah buat yang terbaik,kalau kalah pun kami kalah bermaruah.

Pukul 3.30 pm hujan mula turun,rasa cemburu dalam diri mula melunar. Sekolah lain kawad dalam hujan "jealous-jealous" Tapi kami semua duduk dekat pondok,pondok yang paling istimewa berbanding orang lain jadi kita panggilnya "special shed" tak sedap-tak sedap, emm kita panggil special pondok(: Dekat dalam pondok nilah kami berteriak sana sini,baling-baling air. Nak katakan ini hari paling bahagia yang pernah saya lalui walaupun saya hanya duduk di tepi tiang sebab menahan kesejukan yang dialami dan mengelak dari serangan air.haha.

Saya,atin dan mayuni ke toilet, kami main sepak-sepak air. Sangat kelakar,sampai ke tandas mereka menyorok. saya terlihat cebisan payung di tepi tandas,haha. Terkejutkan doranglah apa lagi,memang gila terperanjat. Mayuni tu dah lah sakit,memang masa tu hati ku takut, "ok tak ni?ok tak?" sebab dia yang paling terkejut. rupa-rupanya dia cool sahaja.haha.Dalam perjalanan balik ke special pondok,tengah lari-lari tiba selipar mayuni tercabut,tak pasal-pasal digelakkan oleh ahli kadet bomba, takpe-takpe naik lori nak aligapas, ada hari ku boleh balas.:P

Kegembiraan yang saya lalui susah nak digambarkan dengan kata-kata.

Dalam pukul 5 plus-plus, kami semakin gemuruh dan gementar sebab keputusan akan tiba. Rupa-rupanya kami hanya mendapat tempat keempat daripada enambelas peserta yang bertanding. Tapi kami tetap bangga,balik dengan kegembiraan dan kami kalah dengan maruah.

Dalam perjalan balik kesekolah,kami tetap gembira dan menyanyi penuh bangga. Apa yang penting?yahhh!! (trademark renjer puteri 2009) Terima kasih semuanya.

Sekarang saya rasa sedih dan rindu.

Rindu.

Nak kawad kaki tengah-tengah panas,tengah-tengah hujan. Berkumpul ramai-ramai bila petir sambung menyambung. Banyak benda yang rindu. Rindu abg engku rindu kakak kepad atiqah,rindu bila atikah jerit-jerit. Rindu bila kena ketuk ketampi sebab datang lambat. Rindu nak hentak kaki. Rindunya nak stay petang-petang. Rindu sangat nak gelak ramai-ramai.

Agak-agak abang engku kecewa tak dengan kami? dia dah banyak berkorban. Hanya dapat ucapkan terima kasih sahaja.

Terima kasih kepada semua, pengalaman yang amat bermakna.

Ini ada sedikit gambar (semua gambar yang bukan-bukan)




Inilah orang kuat renjer puteri.


Ini cikgu kamarezai.

Ini kakak faizah senior kami.


Ini abang engku dan budak renjer paling pemalu dan lemah lembut.


Apabila kepala dibawah dan kaki diatas,beginilah rupanya.

Sangat cemburu.


Dura yang paling cantik(: dan kawan yang lain hanya memberi kaki sahaja.

Payung yang menemani kami ketika panas terik. Thankyou umbrella(:

Atin yang menemani saya ketika sejuk dan ketika tekanan perasaan.haha:D

Renjer puteri,bertapa rindunya saya dengan mereka(:
Masa ini.
ehemm,dont try to find me^_^ haha.


Entri paling jiwang pernah saya cipta,haha.

//Finally Im Back!

Assalamualaikum, Fuhhh *Tiup habuk* Lepas bertahun tahun tak menaip, hanya Allah SWT sahaja yang tahu rindunya aku pada blog ni. Lupa pas...