Thursday, December 30, 2010

//Kaki ke Jalan TAR.

Salam.Semalam kan, kaki ku melangkah ke jalan TAR. TAR adalah Tunku Abdul Rahman. So, itu Jalan Tunku Abdul Rahman yang punya. Ada faham?
Pagi - pagi ikut abang gi office dia dekat ampang,sebab ambil half day. Masa perjalanan tu sejuk kaki mulut pun makin menebal sebab naik motor. Angin dia, Fui fui. Macammana lah mat rempit dok merempit pagi pagi buta tu. ^^"

OFFICE Abang (Punya bos) FA-BE-LES.

Ni pemandangan dari atas
Ni pula peneman jiwa ragaku, selama berjam
Okayy, syok sendiri wajib!
12.30 pm, dah tiba. Saya abang ngan kak ainul sekali pergi makan. Orang kata masa lunch. Makanan Daging masak Halia! Wauu enak bangat. Lepas makan pergi solat, Lepastu mulalah edisi kami shopping gila-gila punya. ^^" SYOK! Kalah shopping masa raya. Masa tu kak ainul dah balik office,

Tu selendang zaman kegemilangan yuna. Rm lapan hengget je, online shopping:)

Ni pula abang si hidung berkilat. Haha.

Kitorang duduk, sebab kaki dua - dua dah melecet. Tu la berani mati dok pakai selipar kalis hujan tu lagi. Dua dua jari bengkak. Abang lagi berani mati pakai kasut kerja ^^"

Lepastu kak ainul datang balik, dah dekat 6 . setengah kalau tak silap. Pergi MYDIN dan SOGO. Balik tu makan lagi. Dan hari ni duit abang banyak sangat habis. HAHAHA. Anyway abang belanja saya Kemeja & Selendang. Suka - suka. Akak bagi cermin mata hitam. :)
Hari bahagia. Selamat tahun baru semua!

Saturday, December 18, 2010

//Life as Unemployed.

Salam. Setiap hari sabtu , mesti ikut mak pergi office dekat Putrajaya. Tapi sedikit hampa sebab tak pernah jejak masjid besi yang betul-betul bersebelahan pejabat mak, Hampa, Kecewa. Agak - agak kalau pergi sana boleh jumpa ashraf muslim lagi tak? Ehh taknak lah. Nak Fahrin Ahmad. Okay, tiada harapan. Kecewa datang.
Mak sekarang sangat BUSY! Kerja pun boleh bawa balik rumah sebab tak sempat siap kat pejabat. Balik rumah mak mesti cerita kat kitorang. Masalah duniawi oh duniawi. Kadang-kadang rasa nak marah je, dan kadang - kadang rasa kasihan. Kenapa boleh jadi begitu? Sebab dunia sekarang sudah kebejatan Sosial, ehh salah. Kurang nilai moral, kurang kesabaran. Jadi lepas ni WAJIBlah letak nama shabirah pada setiap anak yang kalian dapat. Agar dunia lebih maju dan harmoni. Dan tiada lagi masalah, berperang mulut, kemudian gaduh dan mula perasaan dendam. Bukan begitu ? Okay taknak promote nama sendiri. Jadi lepas ni letak je nama, Mohd kesabaran kalau perempuan letak Siti Nur Kesabaran.^^"

Mak kata banyak kerja, tapi kitorang online. Sebab mak lagi suka selesaikan sendiri.
Hari ini saya jadi Fashion Designer kejap. Kalau lecturer tengok ni mesti dia bangga. Sebab dia fikir aku tak minat fesyen. Kecewa datang lagi..

Kita memerlukan orang ini sebagai pembantu.


Cara pertama ala-ala hana tajima. Cun habiss!! :P


Cara kedua ala-ala tudung arabian.^^"


Okayy. tutup muka sebab malu. orang kata cara kedua macam pakai tudung salji yang melengkung di atas kepala. Model : Kau hadeee?


Bila balik, kitorang gi makan kat marin seafood. KOT. Kemudiannya pergi TESCO . Beli barang dapur && akak. Esok dia dah balik U. Ohh No. Eh tak boleh nanti dia bangga. OH YESS! Baru betul.


Masa jalan jalan ada seorang hamba Allah jalan sebelah. Tetiba dia kata " Emm comel" Tergamam sebentar. Bila cerita kat abang akak mak. Dorang pi kata,

"Adik, budak tu pakai cermin mata tak? "

Kecewa datang lagi...
Lepas tu, kami pergi pula downtown dekat bukit dukung. Sangat dekat dengan rumah. Tak sampai 10minit. Wajib pergi sebab esok ada jamal abdillah. Saya tak pergi sebab esok im too busy/ Yelah tu. Kat sana ada banyak sangat jual selendang murah - murah. Kemudian kemeja yang hanaya berharga rm10. Saya tak beli sebab badan saya panjang. So ianya akan singkat apabila dipakai. Baju muslimah yang cantik - cantik. Of course murah. Pelbagai jenis makanan. Aksesori pun ada. Macam macam jenis selipar. Dan pelbagai lagi. Silalah datang, meramaikan downtown yang tak beberapa ramai orang. Kasihan penjual, kalau korang tak datang. Faham?
Alhamdulillah saya dah buat keputusan muktamad. Cita - cita saya ialah seorang pensyarah fesyen, pereka fesyen bagi pakaian muslimah. Mempunyai butik sendiri, jenama sendiri juga. Perniagaan online. Buat semua dalam satu. Amin:)
Itu je cerita untuk hari ini. Maaf entri tak membina.
Salam shuha,

SAY GOODBYE TO AKAK.

Thursday, December 16, 2010

//Resepi Spaghetti Carbonara.

Salam, saya buat entri ni khas untuk nabella, kang kat mesir tu kempunan nak makan ^^" Untuk semua juga. :P

Bahan - bahan yang diperlukan. *sambil berangan jadi chef wan.

3ulas bawang putih dipotong cincang.
Cili api . *Kalau nak pedas, lebihkan.
Udang & Sotong
Olive oil
Spaghetti
Garam
Prego Cheese&Herbs/ Keju&Herba
Prego Carbonara Mushroom / Carbonara Cendawan

Satu kuning, satu biru.



Kalau 2 tin prego, ambil setengah je spaghetti ni.




Bismillahirahmanalrahim.





1. Mula-mula rebuskan spaghetti dulu. Campurkan sedikit olive oil agar spaghetti tu tak melekat.
Taburkan garam sedikit, dalam satu sudu teh je. Sehingga kembang.



2. Rebuskan sotong dan udang, airnya jangan dibuang.
Sementara tu meh buat kuah dia pulak,

3. Letak minyak dalam kuali, lebih-lebih kurang. Macam nak tumis bawang.
Bila minyak dah panas,
Masukkan bawang putih dengan cili.
Masukkan prego 2 tin tadi.
Kemudian masukkan setengah air rebusan udang stong kedalam tin. Dua-dua tin !
Lepas agak2 nak masak, masukkan sotong dan udang.

SIAP.

Agak - agak spaghetti dah masak. Tapiskan air dia, kemudian letak lagi olive oil. Agar tak melekat. pandai:)

Sekarang boleh hidangkan.

CARA KEDUA.

Kat web ni.

Kalau kat tempat korang agak - agak susah nak cari prego ni. Boleh tryy cara ni pula.

SELAMAT MENCUBA!:)

p/s: Kak ira,yang ajar mula-mula. Dan kami sangat suka. Kecuali abak.

Salam shuha.

Wednesday, December 15, 2010

//Cinta Hati datang,

Lama rasanya tak update aktiviti yang saya buat setiap hari. Anyway, ini hari gua mau cerita. Assalamualaikum.:) Hari rabu minggu lepas, saya jason khan and meer khan pergi ke leisure mall. Hari itu memang tak dirancang langsung^^" Tapi niat tu ada lah. Lepas test JPJ, terus message jason suruh datang rumah meer. Maklumlah semalam masa tengah tidur, tiba - tiba message sampai Jason Khan : Salam, sayang I dah kat cheras ni.

Dekat sana kitorang makan subway. Sedap! Lepastu beli big apple, untuk family. Pon sedap:P Kenapa lah dekat dunia yang fana ni banyak sangat benda yang sedap/ Macammana perut tak semakin membulat? Paan je yang kurus, tak sentuh nasi langsung. HERAN.

Mereka saya sayang.:)


Sorry kakpah :, )


Bak kata mira, gosip datin-datin. Amboi tangan tu ^^"


Muka tak senonoh ^^" Fenin fikir nak cardigan hitam ke kelabu?


Mencari warkah cinta berbau syurga.



Ni lah meer cousin, Dia memahami saya.
Lepas ni kalau buka blog kat perak. Comfirm nangis.

Anddd today, dorang datang rumah:)



Akak masak spaghetti carbonara:) Sedap. Ringkas je. resipi pun senang
Kalian, terima kasih datang.:)Semoga kita berjumpa lagi di tahun hadapan.Eh salah! minggu hadapan. Carikan mereka dress untuk prom night. Glamour gitu:P

Salam shuha,

Thursday, December 9, 2010

//Ya Allah Aku takut.

Ya Allah aku takut! Bila buka Facebook lebih bertambah - tambah perasaan ini. Kau izinkan aku bahagia kan mak, abak, abang & akak. Aku tahu kau berhak memberinya. Malam nanti baru aku lihat. Harap kita semua dapat keputusan yang cemerlang. Amin :)

Salam shuha.

Tuesday, December 7, 2010

//Warkah Cinta Berbau Syurga

Novel ini ternyata membuka mata banyak pihak terutama remaja seperti kita. Novel ini memberi segala nasihat, dan ianya akan tersemat di hati dengan serta merta. Insyaallah. Rasa diri lebih cinta kepada Allah. Kekadang kita akan merasa bersyukur terhadap apa yang dikurniakan.

Amir Mukhlis seorang mahasiswa yang membesar dalam atmosfera agama yang subur. HIdupnya mula teruji apabila wardah mengharapkan sebuah keputusan. Lalu BALQIS muncul membawa harapan. Akibatnya, salahfaham tercetus antara AMIR dan teman serumahnya. Dalam kegetiran menjadi mahasiswa tahun akhir, AMIR perlu menyelesaikan konflik perasaan dan persahabatan. Kesihatannya turut terjejas. Mampukah AMIR membuatkan keputusan tepat untuk keluar dari kemelut ini?

Nak tau lagi bacalah sendiri :P

"Siapa kita untuk menguasai perasaan dan jiwa sendiri? Bukankah hati itu milik Tuhan. Bahkan cinta itu datang dan pergi tanpa dipinta.."

"Cinta itu ibarat candu yang mengakibatkan ketagihan dan akhirnya kita yang akan tersiksa."

"Jangan terbang tinggi, kalau jatuh akan parah,"
"Kalau kita tidak cuba terbang tinggi , sampai bila pun kita takut untuk mencuba ."

"Benarlah, cinta tidak mampu memenangkan segala. Cinta tidak membawa segala kesempurnaan hadir ke sisi. Tetapi ia mengajar kita menerima sesuatu seadanya. Cinta itu untuk memastikan orang yang dicintai bahagia."

Salam, shuha.