Monday, January 31, 2011

//Fikiran aku yang makin kosong

Aku tak dapat membetulkan apa yang salah.
Aku tidak dapat menyakinkan apa yang benar.

Ampunkan aku Ya ALLAH :, /


Aku telah merasa apa sebenarnya dunia. Yang haram telah menjadi halal. Aku antara manusia yang hanya mampu melihat tanpa dapat lakukan apa - apa. Dosa dapat ku lihat melayang - layang di depan mata. Tapi di sana dosa itulah yang mereka anggungkan. Katanya trend. Aku lemah ya Allah. Aku tak ikut mereka, tetapi aku merasakan aku tidak dapat menegakkan apa yang benar, kerana aku tetap menjadi tunggul yang tidak dapat bergerak selain ditebas. Aku marah aku bengang, tetapi itu semua hanya tersemat dalam hati. Berikan aku kekuatan , berikan aku keimanan . Jauhkan aku daripada dosa-dosa yang kecil dan semakin hari menjadi besar.

Aku cinta islam kerana mu, bukan hanya untuk pameran yang diperdagangkan.

Aku tahu aku umat yang tidak sempurna, tapi bukan bermakna aku mudah untuk terkulai layu apabila dikemukakan soalan tanpa jawapan. Aku makin lemah,

Soalan mudah yang tak bisa aku rungkaikan. Apa aurat itu dosa? Iya aku menjawab dengan sungguh. Tapi bila ditanya kenapa, ternyata aku bisu, pemikiran aku jadi kosong, buntu.

Ampunkan aku Ya Allah,

Apa memang bidang aku dosa sahaja menjadi peneman? Apa salah untuk aku belajar? Tapi aku makin sedar, aku dihujani dengan dosa yang semakin bertimbun. Aku leka ya allah.

Mana tempat untuk ku berucap tentang kata hati. Dimana tempat yang bila ku tanya soalan, beribu jawapan mereka beri. Kau berikan aku seseorang yang bisa jadikan peneman. Berikan aku seseorang yang boleh menjawab apa kehendak soalan, berikan aku teman yang bisa kuatkan semangat apabila aku jatuh, berikan aku seseorang yang bisa mendekatkan diri aku dengan mu Ya Allah.

Aku mungkin tidak sempurna, tapi aku juga mahu ruang untuk aku sampaikan pendapat. Mungkin bidang aku itu lain dari islam. Tetapi tidak bermakna aku kosong tanpa ilmu.

Kau tutup aurat segala, tetapi tidak bermakna semua kau kata itu benar. Semua orang ada kelemahan dan kelebihan tersendiri. Jangan hanya lihat seseorang itu hanya pada penampilan.

Kau fikir aku kosong?

Aku tak mampu kata apa - apa. Tetapi realitinya aku tetap berpegang dengan apa itu islam. Aku berusaha untuk jauhkan diri dari laranganNya. Tetapi aku hanya manusia biasa, yang hanya mampu berubah sedikit demi sedikit. Kau jangan fikir Aku, dari cara pakaian. Kau jangan fitnah seseorang hanya berdasarkan penampilan. Di dalamnya hanya Allah yang tahu. Bukan kau.

Ya Allah, aku banyak berdosa. Aku tak pandai menasihati seseorang, apatah lagi menegur seseorang.

Semakin hari semakin banyak dosa yang aku tanggung. Kerana mulut badan binasa.
Ampunkan aku Ya Allah.

Maaf, ini tempat aku. Maaf jika aku berdosa kerana kau terasa.

Salam shuha,

2 comments:

Domo said...

hey si comel. rndu kat awak hee :)

Anonymous said...

Rindu kat akak lif juga, hehe:P
-suha