Wednesday, May 30, 2012

//Meet My New Boyfriend People.

Assalamualaikum. 


Nama penuh boy-Friend baru - Muhammad Asyraff Qaid. Umur dirahsiakan.Haha. So, finally I'm not singleeeeeeeee people!


Haha, comel je kan.


Actually qaid ni, baru pertama kali jumpa macam fall in love at first sight lah. Tak gituu?
Hari jumaat yang lepas, 25/5
Qaid ni anak kawan mak yang sangat sangaaaaaaaat BEHAVE!


Masa tu, saya duduk sebelah meja mak dia. Lepas balik tadika Qaid datang office, sebab dia terlalu behave mak qaid tak perlu hantar kat rumah orang untuk dijaga. Qaid duduk je dengan mak dia kat office.


Mak kata qaid baik sangat, tak buat perangai, tak pergi merayau - rayau , tak buat bising. 


:) *Sukanyaaaa


Mak tanya : Qaid tak nak kawan dengan kakak ni ke? kakak ni suka budak            budak tau!


Qaid        :  Qaid nak makan jap, tungguuu duluuuuuu.


Sweet kan?:P


Lepas habis makan terus dia datang. Then saya tanya nama sapa? Dia kata qaid. Ha koittt?  Lepastu dia cakap selur selur,  Mu  - ha  - mad - Asy  -  raf - Ko  - It. Panjangnyee nama? nak panggil apa?  qaid. Apa koittt?  lepastu dia eja. Q  -  A  -  I  -  D


Ohh qaid.


Lama betul sesi suai kenal, haha. Tapi mak dia dah pesan awal - awal , qaid jangan kacau kakak tau , kakak ada kerja.


Lepastu dia bawak keluar buku English, yang abc tu. yang dia ada gambar lepastu dia tulis nama binatang tu apa.


Setiap kali saya sebut nama binatang mesti dia sebut juga.
Tak macam budak lain, pemalas! haha. Asyik kena paksa je. haha/


Lepastu dia tanya deer ni apa? Deer tu rusa.
Ooo rusa.


Bila tunjuk warna, dia boleh bagitau warna apa. Dalam english pulak cuolls.
(Haha geli lah guna perkataan cuoolss.)
Ulang balik, dalam english  dia speaking kut.


Lepas dah penat belajar, mengeja mewarna.


Qaid nak belajar lagi? Taknaklah, malam nanti qaid belajar pulak dengan mama.


Lepastu dia pergi minum air, lepastu datang balik bawak botol susu. *Comel.


Qaid nak main game tak?
Kakak takda kerja ke?
Kakak nak melukis je.
Qaid tak kacau kakak ke?
Tak punnn.


Lepastu buka game budak budak,
Main game tu main game ni.
Dia tak kacau pun, Lepastu aku kata ala qaid kakak tak reti main lah. tak yah main game ni lah main game lain.


Ke qaid nak main?


Qaid main sambil cakap "Kakak kena sambut bola tu kut"


Aku macam, advance nyeee budak ni. haha Last last dia main game tu dengan berjayanya.
Lepas dah boring, dia pasang cerita superman, haha. Comel je, dia jadi tukang translate. Before adegan tu berlaku, dia dah cerita siang siang. Dia kata nanti lelaki ni jalan jalan lepastu jatuh. Siap kata qaid suka sangat tengok cerita ni, cerita ni best sangat.


Lepastu mama dia datang, then dia nak tengok boyboboy.(macam ni ke eja?)
Macam kacau mama dia je, so ambil cerita tu pasang kat laptop ni. Amboii dia bukan main lagi, semua skrip boyboboy dia hafal.


Saya dah la tak pernah nak tengok cerita ni,
So dia terangkan satu per satu.
Siapa watak ni, siapa watak ni, yang tu atuk dia lah.
Biskut orang tu tak sedap, kalau makan boleh pengsan.
Haha. semua dapat tauuuuuuuuuu.


Lepas dah bosan tengok cerita tu, pasang Monster vs alien.
Dia kata qaid dah tengok cerita ni, tapi qaid tak suka sangat. Haha. Tapi dia tengok je, takdalah nak merengek rengek.
-,-"


LEpastu tengok pulak cerita The Smurfs.
Okay cerita kali ni dia tak pernah tengok lagi, Terus dia menatap je skrin laptop. bila dia tanya apa - apa, saya terus cakap em kakak pun tak tau qaid, Tak tengok lagi cerita ni.


Dah tiba waktu lunch. Qaid tak balik haha.
Alaaaaaaa, qaid tak nak balik, hari ni qaid nak tidur sini.
Haha. Kelakar je, lepas pujuk pujuk barulah dia nak balikmakan.


Waktu lunch makan chicken chop dengan mak. Sedap besar ayam dia. Rm8 je dekat pejabat pertanian. (:
Lepastu jalan jalan belajar jahit manik, free je tau. 


Bila qaid datang , terus dia pergi kat meja mak.
"Hai qaid"
Lepastu dia senyum senyum, mak kasi gula - gula. "Terima kasih nenek"




Mak tanya mak dia, nasuha nak ajak qaid pergi hari belia boleh tak?
Mak dia kata, akak tak kisah la, suha cammana?
Okayy je, lepastu terus cakap qaid.
Qaid tanya mama dia nak pergi mana ma?
Pergi jejalan dengan kakak.


Gembira muka dia,


Lepastu mak hantar sampai depan lif.
Mak kata qaid, qaid jangan lari lari tu nanti hilang, pegang tangan kakak jangan lepas.
Terus dia datang pegang tangan.


:, )
Sweet sangat. haha.


(tengah minum air teh, "Qaid suka air teh mama buat sedap")


Lepastu sambil turun dia membebel bebel.
Dia cerita tu cerita ni, lepastu pergi hari belia.


Qaid nak apa? -dia geleng geleng.
Lepas jauh berjalan, dia pun dah berpeluh peluh.
Qaid nak air tak? - Nak , lepas beli air, pergi duduk kejap dekat kerusi banyak banyak. Depan tu karoake, Haha. qaid tutup telinga sebab bising.


Bagus budak ni,tak suka konsert tau. lepas tu terus tarik dia pergi tempat lain. Kitorang pergi tengok ikan.


Lepastu tanya qaid nak ais krim tak? nakk.
Cari cari tak jumpa pun.
Dah pusing banyak kali dah.
Lepastu qaid ajak balik,


Habis qaid ais krim?
Takpelah, takyah qaid tak kisah ais krim boleh beli lain kali.


Ya allah comel nyeeee budak ni! Sopan santun betul!
Kalau dia dah 20tahun, dah kelip kelip mata dah dengan budak ni.


-,-"


Terus excited nak dapat anak buah!






nampak tak beze gambar ni dengan gambar - gambar yang atas? Ha, yang tu je saya beli dekat hari belia tu. ngehngeh.

Semalam pergi office tapi qaid takda, mak dia cakap alaa... salah timing ni. Esok nasuha datang eh? Qaid datang esok.
*Senyum senyumje, sebab assingment tak siap lagi ni.
Mak dia kata, qaid duk cerita dekat ayah dia pasal nasuha , apa yang dia membebel entah. haha


Semalam 30/5 qaid call. haha.


Ni kakak nasuha ke?
Yeeeee,
kakak datang pejabat tak esok? qaid datang.
Ala, kakak tak datang la. HAri jumaat kakak datang kut. qaid datang?
Qaid datang hari jumaat~~
Kakak dah makan?
Dah,Qaid dah makan ? makan apa?
Dah, qaid makan nasi goreng kampung,
Siapa masak?
Makan kat kedai
Kakak, siapa masak?
Ada makcik yang masak,
Nenek tengah buat apa?
Nenek tengah tengok tv,
Nenek sihat tak,
Sihat jeee, Qaid tengah buat apa?
Qaid nak tidur dah nii.
Oh yeke,
KAkak kirim salam kat nenek. Ok bye qaid nak tidur dah ni.
Ok bye
Jumpa hari jumaat
Okay
I love you
Love you too. Assalamualaikum.


Haha, terus blushing, dia kata ilove you kut:P


Ingat hari jumaat nak datang office, sebab ada appointment. Sekali appointment tunda lagi. Entah pape entah -,-"
Disebabkan dah janji dengan qaid, esok kenalah datang office mak.
hehe.


*Fikir nak download cerita apa ni, untuk qaid.


Salam:)

Monday, May 28, 2012

//Lelangit Bengkak Part2

Assalamualaikum.


Selepas tujuh hari lelangit bengkak akhirnya surut juga. Tapi apa yang tak bestnya, macammana doktor nak tengok lelangit, padahal jumaat ini ada appoinment dekat ukm.


Okay ini kisah sebelum ni, disebabkan lelangit bengkak teruk, sampai tak boleh nak makan apa - apa, dan gigi dua dari hadapan sehingga gigi seterusnya sebelum gigi garham berdenyut denyut, kebas bergilir - gilir atau secara serentak.


Jadiny decide nak pergi klinik, tunggu mak balik la/
Bila mak balik mak bagi ubat tahan sakit.
Dalam pukul 9.00 pergi klinik pergigian ikhlas dekat tun hussein onn.


Doktor check, dia tanya pasal history semua,
kemudian buat xray pertama. Pergh sakit sangat! Benda tu masuk dalam mulut,
terkena bahagian yang bengkak, lepastu kena gigit lagi.
Dah bertakung air mata menahan sakit,


Rasa macam dipagi raya, tapi korang kena pergi perang naik dalam bas sambil pasang lagu raya, Tapi disebabkan ada orang kat sebelah, tangisan terpaksa ditahan. Yelah askar kan, mana boleh menangis.


-,-
Lepas dah buat xray doktor check. Dia buat Xray untuk kali kedua, kali ni takda lah sakit sangat macam tadi.


Doktor check lagi, tapi dia still cakap saya rasa bengkak lelangit awak bukan berpunca pada gigi.


Dan Xray untuk kali ke tiga.


Doktor : Apa yang pasti you punya disease langsung takda berkaitan dengan gigi. Saya dah check , but i'm not really wht it is actually. Maybe berkaitan dengan blood cell or (Lagi satu tak ingat dia kata apa) 
Doktor siap buka bukulagi untuk buat rujukan, 


Lepas sejam berlalu, selepas dia tekan tekan bengkak tu, rasa macam nak pecah dah ketulan tu, dia ketuk semua gigi gigi.


So dia kata, future disease/ Haha. Ini maybe penyakit akan datang, saya tak pernah jumpa lagi patient sakit macam awak. Apa yang saya boleeh cakap It's Mysterious. Misteri, saya pun tak berani nak kata apa punca sebenarnya.


Selalunya bengkak lelangit ni berpunca pada gigi, tapi lepas tiga kali xray dibuat dia still taknampak puncanya.


(Jadinya lepas ni, jangan ada kata saya tak jaga gigi okay! Doktor sendiri kata gigi kuat takda pape masalah)


So dia suggest pergi ukm atau um,fakulti pergigian. Lagipun doktor ni pun ambil part time kerja dekat ukm.


Maybe dorang perlu buat kajian sikit in your case,


:, }


Jadinya dia tak bagi apa - apa ubat pun. tapi untuk Xray kena bayar RM90.
-,-" 


Jadi keesokan harinya, ingat nak pergi klinik kajang je, lepas berbincang. 
Abak kata elok pergi fakulti pergigian kat ukm, kalau pergi klinik kat kajang macam dr. cakap lambat. Ataupun dia bagi ubat dan suruh balik, macam kes masa gusi bengkak dulu.


Jadi untuk menempuh jem di kuala lumpur, ambil masa selama satu jam.
Ngantuknyaaa.


Fakulti pergigian UKM tu dekat dengan hospital kuala lumpur. Jadinya mula mula masuk kena bayar RM5, sebab situ pakar pergigian. Disebabkan tak bawa guarantee letter, kena lah bayar.


Lepas jumpa doktor pakar pergigian, dia suruh buat X-ray. Bayar pulak RM10. Well murah lah jugak dari semalam. At least kerajaan tampung cost jugak kan.


Doktor check, dan jawapan sama macam semalam. Dia kata ini tak berpunca dari gigi dll. Tapi doktor kata, jangan risau kes awak tak berhenti kat sini sahaja saya akan bawa kes awak kepada yang pakar.


Bila check , doktor tu takda dekat hospital.


Jadinya, dia akan call untuk appointment.
Sepatutnya jumaat lepas, tapi doktor tu ada emergency meeting pulak.


Jadinya jumaat minggu ni.
Dekat pakar bedah mulut.


Tapi masalahnya, bengkak tu dah baik sesangat dah. Jadi tunggu je lah apa keputusannya lepas ni.'


Salam.:)

Monday, May 21, 2012

//Cerita PERODUA ku (Eh! Keluargaku)

Salam,

Selepas beberapa hari melihat telatah blogger blogger yang lain menceritakan tentang perodua mereka, lantas aku teringat si hijau segak lagi bergaya. Kembara! Kereta pertama keluargaku.

Jadi kepada pengguna Perodua, atau yang pernah menggunakan perodua mungkin ada boleh turut serta "What Your Perodua Story?" di www.peroduastory.com.my Mungkin bila anda meluahkan rasa, Perodua boleh meningkatkan lagi kualiti kereta keluarannya? Atau boleh memenuhi selera anda selepas ini, atau PUN anda mungkin akan bersama dengan Datuk Aminar Rashid Salleh minum teh tarik mahupun Nasi Kandar? (Ya, peluang yang sangat bagus!:))

Dan sepanjang 19tahun keluaran perodua, Perodua telah pun menjual lebih dari 2juta! So dengan bangga kembara hijau segak bergaya adalah salah sebuah dari dua juta kereta keluaran perodua? *Bangga.


Kereta kembara yang segak bergaya telah digunakan oleh keluarga saya semenjak sepuluh tahun yang lalu. Masa tu saya hanya berada di sekolah rendah. Kali pertama menaiki kembara adalah ketika berada di Terengganu. Saya dibangku oleh Abak di bahagian pemandu dan memandu di sekeliling kampung. Sangaaaaaat teruja sebab kereta kembara tinggi, disebabkan duduk dihadapan , pandangan pun jadi luas terbentang. Duduk depan bukan beerti kereta kembara kecil ya, tapi disebabkan kereta baru jadi semua saudara mara pakat teruja , semua nak merasai kereta baru. Jadinya ramai ramai pakat naik pusing keliling kampung.

Kalau dulu, orang selalu kata kembara kecil sempit tak best, tapi semuanya kata kata yang keluar dari mereka yang tak menggunakan kembara, tapi bagi kami ianya cukup selesa! Maklumlah kami tiga orang adik beradik je, dan masa tu juga badan semua kurus kurus, jadi semua berangan duk kata ni boleh tambah lagi seorang duduk belakang. Cukupkan empat orang! :)

Apa yang lagi best tentang kembara adalah bahagian bonetnya besar! Jadi ianya sangat membantu kami ketika nak pulang ke kampung. Maklumlah dari KL- Terengganu, setahun pun sekali dua kali je balik. Jadinya memang barang banyak nak angkut sama ada pergi ataupun balik. Bila balik lagilah bertambah tambah sebab banyak ole ole yang dikirim oleh saudara mara di KL. Dan lagi satu adalah ketika waktu Raya Aidilfitri. Disebabkan keluarga di kampung ramai, kereta tidak cukup untuk digunakan ketika hendak menziarahi atau beraya dirumah saudara yang lain. Jadi Bonet kembara sangat berguna bagi kami! 2 - 3 orang pun boleh duduk dengan selesa di belakang (Budak kecillah) Lagipun adik sedara menjadi lebih teruja bila disuruh duduk di bahagian bonet, kalau tak suruh pun memang dorang nak jugak duduk di bonet.

Kembara juga sangat sesuai bagi pengguna seperti kami, yang sentiasa menghadapi masalah banjir ketika pulang beraya di terengganu. Dengan kembara tidak perlu gusar gelisah . Alhamdulillah, kembara tidak pernah rosak mahupun berhenti di tengah jalan ketika meredah banjir. Jadi penduduk Pantai Timur ayuh bertukar kepada Perodua, cari kenderaan yang boleh menyelesaikan masalah anda!

Kami juga dapat menarik orang lain untuk menggunakan perodua kembara! Kembara juga mempunyai warna - warna yang menarik. Jadi warna hijau kebiruan lah warna yang dipilih. Bak kata abak warna semula jadi.

Selepas lapan tahun , barulah kembara menghadapi masalah atau kerosakan yang agak besar di bahagian enjin. Kalau sebelum itu, alhamdulillah tiada kerosakan seperti itu, setakat tayar pancit tu biasalah kan.

Jadi kami rasa puas bila guna kembara, walaupun sekarang kembara banyak buat hal tapi kembara telah banyak berjasa kepada keluarga kami, nak jual kembara? Ohh Tidak pernah difikirkan sampai ketahap itu sama sekali. 

Jadi apabila semua dah dewasa, abang pun dah berkahwin. Keluarga kami meningkat kepada enam orang, mungkin lepas ni tujuh orang pula? Jadi kami memerlukan MPV yang agak besar supaya kami dapat hidup dengan selesa.

Apabila Perodua mengeluarkan ura - ura mpv hendak keluar, kami jadi sangat teruja menunggu keluarannya. Tapi Alangkah sedihnya apabila melihat perodua Alza tidak menepati citarasa keluarga kami. Apabila bonet Alza terlalu kecil. Kalau orang dah tujuh orang mestilah barang lebih banyak bila pulang ke terengganu bukan? Ni bonet Alza lebih kecil dari kembara -,-" Itu masalah yang agak besar. Jadi perodua tolonglah keluarkan MPV yang menepati citarasa keluarga kami? Bonet besar, Aircond di seat belakang, tapi masih mengekalkan Harga yang berpatutan dan dapat dimiliki oleh semua rakyat Malaysia? Mungkin reka bentuk MPV tersebut ada seperti Murano mahupun CRV? Atau pun terus menjadi seperti Ipsum? :P

Dengan itu dapatlah kami membeli kereta MPV keluaran perodua bagi melengkapi keperluan keluarga kami sekali lagi!

Jikalau Managing Director Perodua ,Datuk Aminar Rashid Salleh mengajak saya untuk minuh Teh Tarik bersama beliau  (Ececeh :) Saya akan wakilkan Abak saya, kerana Abak mempunyai berjuta - juta idea untuk dikongsikan bersama Perodua agar pada masa hadapan perodua dapat mengeluarkan keluaran yang lebih berinovasi dan kreatif . Malah dapat mengurangkan penggunaan minyak dengan menukarkan kepada NGV. Yelah minyak makin hari kan makin naik. Jadinya ia dapat membantu keluarga keluarga seperti kami berjimat dan memelihara alam sekitar.

Kalau ikutkan hati ini, mahu saja beli Perodua MYVI. Tapi disebabkan belum ada rezeki, maklumlah masih belajar jadi kita perlu tunguuuuuuuuuu. Kawan kawan lain yang pakai MYVI, belum pernah lagi dengar mereka kata buruk. Apa yang penting Perodua MYVI minyak murah, Ulang alik dari perak ke seremban RM20 tak habis punya! Sangat - sangat sesuai bagi student macam saya yang fully sponsored by family. Hehe.



Tahniah kepada Perodua kerana telah berjaya memenuhi hasrat penggunanya selama 19tahun! Semoga anda terus berjaya dan mungkin boleh membawa jenama Perodua ke seluruh dunia? :)
Salam:)
Ini kisah saya, kisah anda?

Monday, May 14, 2012

//Lelangit Bengkak

Assalamualaikum,


Sekarang tengah sakit dalam mulut. Lelangit Bengkak, sakit sangat okay. Kalau korang pernah sakit gigi, lelangit bengkak adalah 2 kali ganda sakitnya dari sakit gigi. Emak kata sakit gigi, adalah sama sakit macam orang nak bersalin.


Cuba bayangkan?


Mungkin nanti Allah bagi aku bersalin tak sakit sangat kut. Sebab aku dah banyak kali sakit gigi , sakit garham mahupun sakit lelangit. 


Start sakit lelangit adalah masa aku berumur 14tahun. Kali pertama sakit, menangis nangis. Sebab tak tahan. Tapi aku dok telah panadol je, dan selalu sangat tidur. Seminggu lebih jugaklah rasanya sakit tu.


Sakit lelangit macammana tau, Lelangit korang akan bengkak , dan kadang kadang timbul putih putih. Kalau yang teruk sampai bernanah berdarah. Dia boleh jadi belah kiri kanan atau dibahagian tengah.


Aku selalu jadi bahagian tengah je, belum pernah kiri atau kanan. Tapi aku harap takkan terjadi sebab ada sorang blogger ni dia jadi belah kanan, sampai pipi sekali bengkak macam baru lepas kena tumbuk, mata pun jadi sepet.


:, |


Bahagian tengah pun sakit, lagi sakit bila nak makan atau pun bercakap. Bila bengkak di lelangit terlalu sakit aku tidak banyak bercakap dan akan selalu tidur. Betul betul tak tahan.
Aku dah selalu sangat kena benda ni.


Setahun 2,3,4,5 kali. Biasa.
Tapi alhamdulillah sejak akhir akhir ni 2 kali setahun je.
Tapi 2 kali tu lah yang aku taknak hadapi.


Kalau tak tahan aku akan ketuk ketuk gigi depan pakai jari. Tekan tekan, sebab dia rasa kebas.
Lepastu bila duduk saja saja, aku akan gulung lidah ke belakang, tak nak lidak kena lelangit.


Semalam aku rasa macam nak cabut gigi depan guna spanar je.
Sebab ubat dah habis, Dari pagi sampai malam cari farmasi semua tutup-,-"
Bila nak tidur makan ubat tahan sakit je,


Macam macam tempat aku pergi nak tanya pasal sakit ni.
Tapi semua buat cool cool je, rileks je.


Penat dah nak tanya.


Bila pergi farmasi, dia cakap awak minum air panas eh?
Aku pun macam "erk" Apalah takkan air panas pun jadi macam ni.
Ada juga orang kata sebab badan panas , tak banyak minum air.
Ada juga kata terlebih minum air.


Lagi bertambah keliru.
Tapi ubat farmasi bagi tak membantu pun, ubat makan. sakit masih sakit.




Kali kedua , aku pergi kedai herba cina.
So dia bagi 3 jenis ubat.
Dia kata awak muda lagi, kenapa boleh sakit mcam ni.
Sakit ni punca dia dari urat saraf dekat bahagian gigi depan.


Bila dengar uncle ni cakap aku rasa macam betul juga.
Bila mak bagitahu abak,
Abak cakap cina tu mana tahu apa - apa.


Tapi lepas makan ubat herbal tu, alhamdulillah sakit aku surut.
tapi untuk sehari je lah, 


Lepastu kitorang cuba lagi , pergi klinik kerajaan.
Em biasa lah dia bagi antibiotik ngan panadol.
-,-" Sakit sangat hati rasa.


Tak puas hati lagi, mak bawak pergi klinik Julia tak silap (Klinik yang khas untuk gigi)
Bila doktor tu cek, baru puas hati.
Dia kata ni sebab urat yang dibahagian gigi depan.
Gigi depan tu ada lubang kecil, tapi lubang dia dalam sangat.
So dia syorkan pergi klinik kerajaan supaya tutup lubang tu.


Akhirnya aku lega juga, bila jumpa doktor tu.
Then doktor tu kasi ubat ni

Axcel papain. Kalau korang sakit, cari ubat ni dekat farmasi key. Alhamdulillah, Lepas makan ubat ni dah tak rasa apa apa dah. Tapi kena makan 3 kali sehari. Jadinya selama seminggu lah aku makan ubat ni sampai lah bengkak tu surut.


Bila balik Uitm aku kena lagi sekali, nasib baiklah ada bekalan ubat ni yang aku dah prepare awal - awal. Jadi aku ke Uk (Unit kesihatan di uitm) Masa ni bukan sahaja sakit lelangit, gigi dibahagian gusi aku juga bengkak. Gigi garham baru tumbuh, atau dipanggil sebagai gigi susu. 


Bengkak teruk, sampai demam demam.


Masa tu aku tak pergi kelas design nasib baik cik wani faham. Masa aku call ira, sampai nangis sebab tak larat sangat nak cakap.


Bila aku pergi uk, nak ambil mc. Ada ke patut doktor cuba bagi mc pukul 2.00 sampai 3.15 pm je. Serius hangin je rasa satu badan.


Mungkin dr. tu tak rasa macammana sakitnya rasa bengkak lelangit tu.
Haihh.


So, hari khamis aku decide nak pergi klinik pergigian dekat batu gajah.
Yang ni geram juga.
Dia kata takda pape, biasa je.
Badan panas.


Bila aku cakap dr, kat kajang suruh simen lubang tu.
Dia kata lubang tu kecil je, tak perlu nak simen pun.
Lama - lama bengkak tu surut lah.


Serius masa tu aku angin je, Dia kata leceh lah, nanti awak kena buat operation pergi hospitalipoh dan lain lain.


-,-"


Last last aku fade up. Em takpelah doktor,
Lagipun kalau nak buat operation kena tunggu turn, dekat hospital ipoh lagi.
Dah la nak exam, kang masa cuti sem baru boleh buat operation.
Em tak apa lah.
Tak jadi.


Masa cuti sem, Gigi garham bengkak lagi. So abak bawa pergi klinik pakar dekat kajang. Dan lagi sekali , dia bagi ubat je. Lepas seminggu memanglah bengkak tu surut. Tapi gigi garham masih tak keluar lagi dari gusi.


-,-"


Kini aku tengah tunggu gigi untuk ke 32, tak taulah nak tumbuh gigi ni dekat mana, dah penuh dah. Kalau tumbuh memang makin senget lah gigi ni.
Hmm, Harap lah gigi tu tumbuh masa lepas habis diploma. Tengah cuti. takdalah perit sangat rasa.


Cepat sikit dapat buat braces kan, haha.


Sekarang aku just guna ubat gigi sensodyne atau colgate pro total 24 hours.
Kalau guna ubat gigi lain, comfirm gigi gusi bengkak balik.




Dr. Nabila ada apa apa pendapat?:)


Salam, nak makan ubat. Abak bawak balik ubat baru dari farmasi. Jom Try!


Thanks Abak, abang mak akak kak ainul:) sebab bersusah payah cari farmasi dan ubat

Thursday, May 10, 2012

//Baju kahwin untuk disewa. Murah! (Mana pergi semangat ku!)

Assalamualaikum.

Hari ini bonus. Sebab nak update dua entri. Walaupun baru je lepas buang sampah terus semangat balik nak tambah lagi satu entri. pembuka kurungan ada kena mengena ke kan? Tutup kurungan.

firstly, nak cerita tentang dress perkahwinan kakak ipar. Iaitu kak ainul.
Hambui, lamanya baru nak bercerita. Orang tu dah berbadan dua ni ha. Alahaiii/

Sebenarnya nak naikkan semangat saya balik. Entah kenapa semenjak 2 - 3minggu ni dah takda hati nak menjahit, men - design dan sebagainya. Kenapa ni, kenapa ni.

Let's begin now!
Haha.

Okay masa ni, adalah masa cuti semester 3:)
Saya tak tahu nak jahit dress pun, tengok dekat you tube. Tutorial jahit dress.
So, dari situ banyak jugaklah research yang dibuat.

Nak baju macam mana, warna apa yang sesuai. Fabrik mana yang okay.Semua semualah.

Abang siap bawa pergi butik butik, semua house jalan TAR. Sebab nak curik sikit sikit rahsia tentang dress ni. Dari situ belek belek cara jahitan, belah mana nak sambung belah mana nak letak zip, belah mana nak belah.

Kak ainul pulak, bagitahu dress mana yang dia suka.

So dari situ banyak idea datang.

Even mak akak, betul betul menghalang saya dari menjahit baju kahwin. Sebab takut apa - apa terjadi.
Tapi saya bangkit balik semangat tu, bila dapat sokongan dari abang ngan kak ainul. Bukan senang kan, nak dapat sokongan dari pengantin sendiri.

Jadi, saya bangkit. Walaupun apa apa yang berlaku saya akan teruskan juga.
At that time, abang janji. Kalau kain rosak abang belikan yang baru.

:, )

Terharu sangat.

Dalam tempoh seminggu duk buat pattern. Ada je benda tak kena -,-"
LEpas tu baru tau, dapat ukuran salah.
Haha.

Ujian ujian.

First time jahit kain chiffon, dan lace. Berdebar. Chiffon and satin beli di Jackel, dan Lace di Nagoya. Lace tak mahal sangat, tambah beads sendiri je.

Lepas 1minggu setengah.
TADAAAA! Siapdah,
Alhamdulillah :)

 Walaupun ringkas, bagi aku menarik. (Bukan sejuk kan hari sendiri.:P)

 Suppose tak yah belah dekat tengah tu. LAgi cantik kut. Tapi last minute idea, tak fikir panjang terus potong. 


 Baju abang pula, tempah dekat semua house. Cantik! Suka sangat. 

Ada sesiapa nak sewa tak? Haha. KEna cari duit ni -,-"
Tapi tak boleh buat alteration abang tak kasi.

Agak agak badan pengantin macam abang ngan kak ainul. Bolehlah nak sewa.

Bila naik semester 4, barulah belajar cammana nak buat evening dress/ wedding dress. Banyak rupanya salah. Kehkehkeh. Sepatutnya tak boleh jahit tepi. Dan tak boleh ada top stitch. Tapi, kat baju ni semuanyaaaa ada! 

Haha.
Itulah bezakan, bila kita dah belajar atau tak belajar.
Dan baju wedding ni juga ada 2 lapis.

Tapi sebenarnya kalau belajar, mesti buat 1pcs je. Takda dua mahupun tiga.

Okaylah.
Alhamdulillah semuanya selesai.
Dan ramai kata baju ni cantik, walaupun sedara - sedara semuanya macam tak percaya yang saya akan jahit baju pengantin. Tapi I'm still strong! Peduli apa kata orang. Terus Fokus. Yakin dengan keberanian sendiri.

Usah bersungguh - sungguh. I.Allah dapat hasil yang terbaik.
Janji Allah itu pasti!

Lepas baca entri ni, i.Allah saya akan semangat balik nak buat 4 design sekaligus untuk sem depan. Tapi my target adalah 5. Inshaallah:) Doakan saya.


Kalau nak tempah baju kahwin anda? Tunggu saya habis diploma k.
Haha.

Salam:)