Nama penuh boy-Friend baru - Muhammad Asyraff Qaid. Umur dirahsiakan.Haha. So, finally I'm not singleeeeeeeee people!
Haha, comel je kan.
Actually qaid ni, baru pertama kali jumpa macam fall in love at first sight lah. Tak gituu?
Hari jumaat yang lepas, 25/5
Qaid ni anak kawan mak yang sangat sangaaaaaaaat BEHAVE!
Masa tu, saya duduk sebelah meja mak dia. Lepas balik tadika Qaid datang office, sebab dia terlalu behave mak qaid tak perlu hantar kat rumah orang untuk dijaga. Qaid duduk je dengan mak dia kat office.
Mak kata qaid baik sangat, tak buat perangai, tak pergi merayau - rayau , tak buat bising.
:) *Sukanyaaaa
Mak tanya : Qaid tak nak kawan dengan kakak ni ke? kakak ni suka budak budak tau!
Qaid : Qaid nak makan jap, tungguuu duluuuuuu.
Sweet kan?:P
Lepas habis makan terus dia datang. Then saya tanya nama sapa? Dia kata qaid. Ha koittt? Lepastu dia cakap selur selur, Mu - ha - mad - Asy - raf - Ko - It. Panjangnyee nama? nak panggil apa? qaid. Apa koittt? lepastu dia eja. Q - A - I - D
Ohh qaid.
Lama betul sesi suai kenal, haha. Tapi mak dia dah pesan awal - awal , qaid jangan kacau kakak tau , kakak ada kerja.
Lepastu dia bawak keluar buku English, yang abc tu. yang dia ada gambar lepastu dia tulis nama binatang tu apa.
Setiap kali saya sebut nama binatang mesti dia sebut juga.
Tak macam budak lain, pemalas! haha. Asyik kena paksa je. haha/
Lepastu dia tanya deer ni apa? Deer tu rusa.
Ooo rusa.
Bila tunjuk warna, dia boleh bagitau warna apa. Dalam english pulak cuolls.
(Haha geli lah guna perkataan cuoolss.)
Ulang balik, dalam english dia speaking kut.
Lepas dah penat belajar, mengeja mewarna.
Qaid nak belajar lagi? Taknaklah, malam nanti qaid belajar pulak dengan mama.
Lepastu dia pergi minum air, lepastu datang balik bawak botol susu. *Comel.
Qaid nak main game tak?
Kakak takda kerja ke?
Kakak nak melukis je.
Qaid tak kacau kakak ke?
Tak punnn.
Lepastu buka game budak budak,
Main game tu main game ni.
Dia tak kacau pun, Lepastu aku kata ala qaid kakak tak reti main lah. tak yah main game ni lah main game lain.
Ke qaid nak main?
Qaid main sambil cakap "Kakak kena sambut bola tu kut"
Aku macam, advance nyeee budak ni. haha Last last dia main game tu dengan berjayanya.
Lepas dah boring, dia pasang cerita superman, haha. Comel je, dia jadi tukang translate. Before adegan tu berlaku, dia dah cerita siang siang. Dia kata nanti lelaki ni jalan jalan lepastu jatuh. Siap kata qaid suka sangat tengok cerita ni, cerita ni best sangat.
Lepastu mama dia datang, then dia nak tengok boyboboy.(macam ni ke eja?)
Macam kacau mama dia je, so ambil cerita tu pasang kat laptop ni. Amboii dia bukan main lagi, semua skrip boyboboy dia hafal.
Saya dah la tak pernah nak tengok cerita ni,
So dia terangkan satu per satu.
Siapa watak ni, siapa watak ni, yang tu atuk dia lah.
Biskut orang tu tak sedap, kalau makan boleh pengsan.
Haha. semua dapat tauuuuuuuuuu.
Lepas dah bosan tengok cerita tu, pasang Monster vs alien.
Dia kata qaid dah tengok cerita ni, tapi qaid tak suka sangat. Haha. Tapi dia tengok je, takdalah nak merengek rengek.
-,-"
LEpastu tengok pulak cerita The Smurfs.
Okay cerita kali ni dia tak pernah tengok lagi, Terus dia menatap je skrin laptop. bila dia tanya apa - apa, saya terus cakap em kakak pun tak tau qaid, Tak tengok lagi cerita ni.
Dah tiba waktu lunch. Qaid tak balik haha.
Alaaaaaaa, qaid tak nak balik, hari ni qaid nak tidur sini.
Haha. Kelakar je, lepas pujuk pujuk barulah dia nak balikmakan.
Waktu lunch makan chicken chop dengan mak. Sedap besar ayam dia. Rm8 je dekat pejabat pertanian. (:
Lepastu jalan jalan belajar jahit manik, free je tau.
Bila qaid datang , terus dia pergi kat meja mak.
"Hai qaid"
Lepastu dia senyum senyum, mak kasi gula - gula. "Terima kasih nenek"
Mak tanya mak dia, nasuha nak ajak qaid pergi hari belia boleh tak?
Mak dia kata, akak tak kisah la, suha cammana?
Okayy je, lepastu terus cakap qaid.
Qaid tanya mama dia nak pergi mana ma?
Pergi jejalan dengan kakak.
Gembira muka dia,
Lepastu mak hantar sampai depan lif.
Mak kata qaid, qaid jangan lari lari tu nanti hilang, pegang tangan kakak jangan lepas.
Terus dia datang pegang tangan.
:, )
Sweet sangat. haha.
(tengah minum air teh, "Qaid suka air teh mama buat sedap")
Dia cerita tu cerita ni, lepastu pergi hari belia.
Qaid nak apa? -dia geleng geleng.
Lepas jauh berjalan, dia pun dah berpeluh peluh.
Qaid nak air tak? - Nak , lepas beli air, pergi duduk kejap dekat kerusi banyak banyak. Depan tu karoake, Haha. qaid tutup telinga sebab bising.
Bagus budak ni,tak suka konsert tau. lepas tu terus tarik dia pergi tempat lain. Kitorang pergi tengok ikan.
Lepastu tanya qaid nak ais krim tak? nakk.
Cari cari tak jumpa pun.
Dah pusing banyak kali dah.
Lepastu qaid ajak balik,
Habis qaid ais krim?
Takpelah, takyah qaid tak kisah ais krim boleh beli lain kali.
Ya allah comel nyeeee budak ni! Sopan santun betul!
Kalau dia dah 20tahun, dah kelip kelip mata dah dengan budak ni.
-,-"
Terus excited nak dapat anak buah!
nampak tak beze gambar ni dengan gambar - gambar yang atas? Ha, yang tu je saya beli dekat hari belia tu. ngehngeh.
Semalam pergi office tapi qaid takda, mak dia cakap alaa... salah timing ni. Esok nasuha datang eh? Qaid datang esok.
*Senyum senyumje, sebab assingment tak siap lagi ni.
Mak dia kata, qaid duk cerita dekat ayah dia pasal nasuha , apa yang dia membebel entah. haha
Ni kakak nasuha ke?
Yeeeee,
kakak datang pejabat tak esok? qaid datang.
Ala, kakak tak datang la. HAri jumaat kakak datang kut. qaid datang?
Qaid datang hari jumaat~~
Kakak dah makan?
Dah,Qaid dah makan ? makan apa?
Dah, qaid makan nasi goreng kampung,
Siapa masak?
Makan kat kedai
Kakak, siapa masak?
Ada makcik yang masak,
Nenek tengah buat apa?
Nenek tengah tengok tv,
Nenek sihat tak,
Sihat jeee, Qaid tengah buat apa?
Qaid nak tidur dah nii.
Oh yeke,
KAkak kirim salam kat nenek. Ok bye qaid nak tidur dah ni.
Ok bye
Jumpa hari jumaat
Okay
I love you
Love you too. Assalamualaikum.
Haha, terus blushing, dia kata ilove you kut:P
Ingat hari jumaat nak datang office, sebab ada appointment. Sekali appointment tunda lagi. Entah pape entah -,-"
Disebabkan dah janji dengan qaid, esok kenalah datang office mak.
hehe.
*Fikir nak download cerita apa ni, untuk qaid.
Salam:)
1 comment:
X susah nak faham.memang nampak comel n bijak pon BF tu hehe..geram je tengok dy gigit botol susunye,ciut.
Post a Comment