Sebelum ni aku ada 4 entri yang msih belum post. terus tersimpan di dalam draft. Anddd I hope kali ini akan terus di publish kan. (: Dan setiap entri aku akan tulis benda yang sama. Sebelum ni ada 2 entri yang masih disimpan di dalam draft, sebelum ni ada 3 entri yang masih disimpan di dalam draft. Teehee.
Sementara idea idea aku bagai melimpah di ladang gandum ni, baiklah aku meneruskan hajat yang tidak kesampaian ni. Dan sementara abang masih di pejabat , masih sempat untuk aku melengkapkan entri ini. Kalau tidak mesti dia kacau je,
Abang : Adik nak guna jap. Lima minit jeee.
Adik : Eii abang ni, suka kacau laaaa.
Abang : abang guna kejap je, lima minit je. Betul
Adik : Eiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii. Nah lah, lima minit je.
After five minutes.
Adik : Abang dah lima minit dah.
Abang : Soooooooooooooooooooooooo?
-,-"
Lepas sepuluh lima belas dua puluh minit baru abang bagi. Aku bukak balik nak update.
Krikkk krikkk, cengkerik lalu. idea dah terkubur.
And lastly SAVE!
Baiklah aku rasa semua orang dah tahu yang aku sedang cuti. Sangat lama. sampai bulan tiga, sebab aku tengah tunggu panggilan degree.
Pejam celik pejam celik, dah dua minggu aku jadi babysitter secara FULL-TIME. (Tak full time sangatlah)
Dan pejam celik pejam celik juga, aku dah habiskan cuti sepanjang dua bulan lebih. OMG! apa je yang aku buat dalam masa dua bulan ni? -,-"
Actually banyak benda juga aku buat, selain dari membuang masa, menternak lemak - aku naik 3 kg je sebenarnya, abang yang hacked fb aku kata naik 10kg. Lepastu semua orang percaya. Tapiiii, aku naik 3 kg pun badan aku tetiba je naik mendadak. Perut dah buncit, lengan dah macam peha orang, Peha jangan cakap lah kannnnn. Lepastu aku pergi mana mana semua dok kata badan aku naik . naik . naik.
Yang paling tak boleh terima, Bila aku dukung mithali qaseh. Semua ingat aku mak dia -,-"
Excuse me, saya penjaga diaaaa tau. saya tak kahwin lagi, saya masih muda lagi remaja. (Dalam hati je la. )
Padahal dalam hati suka, yelah memang impian aku dari sekolah dulu dulu lagi, nak jadi ibu muda yang dah ada anak. (:
Naaah, aku dah stop menaip selama 3 jam. Tingg! dan aku tekad untuk terus menaip selepas 3 jam. Tinggg.
Akhirnya aku mulakan dengan cerita perihal aku sebagai babysitter. Atau dalam bahasa melayau nye pengasuh.
Disebabkan aku pengasuh pada waktu siang. jadinya kerja aku agak senang. Sebab Mithali qaseh ni, berjaga waktu malam. Siang kerjanya tidur je, tak mau bangun. Kau usik macam mana pun, geletek macammana pun, kau cium macammana pun. Tidur tetap Tidur.
Tapi kekadang ada juga lah dia terganggu masa tidur, dan dia start menjerit ke, merengek ke, ataupun habis satu dahi duk berkerut . Abang kata Qaseh sebijik macam adik, Tak boleh orang kacau dia tidur langsung -,-"
Selalunya pukul 9 / 10 pagi dia kena mandi. Tapi kalau kak ainul sempat before pergi kerja dia dah kena mandi. Tapi (berapa banyak tapi la ) sejak akhir akhir ni, dia tidur je tak nak bangun bangun, pukul 3 baru mandi tak pun pukul 5 baru mandi. Jimat sikit air, maklumlah bil air dah melambung tinggi sekarang.
Sebelum mandi biasa Qaseh nak susu, lepas mandi pun nak susu. Tapi sekarang tunggu lah sampai dia bangun, masa tu lah dia nak susu. Kalau dulu pukul 1- 2 dia akan bangun, so aku dah siap siap panaskan susu sepuluh minit before. Tapi sekarang tunggu dia bangun barulah aku pergi panaskan susu.
Sebab masa dia sekarang dah tak menentu.
Biasanya lepas bangun, dia minum susu. Lepastu senyum senyum. Nak orang layan dia, kalau kita bercakap dia pun nak bercakap. Tapi satu benda pun tak boleh nak faham.
Orang kata Qaseh ni bila dah besar, banyak cakap. Kiranya macam jadi anak dara peramah lah. GOOD! jangan jadi macam makcik dia ni, tak peramah langsung -,-"
Biasanya bila Atuk balik waktu lunch, qaseh mesti bangun. Nak jumpa atuk letttew. Bila petang selalunya, abang dengan kak ainul balik. Bunyi je motor, bunyi pagar. Terus mata dia terbeliak.
Pandainyeeeeee.
Bila siang qaseh tidur, aku pun boleh lah buat kerja apa yang patut. Basuh kain ke, lipat kain ke, jemur kain ke, online ke, stalker ke, cari apa apa maklumat yang patut ke, tidur sekali ke. Teettt.
Bila malam, kadang kadang kak ainul ngan abang jaga, kadang kadang aku jaga, kadang kadang semua perlu berjaga.
Ingat lagi satu malam tu, mula mula kak ainul, lepastu abang, lepastu akak , lepastu aku. Gilir gilir.
Malam malam dia tak nak tidur, bukannya dia menangis pun. Tapi dia nak orang layan dia. Borak dengan dia. Kalau dia tengok takada orang keliling dia, takpun semua tengah tidur, mulalah dia menjerit.
Semalam 27.12 Qaseh dah belajar gelak untuk pertama kalinyaa! Comel sangat suka tengok dia gelak. Tapi duk senyum senyum, lepas tu tidur berapa minit, lepastu terus taknak tidur sampai lah 5 pagi.
Akhirnya aku tumpas pagi tu, lepas solat subuh terus tidur. Tanpa sedar bangun bangun dah pukul 11 pagi. Anak dara apa lah ni -,-" Tak senonoh langsung.
Kekadang aku tengok je movie. Qaseh baring kat sebelah pun tengok sekali. Kalau dia tak nampak screen tu kan, dia merengek. Eleh macam lah faham -,-" haha. JAhat je. Kadang kadang aku letak laptop depan dia, bagi dia tengok muka sendiri. Mak aihh bukan main suka lagi tengok muka.
Kadang - kadang gelagat dia buat aku tak ngantuk. Comel sangaaaaaaaaaat!
Malam malam dia macam siang hari. Kuat minum susu kuat berak. Kalau siang tidur jeeeeeeeeeeeee.
Bab nak mandi aku susah sikit. Dia suka sangat main air, kaki tu duk angkat macam nak berenang dah. Lepastu banyak bergerak.
Apatah lagi berat dia sedang meningkat. Masa dia dah masuk 3bulan, berat dia dah mencapai 6 KG! dan sekarang aku rasa dah 7KG lebih dah. KAlau angkat dah lenguh lenguh tangan.
Budak lain, hisap jari. Qaseh hisap tangan. Kalau tak dapat masuk satu tangan menjerit jerit -,-"
To be honest, jaga mithali qaseh tak susah sangat pun. Sebab tak banyak perangai. Tapi jaga budak budak ni memang kena ada kesabaran yang sangat tinggi!
Dengan harapan mithali qaseh jadi anak yang soleha dan taat. budak pandai cerdik dan paling penting sentiasa comel. Auuuummmmm!
Sayang qaseh sangat sangat yeee.
Tengok muka sendiri.
Alaaaa. Comelyee ustazah qaseh ni.
Okay lah byeee. Salam shuha.
2 comments:
Ya Allah. MashaAllah. Comelnyaaa diaa. Eeee. Tolong cium dan cubit pipi si kecil ni banyak banyak ! hahaha. Sejuk je tengok gambar si kecik tu. hehe
Dah tolong cium ngan cubitkan pipi dia. haha. tapi sekali je tak bolehh banyak banyak. nanti qaseh jeritt :P
Post a Comment