//Meet My Cousin

Assalamualaikum.

Mula mula nak dijadikan cerita nak update entri Rindu. Sebab dah tiga bulan lebih duduk rumah menanam anggur sorang kawan pun tak jumpa jumpa. -,- Nak dijadikan cerita juga, macam terindu pulak dekat minah sorang ni which is my cousin my bestfriend sejak sekolah menengah.

Sekolah rendah tak rapat sangat sebab kitorang selalu tak sama. Sekolah tak sama darjah, lepastu sekolah agama tak sama.

Macam dalam hidup ni dia lain, saya orang lain.

Jadi saya memperkenalkan Mira ! Mira adalah perempuan yang sangat gangster okay! kalau gaduh dengan lelaki boleh panggil dia, kalau gaduh dengan perempuan jangan panggil dia. Haha.

Masa dulu sekolah dulu dulu, entah kenapa ada sorang budak perempuan ni suka sangat cari pasal dengan aku -,- Bukan sekolah menengah je, sekolah rendah juga. Dia siap toreh tangan gwa guna pisau. Extreme tak?

Tapi disebabkan aku ngan mira tak rapat sekolah rendah dulu, tak boleh lah mira jadi gangster. Tapi bila dah sekolah menengah perempuan tu datang balik dalam hidup aku, ada ke patut dia tumbuk mata tanpa ada pape sebab yang munasabah. Musykil sekejap.

Terus mira halang. Mira tarik aku pergi rumah mak perempuan tu. Mak dia minta maaf , mak dia pun kata tak tahu cammana nak kawal anak dia tu. Kalau boleh dengan semua orang dia nak cari pasal. Mak dia kata , "kau siaplah aku bagitau dekat ayah kau balik nanti "

Terus dia merayu rayu kat aku minta maaf, tapi Mira kan gangster. Dia lah yang halang, dia kata jangan maafkan dia suha. Jom balik buat tak tahu je, biar dia kena belasah dengan ayah dia. Baru padan muka, sedap sedap je nak tumbuk nak pukul anak orang.

Nampak tak gangster mira kat situ? Sebab tu lah saya syg mira. Dia lah heroin sejati gwa, lepas ni kalau orang baca entri ni mesti ada dua persolan yang merayau rayau di kepala hang pa kan?

Pertama  :  Eii, gangster gila suha siap gaduh gaduh kat sekolah.
Kedua     :  Eish, takutnya  nak cari pasal dengan suha lepas ni. Dia ada cousin gangster kut. Har har har.

Pernyataan kedua agak mustahil rasanya. haha.

Btw ini lah Mira saya, heroin saya dan juga gangster celop saya!

Ehh mana ada, shuha tipu la mana ada.


Ehh, lupa pulak kitorang rapat sejak darjah 6 lah. sebab kelas sama. Lepastu semua orang ingat kitorang Lesbian. Adoii, tak nampak ke mira tu heroin gwa, dan gwa heroin. Ehh!

Mira tak sama macam orang lain, dia tak cakap berkias kias. Kalau dia cakap means betul betul dari hati dia.

Contoh gwa tunjuk baju A, gwa kata nak pakai baju B (Baju gwa tgh pakai) Lepastu mira terus cakap, pakai baju A baju B buruk. Nampak tak b buruk.

So senang, tak payah korang nak buang masa dengar penjelasan.

Rasanya macam baju A lagi okay, baju B bolehlah. Tapi okay je dua dua baju ni, so sukahati hang lah nak pakai mana mana (Em elok tak yah tanya -,-")

Lepastu  kalau kita cerita pape kat dia, dia macam dah tahu apa maksud kita. Contoh cerita pasal lelaki ni dari A - Z, lepastu mesti dia kata, kalau dah suka cakap je.

Mira dia bukan jenis kedekut, dia selalu belanja gwa makan, termsuklah teddy bear omei omei. and teddy bear Momo.

Akhir entri ni, gwa nak kata gwa rindu sama lu! Harap lu bahagia di luar sana keyh! Insha Allah.


Salam shuha.

No comments: