Thursday, January 17, 2013

Kejutan Hari Tua (20)

Salam,

tetiba tengah tengah malam ni tak senang duduk. Sibuk dalam kepala otak ni nak bercerita tentang hari tua kita. Hari tua tu bermaksud hari jadi, dan kita dah pun 20tahun, nak masuk 21 dah .

Hmm, tuanya rasa. tapi tua tua matang. Huwahuwahuwa

Masa umur ku genap dua puluh takda lah fikir nak dapat kejutan sana kejutan sini, jauh lagi dengan keluarga, tengah serabut lagi dengan kerja kerja design design, toile tak siap lagi padahal tinggal berapa minggu lagi sebelum fashion show. Ayoyoyo!

So hari jadi tu macam hari hari yang biasa, cuma ambil masa 10 minit nak tengok facebook (WAJIB) Lepas tengok semua wish dari semua orang (THANKS!) Terus update status, yang bermaksud reply untuk semua yang wish lah, konon :P

Bila malam balik bilik siap siap sebab tidur rumah sewa Atiq (Kitorang buat kerja ramai ramai, sambil telan livita redbull berbakul bakul untuk tahan mata) Dah siap mandi ni, tinggal nak keluar dari bilik je tetiba kena baling bedak. So dalam hati tu macam sikit marah lah. Haha. Tapi padahal ada plan lain dalam otak ni, kalau aku kejar dorang mahu satu kolej ni berlari. So buat buat macam badmood! Sekali dorang dah takut takut berkumpul kat katil. And apa lagi gwa SERAAAAANG! satu bedak gwa kasi. haha. Kesian, hari lahir orang lain, orang lain pulak yang kena.
Ini lah roommategwa, dari part 1 sampai lah part 5.

Bila hari jadi adalah dorang sebut sebut nak baling telur. telur memang dah sedia ada dekat studio tu. siap berkejar kejar sampai ke bengkel. Adoooi. Orang dah tua mana main dah baling baling ni, tak matang lah u olls! Haha. Kalau sembilan belas boleh lah nak baling air kopi dari tingkat 2 ke bawah. (Terasa diri ini, lepastu kena marah , lepastu disebut sebut masa taklimat kolej Kuangkuangkuang. Extreme betoi!)

Kalau dalam keluarga, hari jadi tu hanya sekadar wish and bawak pergi makan kat mana mana tempat yang teringin. Kadang kadang terlewat sikit biasalah, tengok duit poket jugak, tengok gaji bulanan jugak.

Paling penting, hadiah yang diberi dalam keluarga bukan semestinya pada hari jadi je, kadang kadang hari biasa pun dapat hadiah juga. So bukan lah macam tunggu hari jadi baru mak bagi hadiah. Kalau hari jadi baru abak belikan hadiah. HADIAH UNTUK HARI JADI JEEE! Tak coolsangat lah. Hikhik.

Sama je macam mak belikan rantai bentuk love , masa tu bukan hari jadi. Tapi mak kata ni hadiah untuk hari jadi tahun ni. Sama juga macam abang beli jam bubuh dalam kotak biru, lepastu ikat reben, letak kat meja bilik. Bila tengah malam nak tidur tengok kat meja ada hadiah. Sama juga macam abak beli mesin jahit stepler yang dok ketip ketip guna tangan tapi sekali pun tak boleh guna hehe comel je , dan sama juga macam akak beli buku english peribahasa, yang satu pun aku tak tahu maksud dia apa. muehehehe. Dan sama juga macam kak ainul belikan baju untuk kita bukan kerana special day. Sukaaa.

DAN SAMA JUGA MACAM AKU BELIKAN HANDBAG UNTUK MAK WARNA PINK, HARGA RM100 LEBIH PADAHAL DUA PULUH HINGGIT JEE DEKAT SOGO, SAMBIL KATA INI HADIAH HARI JADI MAK UNTUK TIGA TAHUN! (Kedakuitt orang minang kata, Harharhar)

So Hari hari bagi saya hari istimewa.

Sampai lah satu hari tu,Dayang dia kata dia ada problem. Nak cerita sikit, so duduk lah kat luar, dari A sampai Z aku dengar, sekali kena baling dengan bedak campur air, dengan air nescafe campur milo yang dah basi yang dorang dah perap berapa hari entah. Aku macam, hari ni hari apa weeeehhhhhhh? Rupanya dorang sambut birthday, Gila besar, kek secret recipe pulak tu. Fuyoo. Benda tu macam besar sangat bagi gwa. Macam bermakna sangat sebab dah lama sangat orang tak buat kezzzutan macam ni.

Benda tu berlaku sangat sangat cepat, So tak boleh lah nak share gambar, sebab semua tengah flip hair control cun padahal tak cun pun sebab dah macam orang tua, rambut pputih kelabu kelabu asap bagai kaaaaan.

Yang penting kenangan kita kejar mengejar tengah tengah malam.

And sejujurnya Suha sangat terharu (tetiba ayat jadi ayu :P) dan terasa diri dihargai. Ececehhhh! Thanks sangat korang. I LAP U'olls.

(iraatindygfrhanafifiatiqamalwawabawi) Even kita baru rapat gila gila sem ni, tapi keakraban kita tak membedakan tempoh masa. Alaaa cewahhh! Bila lah boleh berkumpul lagi. Thanks A LOT!

Salam rindu .

No comments: