Tuesday, January 22, 2013

//Jom Jogging, STADIUM KAJANG

Assalamualaikum.


Emm, pejam celik pejam celik dah nak masuk bulan dua. When times moves faster, semua benda jadi kelam kabut. And paling tak boleh nak terima adalah kegagalan ku diet, baru lah ingat next entri nak update pasal Tips diet turunkan berat badan secara berkesan! But all failed. Bukannya turun berat malah naik 2 kg! Untuk pertama kalinya aku stress berat naik, biasanya rileks je wak lek wak piss. Tapi kali ni tak boleh terima, bayangkanlah aku diet tanpa makan nasi selama 12 hari, tapi berat naik setengah kilo. Lepastu aku makan nasi sehari sekali, turun balik setengah kilo. COOL! Tapi cool hanya sebentar, tetiba cuaca panas datang jadilah "HOT" 2 kg increase. Aku stress, korang yang baca lagi stress kan. 



Bukan itu sahaja, inch aku dah meningkat secara mendadak di bhgian waist. Why why why! 5 inches.



Tolong sebut,



Nashuha shabirah akan kurus dan hilang 12 kg, serta 8 inches di bahagian pinggang dalam masa 4 minggu lagi. AMIN!



Dalam masa sekarang, aku ngan abang tengah bergiat diri pergi ke stadium kajang. Tempat yang sangat strategik, 8 minit je dari rumah aku , kalau abang bawaklah. Kalau aku bawa 15 minit ke 20minit. Hahahahha. Kalau before ni kitorang pergi Lake valley dekat tun hussein onn, tapi sana terhad sikit boleh jogging sampai pukul 7 pm je. Kalau kat kajang, kitorang jogging malam, 8.30malam selalunya lah. target 3 kali seminggu, kadang kadang lebih, dan kadang kadang kurang.



Abang jogging adalah bagi persediaan mengerjakan Umrah, Aku pulak persediaan belajar dekat Shah Alam, insha Allah. Mana tak nye sana kan berbukit, lepastu dari satu bangunan ke bangunan yang lain jauh, berbukit bukit. Pergi mana mana kena naik bas, so aku perlu lah meningkatkan stamina bagi nanti takdalah berpeluh peluh, boleh lah aku cuci mata dekat fakulti perubatan ke kannnn.Hahahahha. Padahal nak kecilkan pinggang :P



Disebabkan jogging malam, takdalah pape nak malu. Orang tak nampak kita, kita tak nampak orang. Aku pun pakai baju dapur, yang ada limpahan limpahan cat, seluar duduk rumah lepak lepak kat dapur je. Takda siapa nakngorat kat sana. Haha.



Yang penting tempat tu bersih, bukan sahaja bersih dari sampah sarap. Malah  bersih dari gejala sosial dan juga maksiat, takdelah yang duk dating berpeluk peluk kat situ. Sebab situ ramai keluarga dengan anak anak. Maybe dorang rasa malu,



Dekat situ pun ada ni, Saya tak tahu nama dia apa. 
15 minit , lima hengget. (Tapi tak mampu lah kita nak naik , kena tunggu promosi 10 minit rm1 baru kita nak naik hihihi)



ni pulak taman permainan yang sangat besar dan Syiok,ianya FREE* so my target kalau berat badan aku dah 55kg boleh lah naik gelongsor paling tinggi  tu, muahhahaha. Sekarang tak leh naik, sebab abang kata nanti tersekat kat tengah tengah tu, tak pun tiang dia patah empat. -,-"



And ada banyak sangat alat senaman! agak agak dah penat jogging dua tiga round, boleh berehat kejap menggunakan alat senaman atau oun ada juga batu batu yang bila korang pijak rasa sakit tu. Adooii itupun aku malas nak fikir nama dia -,-"

Dan paling penting! Agak agak perut dah lapar boleh singgah,
Ni duk kat sebelah je ha. Lepas makan boleh sambung jogging balik. Muahaha. Turun 0.2kg, naik 5 kg.


Jemputlah awok awok sekalian untuk datang! Hiduplah secara sihat (:

Salam shuha,

2 comments:

Domo said...

kite pon dulu salu pegi sini! muehehe. skrg stop then berat pon naik =.="

fashionableSHUHA said...

Hehehheh. best kan tempat dia. aman jeee :P