Friday, June 18, 2010

//Abang saya garang. Tapi kadang-kadang Sweet juga:P


Salam. Haritu saya liza pergi rumah nozie. Al maklumlah abangnya mahu berangkat jauh. Jauh ke jepun, jadi semestinya ada doa selamat. Kami datang sana pun, sebab kami dilahirkan sebagai manusia yang paling baik didunia ni. Sesampai sana, kami tolong atau bantu membantu. Biasa lah angkat periuk, basuh sudu garfu. Memang kewajipan. Last-last sedar sedar dah pukul 11 lebih-lebih. Semua masuk bilik dok belek telefon bimbit masing-masing.

Kira-kira tolak campur tambah darab bahagi semuanya 56 miscall. Tetiba abang marah-marah. Bla..bla..bla.Lepastu abang poyo je nak marah, eleh ingat adik takut ke? Gertak konon. Ah chong pun tak takut tau ^^" Then tetiba je abang cakap, adik. Dekat perak nanti guna hp akak tau. Ish taknak lah. Dah lah susah nak tekan. Sampai nak nangis dah ni. Masa tu pulak dapat elaun rm200. Ingatkan nak beli hp, tapi abang cakap bayar duit daftar, sebab abang malas nak keluar duit dalam bank. Masa tu macam, "ya allah menyesal aku bagitau abang elaun dah dapat." Ni nak sambung marah lagi ni. "Abang adik nak hp, yang best sikit. Yang boleh ambil gambar cantik-cantik. Abang nak kasi hp ada kamera, atau abang kasi adik bawak kamera pergi sana?" Kenapa kena ada kamera? Yelah, kalau tade kamera, tak cantiklah blog adik. Cammana nak update. Abang senyum-senyum macam kambing tua. Eh taklah, macam buruk sangat. Macam Aznil Hj Nawawi. Okay tak? Ke nak Ronaldo?

Sesampai je rumah, akak dok pasang lagu guna hp. Masa tu nak mengalir dah air mata. Betullah ni abang beli hp untuk akak. Benci!benci!benci!

Tetiba abang kata tu ada lagi dua handphone. Pergi pilih. Serius teruja kawan. Kalah orang yang terpilih dalam rancangan DEKODEKODEKO. Tengah teruja ni dok pening nak pilih biru ke merah, biru ke merah, merah ke biru, biru ke merah, biru ke merah, biru ke merah, merah ke biru, biru ke merah,biru ke merah, biru ke merah, merah ke biru, biru ke merah,biru ke merah, biru ke merah, merah ke biru, biru ke merah,biru ke merah, biru ke merah, merah ke biru, biru ke merah,biru ke merah, biru ke merah, merah ke biru, biru ke merah,biru ke merah, biru ke merah, merah ke biru, biru ke merah,biru ke merah, biru ke merah, merah ke biru, biru ke merah,biru ke merah, biru ke merah, merah ke biru, biru ke merah.

Akhirnya pilih warna merah. Sebiji macam akak HAHA. Agak kelakar.

Masa tu memang tersenyum sangat sangat sehingga kalah Paris Hilton. Eh! Macam cantik sangat je.. Okaylah kalah Saiful Apek. Lepastu terus dok download lagu one less lonely girl. Jadi message tone.

Tak habis - habis cakap terima kasih bang! Sayang abang. Yang akak tu tak habis-habis histeria dia meningkat.

Tapi kan, kitorang dah ada hp baru, canggih lagi. Kamera pun cantik. Yang abang pula tetap dengan hp lama. Kesian abang, Hp tak da kamera. Ringtones pun still lagi bunyi yang "teett tett teett tett" yang masih lagi screen dia warna kuning. Tapi yang paling best, ada lampu suluh di atasnya, yang boleh suluh cicak, malam-malam buta. Yang boleh cari mangga, kalau tercicir. Yang boleh tolong abak masukkan air bateri dalam kereta.

Terima kasih bang : , ) Serius terharu.

Korang ada ke abang macam kitorang ada. Abang kitorang garang, garang sangat. Tapi kekadang tu baik pula. Kalau degil tu memang susah la nak cakap. Tapi bab duit, minta dekat abang best. Mesti dapat punya. Kalau bab bergurau pulak. Memang menyakitkan hati.

Apapun, Thanks sangat-sangat bang. Terima kasih banyak-banyak. Tiada wang yang mampu dibalas. HAHA:P

Salam.shuha:)

3 comments:

Unknown said...

hah,baik jugak abg shuha eh..
tp kita same la.kes phone baru ke u.
cam phne kita tak boleh dgr orng call.so haru nak gayut dgn mak.haha.
kim slm kat cik merah eh.hihi

Unknown said...

hah,baik jugak abg shuha eh..
tp kita same la.kes phone baru ke u.
cam phne kita tak boleh dgr orng call.so haru nak gayut dgn mak.haha.
kim slm kat cik merah eh.hihi

fashionableSHUHA said...

haha..
cik merah kata wsalam.
jemput lah dtg rumah.