Monday, May 21, 2012

//Cerita PERODUA ku (Eh! Keluargaku)

Salam,

Selepas beberapa hari melihat telatah blogger blogger yang lain menceritakan tentang perodua mereka, lantas aku teringat si hijau segak lagi bergaya. Kembara! Kereta pertama keluargaku.

Jadi kepada pengguna Perodua, atau yang pernah menggunakan perodua mungkin ada boleh turut serta "What Your Perodua Story?" di www.peroduastory.com.my Mungkin bila anda meluahkan rasa, Perodua boleh meningkatkan lagi kualiti kereta keluarannya? Atau boleh memenuhi selera anda selepas ini, atau PUN anda mungkin akan bersama dengan Datuk Aminar Rashid Salleh minum teh tarik mahupun Nasi Kandar? (Ya, peluang yang sangat bagus!:))

Dan sepanjang 19tahun keluaran perodua, Perodua telah pun menjual lebih dari 2juta! So dengan bangga kembara hijau segak bergaya adalah salah sebuah dari dua juta kereta keluaran perodua? *Bangga.


Kereta kembara yang segak bergaya telah digunakan oleh keluarga saya semenjak sepuluh tahun yang lalu. Masa tu saya hanya berada di sekolah rendah. Kali pertama menaiki kembara adalah ketika berada di Terengganu. Saya dibangku oleh Abak di bahagian pemandu dan memandu di sekeliling kampung. Sangaaaaaat teruja sebab kereta kembara tinggi, disebabkan duduk dihadapan , pandangan pun jadi luas terbentang. Duduk depan bukan beerti kereta kembara kecil ya, tapi disebabkan kereta baru jadi semua saudara mara pakat teruja , semua nak merasai kereta baru. Jadinya ramai ramai pakat naik pusing keliling kampung.

Kalau dulu, orang selalu kata kembara kecil sempit tak best, tapi semuanya kata kata yang keluar dari mereka yang tak menggunakan kembara, tapi bagi kami ianya cukup selesa! Maklumlah kami tiga orang adik beradik je, dan masa tu juga badan semua kurus kurus, jadi semua berangan duk kata ni boleh tambah lagi seorang duduk belakang. Cukupkan empat orang! :)

Apa yang lagi best tentang kembara adalah bahagian bonetnya besar! Jadi ianya sangat membantu kami ketika nak pulang ke kampung. Maklumlah dari KL- Terengganu, setahun pun sekali dua kali je balik. Jadinya memang barang banyak nak angkut sama ada pergi ataupun balik. Bila balik lagilah bertambah tambah sebab banyak ole ole yang dikirim oleh saudara mara di KL. Dan lagi satu adalah ketika waktu Raya Aidilfitri. Disebabkan keluarga di kampung ramai, kereta tidak cukup untuk digunakan ketika hendak menziarahi atau beraya dirumah saudara yang lain. Jadi Bonet kembara sangat berguna bagi kami! 2 - 3 orang pun boleh duduk dengan selesa di belakang (Budak kecillah) Lagipun adik sedara menjadi lebih teruja bila disuruh duduk di bahagian bonet, kalau tak suruh pun memang dorang nak jugak duduk di bonet.

Kembara juga sangat sesuai bagi pengguna seperti kami, yang sentiasa menghadapi masalah banjir ketika pulang beraya di terengganu. Dengan kembara tidak perlu gusar gelisah . Alhamdulillah, kembara tidak pernah rosak mahupun berhenti di tengah jalan ketika meredah banjir. Jadi penduduk Pantai Timur ayuh bertukar kepada Perodua, cari kenderaan yang boleh menyelesaikan masalah anda!

Kami juga dapat menarik orang lain untuk menggunakan perodua kembara! Kembara juga mempunyai warna - warna yang menarik. Jadi warna hijau kebiruan lah warna yang dipilih. Bak kata abak warna semula jadi.

Selepas lapan tahun , barulah kembara menghadapi masalah atau kerosakan yang agak besar di bahagian enjin. Kalau sebelum itu, alhamdulillah tiada kerosakan seperti itu, setakat tayar pancit tu biasalah kan.

Jadi kami rasa puas bila guna kembara, walaupun sekarang kembara banyak buat hal tapi kembara telah banyak berjasa kepada keluarga kami, nak jual kembara? Ohh Tidak pernah difikirkan sampai ketahap itu sama sekali. 

Jadi apabila semua dah dewasa, abang pun dah berkahwin. Keluarga kami meningkat kepada enam orang, mungkin lepas ni tujuh orang pula? Jadi kami memerlukan MPV yang agak besar supaya kami dapat hidup dengan selesa.

Apabila Perodua mengeluarkan ura - ura mpv hendak keluar, kami jadi sangat teruja menunggu keluarannya. Tapi Alangkah sedihnya apabila melihat perodua Alza tidak menepati citarasa keluarga kami. Apabila bonet Alza terlalu kecil. Kalau orang dah tujuh orang mestilah barang lebih banyak bila pulang ke terengganu bukan? Ni bonet Alza lebih kecil dari kembara -,-" Itu masalah yang agak besar. Jadi perodua tolonglah keluarkan MPV yang menepati citarasa keluarga kami? Bonet besar, Aircond di seat belakang, tapi masih mengekalkan Harga yang berpatutan dan dapat dimiliki oleh semua rakyat Malaysia? Mungkin reka bentuk MPV tersebut ada seperti Murano mahupun CRV? Atau pun terus menjadi seperti Ipsum? :P

Dengan itu dapatlah kami membeli kereta MPV keluaran perodua bagi melengkapi keperluan keluarga kami sekali lagi!

Jikalau Managing Director Perodua ,Datuk Aminar Rashid Salleh mengajak saya untuk minuh Teh Tarik bersama beliau  (Ececeh :) Saya akan wakilkan Abak saya, kerana Abak mempunyai berjuta - juta idea untuk dikongsikan bersama Perodua agar pada masa hadapan perodua dapat mengeluarkan keluaran yang lebih berinovasi dan kreatif . Malah dapat mengurangkan penggunaan minyak dengan menukarkan kepada NGV. Yelah minyak makin hari kan makin naik. Jadinya ia dapat membantu keluarga keluarga seperti kami berjimat dan memelihara alam sekitar.

Kalau ikutkan hati ini, mahu saja beli Perodua MYVI. Tapi disebabkan belum ada rezeki, maklumlah masih belajar jadi kita perlu tunguuuuuuuuuu. Kawan kawan lain yang pakai MYVI, belum pernah lagi dengar mereka kata buruk. Apa yang penting Perodua MYVI minyak murah, Ulang alik dari perak ke seremban RM20 tak habis punya! Sangat - sangat sesuai bagi student macam saya yang fully sponsored by family. Hehe.



Tahniah kepada Perodua kerana telah berjaya memenuhi hasrat penggunanya selama 19tahun! Semoga anda terus berjaya dan mungkin boleh membawa jenama Perodua ke seluruh dunia? :)
Salam:)
Ini kisah saya, kisah anda?

2 comments:

ismatulnabilaismail said...

SHUHA..
BLOG BARU KITE..
kembaracikismatul.blogspot.com

fashionableSHUHA said...

Haha, Kembara?:P Ni mesti terpikat tengok kembara abak ni. haha

Okay okay

//Finally Im Back!

Assalamualaikum, Fuhhh *Tiup habuk* Lepas bertahun tahun tak menaip, hanya Allah SWT sahaja yang tahu rindunya aku pada blog ni. Lupa pas...