Monday, May 28, 2012

//Lelangit Bengkak Part2

Assalamualaikum.


Selepas tujuh hari lelangit bengkak akhirnya surut juga. Tapi apa yang tak bestnya, macammana doktor nak tengok lelangit, padahal jumaat ini ada appoinment dekat ukm.


Okay ini kisah sebelum ni, disebabkan lelangit bengkak teruk, sampai tak boleh nak makan apa - apa, dan gigi dua dari hadapan sehingga gigi seterusnya sebelum gigi garham berdenyut denyut, kebas bergilir - gilir atau secara serentak.


Jadiny decide nak pergi klinik, tunggu mak balik la/
Bila mak balik mak bagi ubat tahan sakit.
Dalam pukul 9.00 pergi klinik pergigian ikhlas dekat tun hussein onn.


Doktor check, dia tanya pasal history semua,
kemudian buat xray pertama. Pergh sakit sangat! Benda tu masuk dalam mulut,
terkena bahagian yang bengkak, lepastu kena gigit lagi.
Dah bertakung air mata menahan sakit,


Rasa macam dipagi raya, tapi korang kena pergi perang naik dalam bas sambil pasang lagu raya, Tapi disebabkan ada orang kat sebelah, tangisan terpaksa ditahan. Yelah askar kan, mana boleh menangis.


-,-
Lepas dah buat xray doktor check. Dia buat Xray untuk kali kedua, kali ni takda lah sakit sangat macam tadi.


Doktor check lagi, tapi dia still cakap saya rasa bengkak lelangit awak bukan berpunca pada gigi.


Dan Xray untuk kali ke tiga.


Doktor : Apa yang pasti you punya disease langsung takda berkaitan dengan gigi. Saya dah check , but i'm not really wht it is actually. Maybe berkaitan dengan blood cell or (Lagi satu tak ingat dia kata apa) 
Doktor siap buka bukulagi untuk buat rujukan, 


Lepas sejam berlalu, selepas dia tekan tekan bengkak tu, rasa macam nak pecah dah ketulan tu, dia ketuk semua gigi gigi.


So dia kata, future disease/ Haha. Ini maybe penyakit akan datang, saya tak pernah jumpa lagi patient sakit macam awak. Apa yang saya boleeh cakap It's Mysterious. Misteri, saya pun tak berani nak kata apa punca sebenarnya.


Selalunya bengkak lelangit ni berpunca pada gigi, tapi lepas tiga kali xray dibuat dia still taknampak puncanya.


(Jadinya lepas ni, jangan ada kata saya tak jaga gigi okay! Doktor sendiri kata gigi kuat takda pape masalah)


So dia suggest pergi ukm atau um,fakulti pergigian. Lagipun doktor ni pun ambil part time kerja dekat ukm.


Maybe dorang perlu buat kajian sikit in your case,


:, }


Jadinya dia tak bagi apa - apa ubat pun. tapi untuk Xray kena bayar RM90.
-,-" 


Jadi keesokan harinya, ingat nak pergi klinik kajang je, lepas berbincang. 
Abak kata elok pergi fakulti pergigian kat ukm, kalau pergi klinik kat kajang macam dr. cakap lambat. Ataupun dia bagi ubat dan suruh balik, macam kes masa gusi bengkak dulu.


Jadi untuk menempuh jem di kuala lumpur, ambil masa selama satu jam.
Ngantuknyaaa.


Fakulti pergigian UKM tu dekat dengan hospital kuala lumpur. Jadinya mula mula masuk kena bayar RM5, sebab situ pakar pergigian. Disebabkan tak bawa guarantee letter, kena lah bayar.


Lepas jumpa doktor pakar pergigian, dia suruh buat X-ray. Bayar pulak RM10. Well murah lah jugak dari semalam. At least kerajaan tampung cost jugak kan.


Doktor check, dan jawapan sama macam semalam. Dia kata ini tak berpunca dari gigi dll. Tapi doktor kata, jangan risau kes awak tak berhenti kat sini sahaja saya akan bawa kes awak kepada yang pakar.


Bila check , doktor tu takda dekat hospital.


Jadinya, dia akan call untuk appointment.
Sepatutnya jumaat lepas, tapi doktor tu ada emergency meeting pulak.


Jadinya jumaat minggu ni.
Dekat pakar bedah mulut.


Tapi masalahnya, bengkak tu dah baik sesangat dah. Jadi tunggu je lah apa keputusannya lepas ni.'


Salam.:)

1 comment:

Pearl Bho said...

tak sabar nak tunngu news seterusnya, btw besok saya plak nak pergi hospital Putrajaya sebab near to cyber, nak pergi jauh2 tak boleh sbb naik cab :( harap2 besok pagi cepatlah jumpa DR. :)