Assalamualaikum.
Ini adalah entri yang kedua untuk hari ini. Sekali dah publish , berkobar - kobar hati ni nak menaip satu entri lagi. Kalau sebelum sebelum ni pasal pengalaman. Kali ni saya nak share sedikit tips idea dan sebagainya. Dan disebabkan ramai yang hantar email tanya fabrik apa yang sesuai untuk digunakan semasa tunang / nikah / bersanding / majlis - majlis penting. So make it simple, aku terpanggil untuk menulis satu entri. Dan entri ini bukan dari seorang yang pakar ye , harap maklum. Cuma pelajar biasa yang baru sahaja tamat diploma fesyen. Dan for sure bukan pelajar textiles. Kalau pelajar textiles, sentuh kain je dia dah tahu ni kain apa. Contohnya sentuh kain, ni kain georgette yang harga tak berapa mahal cuba 6.90 sahaja. Beli dekat kamdar atau nagoya. Fuhhh!
-,-" (pensyarah aku letttew)
Perkara penting untuk korang tahu adalah mencari kain yang sejuk, menyerap peluh apatah lagi sejuk mata memandang.
Kecuali lah korang memang nak pakai baju tu sekali je. Korang boleh beli kain satin.
Tapi kalau korang nak pakai untuk hari hari yang lain, dan korang jenis yang kuat peluh, dan korang rasa cuaca pada hari persandingan korang panas.
Saya suggestkan :
- SILKY FABIANO
- VALENTRO UOMO
- SATIN SILK
- SOLUNA PLATINUM
- VALENTINA
Untuk kain yang lembut lembut , melambai lambai ditiup angin.
- PLAIN CHIFFON
- CHIFFON GEORGETTE
- GEORGETTE
Untuk kain lining / alas baju. (Kain lembut juga , lemah gemalai je. macam kain chiffon, tapi bila dah jadi alas, baju takkan nampak jarang, kain yang sejuk sangat)
- LINING ARITACHI
- LINING CREPE
Kain yang sangat cantik dipakai , nampak terletak je. Tapi panas dia ala - ala je. Tak sejuk sangat dan tak panas sangat.
- DUTCHES SATIN
Untuk kain kain diatas, senang kalau nak cari di JACKEL. Sebab jackel korang sebut je nama kain ni ni ni. Dorang terus direct bawak korang pergi dekat tempat kain tersebut. Banyak pilihan. Tapi kalau korang pergi dekat kamdar/ nagoya dan sebagainya. Takda nama nama kain, kena cari sendiri, dan paling utama sekali, pekerja akan geleng kepala je sambil kata TAK TAHU.
Kecuali kalau korang dah tahu kain tu macam mana macam mana boleh lah cari mana mana kain.
Tapi biasa lah, jackel harga dia agak tinggi berbanding kedai kedai yang lain. Tapi untuk layanan I bagi lima bintang. Kalau korang pergi jackel jangan malu malu minta kurang.
Kalau nak beli kain dutches beli dengan euro moda. Minta harga rm 30 okay! I share tips ni. Tapi kadang kadang Dorang tak bagi sangat , maybe dorang bagi rm 33 ke rm35 ke. Harga dorang letak adalah rm 45 keatas. Atau pun korang boleh pergi Osman dekat Semua House kalau tak silap. Situ harga rm30 ke rm 35 tak ingat.
Untuk kain yang soft, lemah gemalai. Dapatkan dekat Kamdar ye! Ambil yang harga rm 8 ke atas. Itu dah dikira kain yang sesuai digunakan. (:
Lining crepe/ aritachi. Korang boleh dapatkan dalam harga rm10.
Untuk design yang saya gunakan kain Valentina (biru ) rm 15 dekat jackel. Georgette (pink) rm6.90 dekat kamdar. Terima kasih wanie sebab sudi jadi model (:
Yang ni pulak Saya guna dutches (beli dekat euro moda - rm 29 semeter ) Chiffon (NAGOYA - rm 6.90) Tapi tolong jangan beli kain chiffon ini, tak tahan , cepat berbulu .
Untuk yang ni, Guna Chiffon yang dijual di jackel rm25. Tapi dapat rm 15 je:P Kain satin bahagian dalam, dan kain lace yang dibeli di Nagoya RM36.90 sahaja semeter. Untuk baju lelaki, bahagian luar adalah dutches satin.
Diharap entri kali ini dapat membantu mereka yang sedang ingin bercinta. Ehh salah pulak. Yang mahu mendirikan rumah tangga dan sebagainya! Okay sekian terima kasih.
(Aku tak tahu kenapa aku suka tulis Jakel dengan perkataan jackel -,-" Re-branding kutt. Haha) - Pedulikkan
(Aku tak tahu kenapa aku suka tulis Jakel dengan perkataan jackel -,-" Re-branding kutt. Haha) - Pedulikkan
Salam shuha.
49 comments:
info yang berguna. teruskan menulis dik!!
Thankyouuu sebab baca! (:
Thnks for sharing this info..keep up the good work :-)
Terima kasih fara (:
Salam. Dear... awak tgk baju nikah maria elena yg color cream tu? Awak tau x kain jenis ape?hehe teringin nak buat tp xtau kain jenis ape mcm mana nak cari pls helppp!! Thanks!!!
wsalam.
normally, pakai kain chiffon untuk bhagian luar.
bahagian dalam macam kain kain yang sy bgtau dalam entri ni.
kalau murah satin biasanya tapi panas.
kalau mahal boleh cari satin silk selesa.
kalau nak cari, kat jakel byk sgt pilihan, and dorang boleh suggestkan kain mana lagi ok.
kalau nak murah beli je kat kamdar, cari kain chiffon yg very soft.
kalau ada pape, email sy eh. fashionableshuha@yahoo.com
takut xperasan soalan kat sini, hehe
(:
good information! nak beli peplum kain dia valentina..bagus tak eh?
Eja, okaaay. cantik, sebab dia kain yang jatuh. sos esuai buat peplum, dress jubah pun cantik
Dik kalu wat tudug pakai chiffon jorjet ok tak? kalu kat kamdar bape ek harge semeter rase2
Dik kalu wat tudug pakai chiffon jorjet ok tak? kalu kat kamdar bape ek harge semeter rase2
kt kamdar @ nagoya ble x dpt kain valentina?
pling murah kain valentina nie leh dpt bpe ek?
salam kenal shuha...entry ni sangat membantu...thaaaaankkkssss a lot :)
Dull satin tu kain yg mcm mana?boleh tolong tak bg jenis kain satin yg sesuai utk buat dress jubah @ abaya..
Salam, saya nak tanya kalau nak buat baju kurung kedah kena buat lining ke? saya guna kain chiffon. *tak tau lining tu apa*
wsalam semua.
kain lining tu macam kain lapik dalam. taknak bagi nampak jarang.
pergi je dekat kamdar atau nagoya. tanya nak kain lining.
nanti dia tunjuk.
Kain valentina cantik buat peplum, buat dress, jubah pun okayyyyy
Chiffon georgette okay je. rm6.90 dekat kamdar.
Tak sure lah kain valentina ada ke tak kat kamdar atau nagoya. sebab tak pernah cari. dekat jakel rm15 ke atas.
Thank you wawa (:
Kain kat atas yang saya tulis tu, semua sesuai/
Assalamualaikum..kalo nk buat abaya sesuai kain ape ye?
Waalaikumussalam.
Kain valentina crepe atau valentro uomo okay.
sebab kain dia jatuh, nampak cantik.
akak... saya baru nak mengenali jenis2 kain... kain apa yg sesuai utk shawl n tudung?? *p/s:klu boleh nak yg x ikut shape, x jarang n sesuai dipakai kemana2 sahaja :-)
akak... saya baru nak mula mengenali jenis2 kain... kain apa yg sesuai utk shawl n tudung?? *p/s:klu boleh nak yg x ikut shape, x jarang n sesuai dipakai kemana2 sahaja :-)
nur hidayah.
Selalunya orang guna chiffon or georgette. tapi dua dua kain jarang.
Saya tak berapa sure,
tapi kalau yang selesa dan tak jarang.
kain lycra okay.
tapi selalu nya tudung syria.
Myb kain koshibo pun boleh. senang dibentuk.
Sorry, ini je yang dapat share, yang saya tahu.
harap membantu (:
pehh..wanie..model dowh!
Kain ape yg slalu RR gune utk kain kembang mcm ikan dyung tue..slalu buat dgn kain yg xsesuai. mcam keras jew!help me
Wah.. Bagus.. Thanks for your sharing.. Memang tgh buntu nak pilih fabric utk baju sanding..
salam, sy ada kain saree, xtau jenis apa, jarang sgt n mcm chiffon.bkn kain saree yg kain kilat n tebal tu. nk buat jubah, so lining die sesuai guna kain apa?tq-wan
Salam, kain valentro tu macam mana? Boleh bg description sikit tak? Tq(iqa)
salam , nk tnya kalau nk buat leather skirt, kain ape yg sesuai? Pvc atau artificial leather? thanks :)
Salam...
nak tanya kalau orang gemuk sesuai pakai kain apa...
assalam..nk tnya la..ape beza heavy dull satin dgn kain dutchess ye...tq..
As salam.Nak tanya.Sesuai ke kalau buat tudung@shawl menggunakan kain satin valentro?Selalu org buat tudung@shawl guna kain apa selain chiffon? Tqvm
Hi saya nak tanye. Double chiffon sesuai tak dijadikan lining untuk prada lace? Maksudnya nk buat baju dengan menggunakan chiffon dan prada lace sahaja. Terima kasih
Hi saya nak tanye. Double chiffon sesuai tak dijadikan lining untuk prada lace? Maksudnya nk buat baju dengan menggunakan chiffon dan prada lace sahaja. Terima kasih
salam...akak plan nak buat jubah maxi untuk knduri sepupu,tema purple..tp akak x tahu jenis kain apa yg sesuai.akak ni berbadan agak gempal n kulit hitam manis
Sy ad beli kain valentro uomo utk lining dgn chiffon..sesuai ke kain ni utk lining?tkut la kot2 die tebal utk lining
salam sis
nak tanya, apa beza valentro dull satin dgn valentino dull satin ya? which one yang x perlu iron?
sy pernah beli satu satin yang tebal and x perlu iron, cuma x tahu yang mana satu.
tq
Sy juga ingin tahu perkara yg sama spt Noor Sya..sbb sy baru je ke Jakel tp jmpa Satin Valentiro..
Sy juga ingin tahu perkara yg sama spt Noor Sya..sbb sy baru je ke Jakel tp jmpa Satin Valentiro..
Sy juga ingin tahu perkara yg sama spt Noor Sya..sbb sy baru je ke Jakel tp jmpa Satin Valentiro..
salam, saya nak tnya... untuk buat dress n bju melayu.. kain jenis apa yang sesuai... kain dull satin japanese ok ke ?? tq :)
salam perkenalan dear :)
Nak tanye kain ape ssuai utk buat seluar palazzo.. Please.. Hrap dpt mmbantu.
Wah, banyak lagi nak kena tahu ni.
Sha dah tersalah beli kain untuk baju lelaki. Sha beli satin itali. Tapi bila check balik, sepatutnya, Sha beli satin duchess.
tq sgt share pasal ni... memang saya tak pakar langsubg bab kain
Salam.. sy nak tnye. Sesuai tak time nikah perempuan pakai duchess. Sy dh terbeli kain duchess.
Salam.. sy nak tnye. Sesuai tak time nikah perempuan pakai duchess. Sy dh terbeli kain duchess.
Kalau jubah lelaki biasanya kain jenis apa yg sesuai? Yang tidak mudah renyuk
BAGUS PUNYA BLOK!!! SAYA SUKA, BAHASA MUDAH DAN SANTAI...
SIAP NGAN NAMA KEDAI TU,,,HEHEHE...
blog...
nak tnya kalo kain jenis paloma , mcmana ya dia keras tak kain dia, nk belli ready made..jenis kain dia guna paloma..bole bg pndapat
Terima kasih atas infonya,saya ambil yg haq sahaja lain tiada dulu kini dan selamanya.
Post a Comment