Thursday, January 31, 2013

//Alhamdulillah, Degree

Assalamualaikum.




Kejayaan tidak datang bergolek tanpa usaha, usaha akan menjadi sia sia tanpa tawakal.Dan Alhamdulillah, saya akan sambung degree di shah alam. A big thanks to Allah, my family , friends and lecturer (, :

Dengan keputusan ni keluar, saya dengan rasminya menutup segala tempahan, saya masih lagi banyak baju nak kena buat. Especially baju nikah orang, (: So I hope korang tak kahwin lagi sampai saya habis degree. Bhahahha, boleh tak macam tu? -,-" 

Dan kalau ada sesiapa nak bertanya, still boleh email saya. Saya tetap akan share idea or my opinion okay.

So take care guys! Selamat pengantin baru. mwahahhahaa.

And congratulation untuk yang dapat juga, yang tak dapat jangan berputus asa! Setiap yang berlaku ada hikmahnya.

By the way,  Baju lelaki dan perempuan untuk disewakan. PROMOTION until end of February!


Email me for the best price, fashionableshuha@yahoo.com

Salam shuha,

Tuesday, January 22, 2013

//Jom Jogging, STADIUM KAJANG

Assalamualaikum.


Emm, pejam celik pejam celik dah nak masuk bulan dua. When times moves faster, semua benda jadi kelam kabut. And paling tak boleh nak terima adalah kegagalan ku diet, baru lah ingat next entri nak update pasal Tips diet turunkan berat badan secara berkesan! But all failed. Bukannya turun berat malah naik 2 kg! Untuk pertama kalinya aku stress berat naik, biasanya rileks je wak lek wak piss. Tapi kali ni tak boleh terima, bayangkanlah aku diet tanpa makan nasi selama 12 hari, tapi berat naik setengah kilo. Lepastu aku makan nasi sehari sekali, turun balik setengah kilo. COOL! Tapi cool hanya sebentar, tetiba cuaca panas datang jadilah "HOT" 2 kg increase. Aku stress, korang yang baca lagi stress kan. 



Bukan itu sahaja, inch aku dah meningkat secara mendadak di bhgian waist. Why why why! 5 inches.



Tolong sebut,



Nashuha shabirah akan kurus dan hilang 12 kg, serta 8 inches di bahagian pinggang dalam masa 4 minggu lagi. AMIN!



Dalam masa sekarang, aku ngan abang tengah bergiat diri pergi ke stadium kajang. Tempat yang sangat strategik, 8 minit je dari rumah aku , kalau abang bawaklah. Kalau aku bawa 15 minit ke 20minit. Hahahahha. Kalau before ni kitorang pergi Lake valley dekat tun hussein onn, tapi sana terhad sikit boleh jogging sampai pukul 7 pm je. Kalau kat kajang, kitorang jogging malam, 8.30malam selalunya lah. target 3 kali seminggu, kadang kadang lebih, dan kadang kadang kurang.



Abang jogging adalah bagi persediaan mengerjakan Umrah, Aku pulak persediaan belajar dekat Shah Alam, insha Allah. Mana tak nye sana kan berbukit, lepastu dari satu bangunan ke bangunan yang lain jauh, berbukit bukit. Pergi mana mana kena naik bas, so aku perlu lah meningkatkan stamina bagi nanti takdalah berpeluh peluh, boleh lah aku cuci mata dekat fakulti perubatan ke kannnn.Hahahahha. Padahal nak kecilkan pinggang :P



Disebabkan jogging malam, takdalah pape nak malu. Orang tak nampak kita, kita tak nampak orang. Aku pun pakai baju dapur, yang ada limpahan limpahan cat, seluar duduk rumah lepak lepak kat dapur je. Takda siapa nakngorat kat sana. Haha.



Yang penting tempat tu bersih, bukan sahaja bersih dari sampah sarap. Malah  bersih dari gejala sosial dan juga maksiat, takdelah yang duk dating berpeluk peluk kat situ. Sebab situ ramai keluarga dengan anak anak. Maybe dorang rasa malu,



Dekat situ pun ada ni, Saya tak tahu nama dia apa. 
15 minit , lima hengget. (Tapi tak mampu lah kita nak naik , kena tunggu promosi 10 minit rm1 baru kita nak naik hihihi)



ni pulak taman permainan yang sangat besar dan Syiok,ianya FREE* so my target kalau berat badan aku dah 55kg boleh lah naik gelongsor paling tinggi  tu, muahhahaha. Sekarang tak leh naik, sebab abang kata nanti tersekat kat tengah tengah tu, tak pun tiang dia patah empat. -,-"



And ada banyak sangat alat senaman! agak agak dah penat jogging dua tiga round, boleh berehat kejap menggunakan alat senaman atau oun ada juga batu batu yang bila korang pijak rasa sakit tu. Adooii itupun aku malas nak fikir nama dia -,-"

Dan paling penting! Agak agak perut dah lapar boleh singgah,
Ni duk kat sebelah je ha. Lepas makan boleh sambung jogging balik. Muahaha. Turun 0.2kg, naik 5 kg.


Jemputlah awok awok sekalian untuk datang! Hiduplah secara sihat (:

Salam shuha,

Thursday, January 17, 2013

Kejutan Hari Tua (20)

Salam,

tetiba tengah tengah malam ni tak senang duduk. Sibuk dalam kepala otak ni nak bercerita tentang hari tua kita. Hari tua tu bermaksud hari jadi, dan kita dah pun 20tahun, nak masuk 21 dah .

Hmm, tuanya rasa. tapi tua tua matang. Huwahuwahuwa

Masa umur ku genap dua puluh takda lah fikir nak dapat kejutan sana kejutan sini, jauh lagi dengan keluarga, tengah serabut lagi dengan kerja kerja design design, toile tak siap lagi padahal tinggal berapa minggu lagi sebelum fashion show. Ayoyoyo!

So hari jadi tu macam hari hari yang biasa, cuma ambil masa 10 minit nak tengok facebook (WAJIB) Lepas tengok semua wish dari semua orang (THANKS!) Terus update status, yang bermaksud reply untuk semua yang wish lah, konon :P

Bila malam balik bilik siap siap sebab tidur rumah sewa Atiq (Kitorang buat kerja ramai ramai, sambil telan livita redbull berbakul bakul untuk tahan mata) Dah siap mandi ni, tinggal nak keluar dari bilik je tetiba kena baling bedak. So dalam hati tu macam sikit marah lah. Haha. Tapi padahal ada plan lain dalam otak ni, kalau aku kejar dorang mahu satu kolej ni berlari. So buat buat macam badmood! Sekali dorang dah takut takut berkumpul kat katil. And apa lagi gwa SERAAAAANG! satu bedak gwa kasi. haha. Kesian, hari lahir orang lain, orang lain pulak yang kena.
Ini lah roommategwa, dari part 1 sampai lah part 5.

Bila hari jadi adalah dorang sebut sebut nak baling telur. telur memang dah sedia ada dekat studio tu. siap berkejar kejar sampai ke bengkel. Adoooi. Orang dah tua mana main dah baling baling ni, tak matang lah u olls! Haha. Kalau sembilan belas boleh lah nak baling air kopi dari tingkat 2 ke bawah. (Terasa diri ini, lepastu kena marah , lepastu disebut sebut masa taklimat kolej Kuangkuangkuang. Extreme betoi!)

Kalau dalam keluarga, hari jadi tu hanya sekadar wish and bawak pergi makan kat mana mana tempat yang teringin. Kadang kadang terlewat sikit biasalah, tengok duit poket jugak, tengok gaji bulanan jugak.

Paling penting, hadiah yang diberi dalam keluarga bukan semestinya pada hari jadi je, kadang kadang hari biasa pun dapat hadiah juga. So bukan lah macam tunggu hari jadi baru mak bagi hadiah. Kalau hari jadi baru abak belikan hadiah. HADIAH UNTUK HARI JADI JEEE! Tak coolsangat lah. Hikhik.

Sama je macam mak belikan rantai bentuk love , masa tu bukan hari jadi. Tapi mak kata ni hadiah untuk hari jadi tahun ni. Sama juga macam abang beli jam bubuh dalam kotak biru, lepastu ikat reben, letak kat meja bilik. Bila tengah malam nak tidur tengok kat meja ada hadiah. Sama juga macam abak beli mesin jahit stepler yang dok ketip ketip guna tangan tapi sekali pun tak boleh guna hehe comel je , dan sama juga macam akak beli buku english peribahasa, yang satu pun aku tak tahu maksud dia apa. muehehehe. Dan sama juga macam kak ainul belikan baju untuk kita bukan kerana special day. Sukaaa.

DAN SAMA JUGA MACAM AKU BELIKAN HANDBAG UNTUK MAK WARNA PINK, HARGA RM100 LEBIH PADAHAL DUA PULUH HINGGIT JEE DEKAT SOGO, SAMBIL KATA INI HADIAH HARI JADI MAK UNTUK TIGA TAHUN! (Kedakuitt orang minang kata, Harharhar)

So Hari hari bagi saya hari istimewa.

Sampai lah satu hari tu,Dayang dia kata dia ada problem. Nak cerita sikit, so duduk lah kat luar, dari A sampai Z aku dengar, sekali kena baling dengan bedak campur air, dengan air nescafe campur milo yang dah basi yang dorang dah perap berapa hari entah. Aku macam, hari ni hari apa weeeehhhhhhh? Rupanya dorang sambut birthday, Gila besar, kek secret recipe pulak tu. Fuyoo. Benda tu macam besar sangat bagi gwa. Macam bermakna sangat sebab dah lama sangat orang tak buat kezzzutan macam ni.

Benda tu berlaku sangat sangat cepat, So tak boleh lah nak share gambar, sebab semua tengah flip hair control cun padahal tak cun pun sebab dah macam orang tua, rambut pputih kelabu kelabu asap bagai kaaaaan.

Yang penting kenangan kita kejar mengejar tengah tengah malam.

And sejujurnya Suha sangat terharu (tetiba ayat jadi ayu :P) dan terasa diri dihargai. Ececehhhh! Thanks sangat korang. I LAP U'olls.

(iraatindygfrhanafifiatiqamalwawabawi) Even kita baru rapat gila gila sem ni, tapi keakraban kita tak membedakan tempoh masa. Alaaa cewahhh! Bila lah boleh berkumpul lagi. Thanks A LOT!

Salam rindu .

Wednesday, January 16, 2013

//Meet My Cousin

Assalamualaikum.

Mula mula nak dijadikan cerita nak update entri Rindu. Sebab dah tiga bulan lebih duduk rumah menanam anggur sorang kawan pun tak jumpa jumpa. -,- Nak dijadikan cerita juga, macam terindu pulak dekat minah sorang ni which is my cousin my bestfriend sejak sekolah menengah.

Sekolah rendah tak rapat sangat sebab kitorang selalu tak sama. Sekolah tak sama darjah, lepastu sekolah agama tak sama.

Macam dalam hidup ni dia lain, saya orang lain.

Jadi saya memperkenalkan Mira ! Mira adalah perempuan yang sangat gangster okay! kalau gaduh dengan lelaki boleh panggil dia, kalau gaduh dengan perempuan jangan panggil dia. Haha.

Masa dulu sekolah dulu dulu, entah kenapa ada sorang budak perempuan ni suka sangat cari pasal dengan aku -,- Bukan sekolah menengah je, sekolah rendah juga. Dia siap toreh tangan gwa guna pisau. Extreme tak?

Tapi disebabkan aku ngan mira tak rapat sekolah rendah dulu, tak boleh lah mira jadi gangster. Tapi bila dah sekolah menengah perempuan tu datang balik dalam hidup aku, ada ke patut dia tumbuk mata tanpa ada pape sebab yang munasabah. Musykil sekejap.

Terus mira halang. Mira tarik aku pergi rumah mak perempuan tu. Mak dia minta maaf , mak dia pun kata tak tahu cammana nak kawal anak dia tu. Kalau boleh dengan semua orang dia nak cari pasal. Mak dia kata , "kau siaplah aku bagitau dekat ayah kau balik nanti "

Terus dia merayu rayu kat aku minta maaf, tapi Mira kan gangster. Dia lah yang halang, dia kata jangan maafkan dia suha. Jom balik buat tak tahu je, biar dia kena belasah dengan ayah dia. Baru padan muka, sedap sedap je nak tumbuk nak pukul anak orang.

Nampak tak gangster mira kat situ? Sebab tu lah saya syg mira. Dia lah heroin sejati gwa, lepas ni kalau orang baca entri ni mesti ada dua persolan yang merayau rayau di kepala hang pa kan?

Pertama  :  Eii, gangster gila suha siap gaduh gaduh kat sekolah.
Kedua     :  Eish, takutnya  nak cari pasal dengan suha lepas ni. Dia ada cousin gangster kut. Har har har.

Pernyataan kedua agak mustahil rasanya. haha.

Btw ini lah Mira saya, heroin saya dan juga gangster celop saya!

Ehh mana ada, shuha tipu la mana ada.


Ehh, lupa pulak kitorang rapat sejak darjah 6 lah. sebab kelas sama. Lepastu semua orang ingat kitorang Lesbian. Adoii, tak nampak ke mira tu heroin gwa, dan gwa heroin. Ehh!

Mira tak sama macam orang lain, dia tak cakap berkias kias. Kalau dia cakap means betul betul dari hati dia.

Contoh gwa tunjuk baju A, gwa kata nak pakai baju B (Baju gwa tgh pakai) Lepastu mira terus cakap, pakai baju A baju B buruk. Nampak tak b buruk.

So senang, tak payah korang nak buang masa dengar penjelasan.

Rasanya macam baju A lagi okay, baju B bolehlah. Tapi okay je dua dua baju ni, so sukahati hang lah nak pakai mana mana (Em elok tak yah tanya -,-")

Lepastu  kalau kita cerita pape kat dia, dia macam dah tahu apa maksud kita. Contoh cerita pasal lelaki ni dari A - Z, lepastu mesti dia kata, kalau dah suka cakap je.

Mira dia bukan jenis kedekut, dia selalu belanja gwa makan, termsuklah teddy bear omei omei. and teddy bear Momo.

Akhir entri ni, gwa nak kata gwa rindu sama lu! Harap lu bahagia di luar sana keyh! Insha Allah.


Salam shuha.

Thursday, January 10, 2013

//Persediaan sebelum berjumpa dengan Tailor / Designer.

Salam,


Semenjak dua menjak ni asyik entri berkaitan dengan perkahwinan dah. Kemudian akak pulak post dekat Facebook pasal Perancang Zuriat Soleh. Dah kenapa dengan aku ni sebenarnya? HAHA -,-



Okay  berbalik pada tajuk, aku rasa nak berkongsi pendapat je. Harap korang ada sedikit ilmu before nak jumpa designer atau tailor ye. Kadang kadang kita tak tahu langsung, and for sure kena lah buat sedikit research.



First korang cari lah beberapa keping baju/dress yang korang suka! MElalui internet banyak design yang boleh jumpa. Taip lah, dress kahwin / nikah. My wedding dress/ Review my wedding attire dan sebagainya.



Tapi kalau korang tulis bahasa om puteh keluarlah dress kahwin mat salleh, elok lah tulis bahasa melayu je. Bahasakan jiwa bangsa! hakhak. 




Okay bawah ni adalah contoh contoh dress yang aku minat! Hikhik, So kalau lah aku nak gi jumpa designer, mestilah WAJIB aku print gambar gambar semua ni.

Then explain lah sikit.
 I nak dress macam ni. Banyak guna lace,
 And I pun macam berminat dengan dress yang ni. So u rasa macammana? Mana lagi better dan sesuai untuk  badan I? (Try minta sedikit pendapat, at the same time bagitahu mana yang lebih kita suka )
 And I nak letak sikit butang bungkus ni, maybe dekat belakang dengan dekat tangan sikit.
So my veil I nak panjang meleret macam gambar ni,
And I rasa nak buat leher macam ni, sebab I pakai tudung kan, so nanti takdalah tudung tiupp angin dah nampak leher .

Okay Dapat tak , apa yang cuba disampaikan sebenarnya? 

So untuk warna, korang kena lah decide sendiri. Jangan lah pergi bawak jumpa designer/tailor jugak. Pening kepala nanti. Apa lagi search juga dekat internet Okeeee!

Kalau rasa rasa macam tak jumpa gambar design yang korang nak dekat internet atau tak da PRINTER, tapi design atau gambaran gambar baju korang nak tu dah berlegar legar dalam otak. Silalah translate dalam lukisan diatas kertas.

Takpe jangan risau lukisan tak cantik ke apa ke, tapi at least orang tengok dorang boleh faham apa yang korang nak.

Contoh:
Macam ni pun tak apa, asal nampak shape dia, dan tahu apa yang anda nak.
Ni advance sikit, siap lukis lace. 

 Ni lagi advance siap ada pilihan warna lagi. Cool!

So, lepastu barulah tailor atau designer bagitahu kain apa yang sesuai, nak beli berapa meter dan lain lain lagi. Okay?

Btw, SIMPLE IS MOREEEEEE!

So tunggu next entri berkaitan dengan perkahwinan!
Bye, Salam (: